Facebook Twitter
    Trending
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Tarikh penting buat rakyat Malaysia
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    • Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca
    • 7 makanan mesra usus
    • Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik
    • 7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka
    • Rahsia bebas tekanan kewangan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025
    • Kewangan

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025

      Azam 2026: Banyakkan simpanan, kurangkan hutang

      December 24, 2025
    • Pendidikan

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025

      Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

      December 17, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

    6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

    By AMAL HAYATI FAUZINovember 20, 20252 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    DUNIA pekerjaan memerlukan tenaga kerja yang berkualiti dan bukan hanya berpaksikan keputusan akademik cemerlang semata-mata. Menerusi perkongsian oleh Talent Labs, majikan lebih cenderung mencari pekerja yang memenuhi kemahiran seperti berikut.

    • Kemahiran literasi digital

    Kemahiran literasi digital sudah satu keperluan dalam setiap individu. Penggunaan teknologi juga sebati dalam kehidupan seharian untuk melakukan pekerjaan dengan baik. Seseorang bukan hanya tahu cara untuk menggunakan Google tetapi platform lain yang sesuai dengan keperluan pekerjaan itu sendiri. 

    • Daya pemikiran kreatif dan kritis

    Cabaran dalam pekerjaan akan sentiasa wujud tidak kira bidang kerjaya yang diceburi. Apa yang penting adalah menyelesaikan sesuatu perkara dengan kreatif dan kritis apabila berdepan dengan sebarang kekangan. Daya pemikiran menunjukkan kematangan dan kebolehan untuk bertahan di dalam apa sahaja situasi.

    • Kemahiran komunikasi

    Seseorang perlu ada kemahiran komunikasi yang baik supaya urusan kerja lebih lancar ketika berinteraksi dengan orang lain. Melalui komunikasi yang berkesan, mesej dapat disampaikan tanpa salah faham dan tugasan dapat diselesaikan dengan lebih profesional.

    • Kecerdasan emosi

    Salah satu kemahiran yang tidak boleh diganti oleh kecerdasan buatan (AI) kerana ia merupakan karakter yang ada pada manusia. Seseorang yang mempunyai kecerdasan emosi yang baik ada sifat empati, tenang dan pandai membuat sebarang keputusan yang sukar tanpa menjejaskan reputasi syarikat.

    • Pandai menyesuaikan diri

    Seseorang perlu tahu cara menyesuaikan diri dalam suasana baru. Walaupun ia mungkin mengambil masa untuk membiasakan diri, namun sikap mudah bergaul mampu menjadikan seseorang itu lebih pandai membawa diri di mana sahaja. 

    • Sentiasa ingin belajar

    Orang yang mempunyai rasa ingin tahu akan sentiasa maju dalam kerjaya mereka. Industri dan cara kerja sentiasa berubah dan memerlukan seseorang terus belajar. Semangat ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa mereka minat dan cintakan dengan pekerjaan. Dengan adanya sikap sebegini juga mampu menjadikan mereka berada selangkah di hadapan dalam dunia pekerjaan penuh cabaran. -RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026

    Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

    January 6, 2026
    Artikel Terkini

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.