Facebook Twitter
    Trending
    • Apabila rambut beruban proses melindungi diri
    • Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?
    • Apa itu alam pekerjaan sebenar
    • Gaji besar tapi simpanan sikit
    • Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya
    • Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat
    • Cara menabung paling ‘bare minimum’
    • Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026

      Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

      January 12, 2026

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025
    • Kerjaya

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 tip persediaan menjelang SPM

    7 tip persediaan menjelang SPM

    By Umi FatehahNovember 12, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    7 tip persediaan menjelang SPM. - GAMBAR HIASAN SHAHIR NORDIN/UTUSAN

    PEPERIKSAAN bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 bakal berlangsung dari 25 November hingga 23 Disember 2025. Semakin hari semakin hampir dan pastinya ramai calon mula merasakan debarannya. 

    Namun, jangan biarkan rasa cemas menguasai diri. Persediaan yang bijak boleh menjadikan tempoh ini lebih tenang dan teratur.

    Berikut 10 tip berguna yang diadaptasi daripada panduan Top Universities, disesuaikan untuk calon SPM agar anda boleh bersedia menghadapi peperiksaan dengan baik.

    1. Mulakan awal dan rancang dengan strategik

    Menangguh ulang kaji memang menggoda tetapi mula awal memberi anda kelebihan besar. Buat jadual belajar yang realistik dengan utamakan subjek yang sukar atau tarikh peperiksaan yang paling awal. 

    Gunakan aplikasi seperti Google Calendar untuk menetapkan peringatan dan blok masa belajar.

    Jangan lupa sediakan beberapa hari berehat untuk hal tak dijangka seperti demam atau gangguan luar.

    1. Sediakan ruang yang selesa

    Ruang belajar yang baik membantu otak fokus dengan lebih mudah. Pastikan meja anda cukup luas untuk meletak buku dan nota. 

    Setiap orang berbeza, ada yang perlukan suasana sunyi, ada pula sukakan muzik latar lembut. Apa pun, pastikan ruang itu sesuai dengan gaya anda. Jika meja terlalu berselerak membuatkan anda sukar tumpu, luangkan masa untuk mengemas. Ruang belajar yang tersusun sama pentingnya dengan nota yang lengkap.

    1. Gunakan kaedah pembelajaran aktif

    Jangan hanya baca nota berulang kali. Libatkan diri secara aktif untuk bantu otak ingat lebih lama. Antara kaedah berkesan:

    • Peta minda: Lukis hubungan antara idea penting untuk memahami konsep dengan lebih jelas.
    • Kad imbas (flashcards): Guna aplikasi seperti Quizlet atau buat kad sendiri untuk ulang hafalan.
    • Ajar orang lain: Terangkan topik kepada kawan atau diri sendiri. Bila kita mampu menerangkan sesuatu, itu tanda kita benar-benar faham.
    • Cuba pelbagai cara untuk tahu mana paling berkesan bagi diri anda. Sama ada lebih sukakan visual, auditori atau kinestetik.
    1. Latih diri dalam keadaan peperiksaan sebenar

    Ulang kaji dengan kertas SPM sebenar sememangnya bagus tapi anda boleh latih diri seperti hari peperiksaan sebenar untuk persiapkan diri dengan lebih baik. Duduk di tempat sunyi dan ikut masa yang ditetapkan.

    Ia dapat membantu anda membiasakan diri dengan tekanan masa dan format soalan. Lebih banyak anda berlatih dalam suasana sebenar, lebih tenang anda di dewan peperiksaan nanti.

    1. Jaga pemakanan dan otak

    Apa yang anda makan memberi kesan besar pada tumpuan dan tenaga. Elak mengambil makanan segera atau minuman bergula berlebihan. Pilih makanan sihat seperti ikan, telur, buah beri, sayur hijau dan bijirin penuh yang membantu daya ingatan.

    Minum air kosong secukupnya dan kawal pengambilan kafein supaya tidak terlalu bergantung pada kopi atau minuman tenaga.

    Pada hari peperiksaan, jangan biarkan perut kosong. Ambil sarapan ringan seperti roti bijirin dan telur rebus yang memberi tenaga berpanjangan.

    1. Jangan abaikan kesihatan mental

    Belajar tanpa henti boleh menyebabkan keletihan dan tekanan melampau (burnout). Luangkan masa untuk tenangkan diri. Praktiskan cara pernafasan yang menenangkan, berzikir atau lakukan aktiviti seperti berjalan atau mendengar muzik.

    Jika rasa terlalu tertekan, berbincanglah dengan guru, rakan atau keluarga. Sokongan emosi sangat penting terutamanya menjelang peperiksaan besar seperti SPM.

    1. Gaya hidup aktif

    Bersenam bukan sekadar untuk badan tapi juga untuk minda. Kajian menunjukkan aktiviti fizikal boleh meningkatkan daya ingatan dan tumpuan.

    Cukup dengan berjalan selama 30 minit, menari atau regangan ringan. Jika ada masa, cuba aktiviti aerobik seperti berjoging atau berenang beberapa kali seminggu untuk bantu aliran darah ke otak.

    Usaha, doa dan tawakal. Anda sudah berusaha, kini tiba masanya untuk berikan segalanya demi masa depan yang terbaik. – RELEVAN

    Previous ArticleBahaya ketagihan permainan dalam talian
    Next Article Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja

    Artikel berkaitan

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026

    Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

    January 15, 2026

    Apa itu alam pekerjaan sebenar

    January 14, 2026

    Gaji besar tapi simpanan sikit

    January 14, 2026

    Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya

    January 14, 2026

    Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

    January 13, 2026
    Artikel Terkini

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026

    Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

    January 15, 2026

    Apa itu alam pekerjaan sebenar

    January 14, 2026

    Gaji besar tapi simpanan sikit

    January 14, 2026

    Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya

    January 14, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.