Facebook Twitter
    Trending
    • 10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal
    • 7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya
    • Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai
    • Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?
    • Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO
    • Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…
    • Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama
    • Jangan simpan ini dalam kereta!
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

      February 10, 2026

      Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…

      February 10, 2026

      Kubis goreng boleh mengundang kanser?

      February 5, 2026

      5 tabiat pagi yang merosakkan otak

      February 4, 2026

      4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

      February 4, 2026
    • Kewangan

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026
    • Pendidikan

      Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

      February 11, 2026

      Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

      February 10, 2026

      Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama

      February 9, 2026

      Jangan simpan ini dalam kereta!

      February 9, 2026

      SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli

      February 9, 2026
    • Kerjaya

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Makanan yang sebabkan anda tidak dapat tidur nyenyak

    Makanan yang sebabkan anda tidak dapat tidur nyenyak

    By AMAL HAYATI FAUZISeptember 23, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Makanan dan minuman tertentu diam-diam boleh mengganggu rehat malam yang berkualiti. GAMBAR HIASAN CANVA

    TIDUR yang berkualiti adalah kunci untuk mengekalkan kesihatan fizikal dan mental. Namun, ramai yang berdepan masalah sukar tidur atau insomnia.

    Selain tekanan, makanan dan minuman memainkan peranan penting untuk menentukan rehat yang berkualiti. Tanpa disedari, ada beberapa makanan dan minuman yang sebenarnya boleh merangsang tubuh badan untuk terus berjaga. 

    Berikut antara makanan yang wajar dielak pada waktu malam kerana boleh menjejaskan kitaran tidur.

    Kafein

    Minuman berkafein seperti kopi boleh merangsang sistem saraf dan menghalang pengeluaran hormon melatonin yang membantu proses tidur.

    Elakkan pengambilan kafein sekurang-kurangnya enam jam sebelum waktu tidur untuk memberi peluang tubuh anda berehat secara semula jadi.

    Makanan berasid

    Buah oren, lemon dan makanan berasaskan tomato adalah contoh makanan berasid. Ia boleh meningkatkan tahap asid dalam perut. Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya refluks asid dan pedih ulu hati sehingga sukar untuk tidur.

    Makanan pedas

    Rasa pedas boleh meningkatkan suhu badan, merangsang perut dan menyebabkan gangguan pencernaan.

    Makanan bergoreng

    Makanan berminyak mengambil masa lebih lama untuk dicerna. Proses pencernaan yang berpanjangan menyebabkan perut teru aktif dan susah rasa mengantuk.

    Makanan tinggi sodium

    Makanan bersodium seperti kicap masin dan daging sosej mengandungi garam yang tinggi. Pengambilan berlebihan boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi dan lebih haus pada waktu malam.

    Kacang

    Walaupun kacang kaya dengan pelbagai nutrien namun kandungan lemak dan protein yang ada memerlukan masa lama untuk proses. Jika anda makan kacang sebelum tidur, ia boleh menyebabkan perut tidak selesa dan pola tidur turut terganggu.

    Makanan berkarbohidrat

    Roti putih dan nasi putih mengandungi karbohidrat yang boleh meningkat paras gula dalam darah. Kesannya, anda mudah terjaga pada waktu malam.

    Jika pelan diet membuatkan anda stres, jangan terlalu memaksa diri dengan diet yang ketat. Sebaliknya, cuba imbangi dengan menambah makanan kegemaran anda sekali-sekala. Apa yang lebih penting adalah usaha yang konsisten untuk memperbaiki kualiti dan kitaran tidur anda.

    Sebelum tidur, pastikan anda mengambil sedikit makanan bagi mengalas perut. Tidur dengan perut kosong boleh meningkatkan penghasilan hormon ghrelin yang merangsang rasa lapar dan mengganggu proses tidur. 

    Apabila tidur terganggu, kualiti rehat berkurangan dan anda akan berasa letih pada keesokan hari.

    Solusi untuk memulihkan tidur

    • Selain mengawal pemakanan, amalkan rutin tidur yang sama setiap hari bagi melatih tubuh untuk berehat pada waktu yang tetap.
    • Lakukan aktiviti riadah secara berkala untuk melepaskan tenaga berlebihan.
    • Jika tidur pada waktu siang, hadkan tidak lebih daripada 30 minit supaya tidak menjejaskan tidur malam.
    • Kurangkan penggunaan telefon pintar sebelum tidur
    • Pengambilan vitamin dan mineral seperti magnesium dan vitamin D juga membantu tubuh mengatasi kesukaran tidur.

    Rehat yang cukup adalah satu usaha ke arah kesihatan yang berpanjangan. -RELEVAN

    Previous ArticleInflasi naik 1.3 peratus pada Ogos 2025 – DOSM
    Next Article Satu kad yang membawa pelbagai rahmat

    Artikel berkaitan

    10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

    February 12, 2026

    7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

    February 12, 2026

    Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

    February 11, 2026

    Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

    February 11, 2026

    Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

    February 10, 2026

    Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…

    February 10, 2026
    Artikel Terkini

    10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

    February 12, 2026

    7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

    February 12, 2026

    Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

    February 11, 2026

    Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

    February 11, 2026

    Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

    February 10, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.