Facebook Twitter
    Trending
    • 10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal
    • 7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya
    • Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai
    • Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?
    • Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO
    • Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…
    • Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama
    • Jangan simpan ini dalam kereta!
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

      February 10, 2026

      Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…

      February 10, 2026

      Kubis goreng boleh mengundang kanser?

      February 5, 2026

      5 tabiat pagi yang merosakkan otak

      February 4, 2026

      4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

      February 4, 2026
    • Kewangan

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026
    • Pendidikan

      Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

      February 11, 2026

      Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

      February 10, 2026

      Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama

      February 9, 2026

      Jangan simpan ini dalam kereta!

      February 9, 2026

      SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli

      February 9, 2026
    • Kerjaya

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Realiti badan kurus yang ramai tidak tahu

    Realiti badan kurus yang ramai tidak tahu

    By Umi FatehahSeptember 18, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Realiti badan kurus yang ramai tidak tahu. - GAMBAR HIASAN ANNUSHKA AHUJA/PEXELS

    DALAM dunia hari ini, tubuh kurus dan langsing dianggap sebagai simbol kecantikan dan kesihatan ideal. 

    Promosi di media sosial dan industri fesyen yang menampakkan tubuh ramping seperti model antarabangsa menjadi penanda aras kecantikan.

    Tetapi adakah kurus bersamaan dengan sihat?

    Menurut Healthline, kurus tidak semestinya sihat. Tubuh yang nampak kurus dari luar tidak menjamin organ dalaman bebas daripada masalah.

    Komposisi tubuh lebih penting daripada berat

    Berat badan hanyalah angka. Apa yang lebih penting adalah komposisi tubuh yang terdiri daripada peratusan lemak badan, jisim otot dan lemak visceral.

    Lemak visceral ialah lemak yang membaluti organ dalaman seperti hati dan pankreas. Ia boleh wujud walaupun anda kurus. Lemak jenis ini sangat berbahaya kerana meningkatkan risiko diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.

    Malah, seseorang yang berbadan gempal tetapi aktif bersenam dan mempunyai jisim otot yang baik mungkin lebih sihat berbanding individu kurus yang jarang bergerak.

    Kurus tapi skinny fat

    Fenomena ini dikenali sebagai skinny fat – badan kelihatan kurus tetapi sebenarnya tinggi lemak dan rendah otot. Inilah punca tubuh nampak lembik walaupun berat badan berada pada paras normal.

    Salah satu punca utama ialah pengambilan gula yang berlebihan. Gula menyebabkan paras insulin naik berulang kali, memperlahankan pembakaran lemak dan menghalang pembinaan otot. Lama-kelamaan, metabolisme semakin perlahan dan lemak akan terkumpul terutamanya di bahagian perut.

    Kurus tak bermaksud sihat

    Ada yang kekal kurus kerana kadar metabolisme tinggi atau faktor genetik. Namun, ia tidak menjamin organ dalaman sentiasa sihat. Kurang bersenam juga menjadi isu besar. Individu kurus yang tidak aktif masih berisiko mengalami ketumpatan tulang yang rendah, otot lemah dan sindrom metabolik.

    Masalah kesihatan tersembunyi juga boleh menyerang seseorang. Kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi atau penyakit hati berlemak boleh berlaku pada mereka yang kelihatan kurus. Kajian menunjukkan BMI rendah tidak semestinya tanda sihat. Malah ia boleh menjadi petunjuk kepada kekurangan nutrisi penting.

    Dalam sesetengah kes, tubuh kurus mungkin petanda masalah kesihatan seperti hipertiroidisme, gangguan penghadaman atau gangguan pemakanan seperti anoreksia nervosa. 

    Tekanan mental untuk kekal kurus

    Seseorang juga boleh mengambaikan kesihatan mental. Ada yang mengekalkan tubuh kurus melalui cara yang tidak sihat seperti diet ekstrem, pengambilan pil pelangsing atau senaman berlebihan. Gangguan pemakanan seperti anoreksia dan bulimia sering berpunca daripada tekanan sosial untuk kekal kurus.

    Walaupun kelihatan sihat, hakikatnya mereka bergelut dengan tekanan emosi, kekurangan nutrisi dan risiko kesihatan yang serius.

    Gaya hidup holistik, bukan sekadar jaga berat badan

    Kesihatan sebenar merangkumi kesejahteraan fizikal, mental dan emosi. Daripada terlalu fokus pada angka berat badan, tumpukan pada gaya hidup yang menyokong kesihatan jangka panjang.

    Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengekalkan kesihatan holistik:

    • Amalkan pengambilan makanan yang kaya dengan nutrien, termasuk buah-buahan, sayur-sayuran, protein berkualiti tinggi dan bijirin penuh. Kurangkan makanan yang tinggi gula dan lemak tepu.
    • Lakukan senaman secara berkala, sekurang-kurangnya 30 minit sehari seperti berjalan kaki, berlari atau berbasikal. Senaman bukan sahaja membantu membakar kalori tetapi juga meningkatkan kesihatan jantung dan mood.
    • Tidur berkualiti adalah penting untuk pemulihan badan dan kesihatan mental. Kekurangan tidur boleh memberi kesan negatif kepada imuniti dan produktiviti harian.
    • Amalkan teknik seperti yoga, meditasi atau aktiviti kreatif yang dapat membantu mengurangkan tekanan.

    Masyarakat perlu mengubah persepsi terhadap saiz tubuh. Sebaliknya, memfokuskan kepada membina gaya hidup sihat, mengamalkan pemakanan yang seimbang dan menjaga kesihatan mental. 

    Jangan jadikan kurus sebagai matlamat utama. Lebih baik memfokuskan kepada kesihatan menyeluruh. – RELEVAN

    Previous ArticleIdea sarapan biji chia yang banyak manfaat
    Next Article Bila beg Hermes dan jam Rolex jadi aset pelaburan 

    Artikel berkaitan

    10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

    February 12, 2026

    7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

    February 12, 2026

    Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

    February 11, 2026

    Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

    February 11, 2026

    Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

    February 10, 2026

    Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…

    February 10, 2026
    Artikel Terkini

    10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

    February 12, 2026

    7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

    February 12, 2026

    Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

    February 11, 2026

    Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

    February 11, 2026

    Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

    February 10, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.