Facebook Twitter
    Trending
    • Bahaya tidur selepas makan
    • Gajet jadi ibu bapa kedua di rumah
    • Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’
    • Bahana bangun tidur lambat
    • Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 
    • Gaji pertama hilang sekelip mata
    • 5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum
    • Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bahaya tidur selepas makan

      November 4, 2025

      Bahana bangun tidur lambat

      October 31, 2025

      5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

      October 29, 2025

      Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya

      October 29, 2025

      Makanan yang beri tenaga buat pelari maraton

      October 27, 2025
    • Kewangan

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025

      5 tabiat urus kewangan pada usia muda

      October 28, 2025

      Jangan ‘lepak’ sampai ‘pokai’

      October 28, 2025

      7 cara untuk perbaiki pengurusan kewangan

      October 23, 2025
    • Pendidikan

      Gajet jadi ibu bapa kedua di rumah

      November 4, 2025

      Imperial College London dinobatkan universiti terbaik UK, kedua peringkat dunia

      October 29, 2025

      4 universiti tempatan antara 150 terbaik dunia

      October 27, 2025

      Kenali pemimpin dunia bakal hadir Sidang Kemuncak ASEAN

      October 24, 2025

      LSE ungguli senarai universiti terbaik UK 2026

      October 24, 2025
    • Kerjaya

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025

      Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

      October 30, 2025

      Belanjawan 2026: RUU pekerja gig

      October 16, 2025

      Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini

      October 14, 2025

      Nak nampak yakin dalam temu duga? Tanya 7 soalan ini

      October 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Apa yang perlu dilakukan ketika berhadapan dengan banjir?

    Apa yang perlu dilakukan ketika berhadapan dengan banjir?

    By AMAL HAYATI FAUZISeptember 17, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Usah panik, ini langkah penting hadapi banjir. GAMBAR HIASAN CANVA

    SABAN akhir tahun, negara berdepan dengan bencana banjir. Terbaru banjir melanda beberapa negeri termasuk Negeri Sembilan, Perak, Kelantan dan Sabah. Hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu menyebabkan paras air meningkat sehingga ribuan penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS). Dalam keadaan genting ini, maklumat pantas dan persediaan awal amat penting untuk melindungi diri dan orang tersayang.

    Musim banjir bukan sahaja menguji ketabahan mangsa, malah menuntut setiap orang untuk lebih bersedia dan tidak mudah panik. Aplikasi khas, talian kecemasan serta panduan langkah keselamatan menjadi sumber rujukan penting bagi memudahkan tindakan pantas dalam menghadapi situasi luar jangkaan ini.

    Ikuti perkembangan terkini

    Pastikan anda sentiasa mengikuti maklumat terkini melalui aplikasi rasmi dan platform media sosial pihak berkuasa agar anda dan keluarga kekal selamat serta tidak terlepas sebarang maklumat penting yang boleh menyelamatkan nyawa.

    Antara aplikasi yang boleh dimanfaatkan ketika berdepan dengan situasi banjir yang tidak menentu termasuklah: 

    Maklumat cuaca terkini

    1. myCuaca
    2. RakanMET
    3. MyPublic Infobanjir

    Sekiranya anda berada di sekitar kawasan berisiko banjir, semak lokasi PPS di kawasan anda tinggal melalui portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat.

    Laluan ke kawasan selamat boleh disemak di laman web Jabatan Kerja Raya (JKR) atau hubungi di talian 03-2610 7727. Jika terdapat sebarang penutupan jalan, JKR akan memberikan pilihan laluan alternatif.

    Persediaan awal

    Segerakan perancangan pemindahan bersama keluarga, khususnya jika kediaman anda berada di zon merah atau kawasan berisiko banjir besar sebelum air mula naik.

    Kumpulkan dan bawa bersama semua dokumen penting seperti kad pengenalan, sijil lahir, pasport dan kad transaksi bank.

    Perancangan pemindahan anda perlu merangkumi:

    • Lokasi PPS berdekatan tempat tinggal asal
    • Laluan selamat ke PPS
    • Siap siaga dengan keperluan asas ketika kecemasan 

    Antara barangan keperluan asas yang perlu dibawa bersama termasuk:

    • Peti pertolongan kecemasan
    • Lampu suluh dan bateri tambahan
    • Bekalan makanan dan minuman
    • Wisel untuk menarik perhatian ketika kecemasan
    • Telefon bimbit bersama pengecas
    • Barangan kebersihan diri
    • Topeng penutup mulut
    • Kunci rumah dan kereta
    • Dokumen penting 

    Jika ada antara ahli keluarga terdiri daripada kalangan warga emas, kanak-kanak atau orang kurang upaya, rancang lebih awal cara untuk memindahkan mereka ke tempat lebih selamat. Maklumkan kepada jiran tetangga agar mereka dapat membantu sekiranya diperlukan.

    Jika anda mempunyai haiwan peliharaan, pindahkan mereka ke tempat yang lebih tinggi untuk mengelak dihanyutkan air. Hal ini kerana PPS tidak membenarkan haiwan atas faktor tertentu kesihatan.

    Matikan semua suis elektrik bagi mengelakkan renjatan elektrik. Air banjir berpotensi menyebabkan litar pintas atau kebakaran. Oleh itu, memutuskan bekalan elektrik dapat mengurangkan risiko kejutan elektrik dan kerosakan lain.

    Semasa banjir

    • Sekiranya berpindah ke PPS, kekal berada di sana sehingga pihak berkuasa mengesahkan keadaan selamat untuk pulang. Jika tidak sempat berpindah, segera cari kawasan tinggi dan utamakan keselamatan diri.
    • Elak bermain air banjir kerana faktor pencemaran dan arusnya yang deras mungkin boleh meragut nyawa anda.
    • Beri kerjasama kepada pasukan keselamatan yang bertugas dengan memberikan maklumat peribadi bagi tujuan rekod. Lapor segera kepada polis atau hubungi Bulan Sabit Merah Malaysia di talian 03-2143 6122, 03-2143 7122, atau 03-2143 8122  sekiranya ahli keluarga yang hilang.

    Pasca banjir

    Sejurus pihak berkuasa mengumumkan keadaan selamat untuk pulang, masuk ke dalam rumah dengan berhati-hati kerana bimbang ada sebarang bentuk bahaya yang tersembunyi. Gunakan air botol untuk minuman sehingga bekalan utiliti termasuk elektrik dan air disahkan selamat.

    Demi keselamatan terjaga, lakukan seperti berikut untuk proses pembersihan rumah atau bangunan pasca banjir:

    • Pakai kasut getah, sarung tangan dan seluar panjang untuk perlindungan
    • Jangan hidupkan sebarang peralatan elektrik yang basah
    • Bersihkan semua perkakas dapur sebelum digunakan
    • Buka tingkap dan pintu untuk pengudaraan dan keringkan rumah
    • Buang makanan dan minuman yang sudah tercemar dengan air banjir
    • Pastikan kanak-kanak tidak bermain sisa air banjir

    Semakan pemulihan elektrik boleh dibuat dengan menghubungi Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui talian 15454. -RELEVAN

    banjir featured langkah PPS SABAH

    Artikel berkaitan

    Bahaya tidur selepas makan

    November 4, 2025

    Gajet jadi ibu bapa kedua di rumah

    November 4, 2025

    Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

    October 31, 2025

    Bahana bangun tidur lambat

    October 31, 2025

    Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

    October 30, 2025

    Gaji pertama hilang sekelip mata

    October 30, 2025
    Artikel Terkini

    Bahaya tidur selepas makan

    November 4, 2025

    Gajet jadi ibu bapa kedua di rumah

    November 4, 2025

    Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

    October 31, 2025

    Bahana bangun tidur lambat

    October 31, 2025

    Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

    October 30, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.