Facebook Twitter
    Trending
    • Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini
    • Senjata baru penipu siber bernama AI
    • Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16
    • Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini
    • Usah kecewa, cuba lagi tahun mendatang
    • 7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’
    • 5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia
    • Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kesan negatif penyedut minuman

      December 15, 2025

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025

      Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

      December 11, 2025

      Pantang larang ketika senggugut

      December 10, 2025

      5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

      December 9, 2025
    • Kewangan

      Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

      December 18, 2025

      Senjata baru penipu siber bernama AI

      December 18, 2025

      5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia

      December 16, 2025

      Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

      December 15, 2025

      Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

      December 10, 2025
    • Pendidikan

      Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

      December 17, 2025

      7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

      December 16, 2025

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025
    • Kerjaya

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Rajin bekerja sahaja tidak cukup, perlu tahu cara menjual kelebihan diri

    Rajin bekerja sahaja tidak cukup, perlu tahu cara menjual kelebihan diri

    By Umi FatehahSeptember 10, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    RAMAI percaya bekerja keras akan sentiasa membuahkan hasil. Logiknya, kalau kita bekerja dengan baik, ketua kita pasti mengiktiraf dan menghargainya. Realitinya, dunia kerja tidak selalu begitu. 

    Dalam kesibukan di pejabat dengan timbunan tugasan, pencapaian seseorang boleh tenggelam tanpa disedari.

    Di sinilah seseorang harus mampu menjual kelebihan diri. Menurut Medium, menjual kelebihan diri bukan bermaksud menunjuk atau riak. Sebaliknya ia usaha untuk menonjolkan sumbangan secara profesional supaya dinilai dengan adil. 

    Kalau seseorang terlalu pasif, besar kemungkinan orang lain yang lebih pandai bercakap atau “menonjolkan diri” akan mendapat perhatian walaupun hasil kerja mereka tidak semestinya lebih baik.

    Apa maksud menjual kelebihan diri?

    Jual kelebihan diri bukan sekadar beritahu orang lain apa yang kita pandai tetapi menunjukkan bagaimana kemahiran dan pencapaian memberi nilai tambah kepada organisasi. 

    Ia adalah sebahagian daripada komunikasi di tempat kerja iaitu memberitahu apa yang disumbangkan tanpa perlu berlebih-lebihan atau merendah-rendahkan orang lain.

    Pendek kata, ia bukan tentang jual nama tetapi jual hasil kerja.

    Kenapa ia penting?

    Ramai orang percaya, kalau mereka rajin bekerja, bos pasti akan nampak. Tetapi realitinya tidak begitu. Hakikatnya, bos anda bukan pembaca minda. 

    Dalam keadaan kerja yang bertimbun dan mesyuarat yang silih berganti, ada kemungkinan besar usaha anda terlepas pandang. Walaupun anda kerap balik lewat atau sanggup berkorban masa untuk menyiapkan tugasan, ia tidak semestinya menjadi perhatian jika diri sendiri tidak mengetengahkan pencapaian itu.

    Di samping itu, kebolehan menonjolkan diri juga memberi kesan besar terhadap peluang kenaikan pangkat. 

    Dalam penilaian prestasi tahunan, apa yang jelas terlihat dan terdokumentasi lebih mudah diambil kira berbanding usaha yang hanya disimpan sendiri. Mereka yang tahu cara menjual kelebihan diri sering mendapat lebih banyak peluang kerana bos lebih yakin terhadap kemampuan mereka.

    Pada masa yang sama, kemahiran ini turut membina reputasi profesional anda. Apabila rakan sekerja mula mengaitkan anda dengan sesuatu kemahiran atau kelebihan, nama itu juga akan lebih cepat disebut apabila muncul projek baharu atau peluang yang lebih besar. 

    Inilah yang membezakan pekerja biasa dengan pekerja yang menonjol. Bukan semata-mata kerana lebih hebat tetapi kerana mereka tahu cara menunjukkan nilai yang dibawa kepada organisasi

    Cara bijak untuk jual kelebihan diri

    • Kongsikan pencapaian dengan cara profesional

    Bila projek siap lebih awal, klien beri maklum balas positif atau anda berjaya selesaikan masalah teknikal, jangan simpan sendiri. Tulis laporan ringkas kepada bos atau kongsikan dalam mesyuarat pasukan. Elakkan gaya ‘poyo’, cukup dengan fakta dan hasil kerja.

    • Bercakap dalam mesyuarat

    Jangan hanya jadi pendengar setia. Cuba beri pandangan atau cadangan. Walaupun ringkas, ia memberi isyarat bahawa anda terlibat aktif serta mempunyai keinginan dan kesungguhan untuk meningkatkan prestasi syarikat.

    • Bina penjenamaan sendiri di pejabat

    Jika anda mahir dalam sesuatu bidang contohnya analisis data atau penulisan proposal, pastikan orang tahu. Bila ada tugasan berkaitan, anda akan jadi individu pertama yang dilantik untuk menyelesaikannya.

    • Ambil peluang memimpin tugasan kecil

    Tak perlu tunggu projek besar. Mulakan dengan mengetuai satu bahagian kecil dalam pasukan. Dari situ, orang nampak kebolehan kepimpinan anda.

    • Gunakan platform syarikat

    Sesetengah organisasi ada buletin dalaman, emel pasukan atau sesi townhall. Gunakan ruang ini untuk berkongsi pencapaian atau idea. Ia cara yang halus tetapi berkesan untuk menonjolkan diri.

    Tapi, jangan lakukannya dengan angkuh 

    Perlu diingat, ada beza antara yakin dan sombong. Jual kelebihan diri bukan tentang mendabik dada atau mencari kesalahan orang lain. Fokus kepada pencapaian anda dan bagaimana ia membantu syarikat.

    Contoh:

    “Saya seorang saja yang boleh siapkan projek ni.” – Sombong

    “Saya gunakan pengalaman dalam (kemahiran tertentu) untuk pastikan projek ini dilaksanakan dengan lebih berkesan.” – Yakin

    Nada yang betul akan membezakan sama ada orang melihat anda sebagai suka menunjuk-nunjuk atau pekerja versatil.

    Ingat, tempat kerja bukan hanya tentang siapa yang paling rajin tetapi siapa yang tahu cara menonjolkan sumbangan mereka dengan bijak. 

    Lagipun, bos juga manusia dengan ratusan perkara bermain di fikiran setiap hari. Tidak mungkin mereka mampu meneliti setiap butiran kerja anda satu persatu. Jika anda sendiri tidak pandai menonjolkan kelebihan, jangan terkejut kalau segala usaha tidak diiktiraf dan peluang pun berlalu begitu sahaja. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

    December 18, 2025

    Senjata baru penipu siber bernama AI

    December 18, 2025

    Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

    December 17, 2025

    Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

    December 17, 2025

    Usah kecewa, cuba lagi tahun mendatang

    December 17, 2025

    7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

    December 16, 2025
    Artikel Terkini

    Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

    December 18, 2025

    Senjata baru penipu siber bernama AI

    December 18, 2025

    Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

    December 17, 2025

    Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

    December 17, 2025

    Usah kecewa, cuba lagi tahun mendatang

    December 17, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.