Facebook Twitter
    Trending
    • SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli
    • Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik
    • Punca bateri telefon sentiasa habis
    • Kubis goreng boleh mengundang kanser?
    • 8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi
    • 5 tabiat pagi yang merosakkan otak
    • 4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah
    • Fenomena alam luar biasa sepanjang bulan ini
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kubis goreng boleh mengundang kanser?

      February 5, 2026

      5 tabiat pagi yang merosakkan otak

      February 4, 2026

      4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

      February 4, 2026

      Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

      February 2, 2026

      Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

      January 30, 2026
    • Kewangan

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026
    • Pendidikan

      SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli

      February 9, 2026

      Punca bateri telefon sentiasa habis

      February 6, 2026

      Fenomena alam luar biasa sepanjang bulan ini

      February 4, 2026

      Jangan cas telefon sebelah bantal!

      February 2, 2026

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026
    • Kerjaya

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Graduan cari kerja, pasaran cari pengalaman

    Graduan cari kerja, pasaran cari pengalaman

    By AMAL HAYATI FAUZIAugust 29, 20252 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Ijazah dimiliki, peluang pekerjaan makin mencabar. GAMBAR HIASAN CANVA

    KADAR pengangguran membabitkan belia berusia 15 hingga 24 tahun di negara ini mencapai 9.9 peratus dengan bilangan penganggur meningkat daripada 270,400 kepada 281,700 orang.

    Peningkatan ini seperti di semua negara di dunia berikutan kemasukan lepasan graduan yang baharu menamatkan pengajian. Mereka juga pada kebanyakan masa perlu menyesuaikan diri di tempat kerja. Kekurangan pengalaman juga menjadi faktor utama yang membataskan peluang golongan ini memasuki alam pekerjaan.

    Selain itu, kadar pengangguran belia jauh lebih tinggi berbanding kadar nasional yang mencatatkan penurunan daripada 3.3 peratus kepada 3.1 peratus. Perbezaan ini menunjukkan pasaran kerja lebih mudah menyerap tenaga kerja berpengalaman berbanding graduan.

    Jurang kemahiran dan keperluan pasaran

    Pasaran pekerjaan pada masa ini menuntut kemahiran teknikal serta kecekapan yang selari dengan perkembangan teknologi. Ramai graduan berdepan kesukaran kerana kelayakan akademik sahaja tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan semasa majikan.

    Majikan cenderung memilih calon yang mempunyai pengalaman praktikal seperti latihan industri atau kerja sambilan berkaitan bidang pengajian. Kekurangan pendedahan praktikal dalam kalangan graduan menjadikan mereka kurang menonjol berbanding pekerja yang sudah berpengalaman.

    Usaha tingkatkan kebolehpasaran belia

    Utusan Malaysia melaporkan, Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Manusia (JTM) menawarkan 112 program sepenuh masa di 33 Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) seluruh negara.

    Program tersebut meliputi 10 bidang kemahiran dalam sektor teknologi dan kejuruteraan, dengan kurikulum berpandukan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang dibangunkan bersama industri. Pendekatan ini memastikan graduan dibekalkan kemahiran selaras dengan keperluan pasaran.

    Selain program sepenuh masa, kursus jangka pendek separuh masa turut diperluaskan untuk memberi peluang kepada pekerja sedia ada dan graduan meningkatkan kemahiran.

    Inisiatif tersebut bukan sahaja meningkatkan daya saing tenaga kerja belia, malah membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi yang semakin mencabar.

    Arah tuju tenaga kerja pada usia muda

    Statistik terkini menunjukkan kira-kira 300,000 graduan masih menganggur, namun langkah pengukuhan kemahiran yang dilaksanakan memberi sinar kepada golongan ini untuk memperoleh pekerjaan mengikut bidang masing-masing.

    Pasaran kerja Malaysia kini menuju ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi. Oleh itu, graduan perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran yang meyakinkan selain prestasi akademik yang sedia ada.

    Kesimpulannya, graduan yang boleh menyesuaikan diri dengan keperluan pasaran pekerjaan berpotensi untuk mendapatkan pekerjaan lebih awal, lalu membantu mengurangkan pengangguran belia dan mengukuhkan ekonomi negara. -RELEVAN

    Previous ArticleKenapa IQ anak terganggu: Apa yang ibu bapa perlu tahu
    Next Article Rukun negara – tonggak perpaduan, nadi bangsa merdeka

    Artikel berkaitan

    SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli

    February 9, 2026

    Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

    February 6, 2026

    Punca bateri telefon sentiasa habis

    February 6, 2026

    Kubis goreng boleh mengundang kanser?

    February 5, 2026

    8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

    February 5, 2026

    5 tabiat pagi yang merosakkan otak

    February 4, 2026
    Artikel Terkini

    SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli

    February 9, 2026

    Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

    February 6, 2026

    Punca bateri telefon sentiasa habis

    February 6, 2026

    Kubis goreng boleh mengundang kanser?

    February 5, 2026

    8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

    February 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.