Facebook Twitter
    Trending
    • Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 
    • Berwaspada bila susut berat badan
    • Azam 2026 untuk jadi pelajar cemerlang
    • 10 pekerjaan permintaan tinggi 2026
    • Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros
    • 5 kesilapan di gim yang mengundang masalah jantung
    • Azam 2026: Banyakkan simpanan, kurangkan hutang
    • Luca Paciola, Bapa Perakaunan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025

      5 kesilapan di gim yang mengundang masalah jantung

      December 26, 2025

      Punca terkejut semasa tidur

      December 23, 2025

      Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

      December 19, 2025

      Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

      December 19, 2025
    • Kewangan

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025

      Azam 2026: Banyakkan simpanan, kurangkan hutang

      December 24, 2025

      Cara elak duit habis sebelum masanya

      December 22, 2025

      Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

      December 18, 2025

      Senjata baru penipu siber bernama AI

      December 18, 2025
    • Pendidikan

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025

      Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

      December 17, 2025

      7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

      December 16, 2025

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025
    • Kerjaya

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Titik demi titik, Louis Braille mengubah dunia orang buta

    Titik demi titik, Louis Braille mengubah dunia orang buta

    By Umi FatehahAugust 6, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    DI sebuah bengkel tukang kulit di kampung kecil bernama Coupvray, Perancis, seorang budak lelaki bernama Louis Braille sedang leka bermain alat-alat pertukangan milik ayahnya. Hari-harinya dipenuhi bunyi ketukan logam dan haruman kulit serta kayu.

    Namun, pada suatu hari, budak lelaki yang baru berusia tiga tahun dan masih belum mengenal makna bahaya cuba meniru pekerjaan ayahnya. Tangannya mencapai sebilah alat tajam dan dalam sekelip mata, satu kecuaian kecil menyebabkan hujung alat itu mencucuk matanya.

    Pada awalnya, luka itu kelihatan tidak serius dan masih ada harapan untuk dirawat. Namun, kehidupan pada tahun 1812 tidak semudah hari ini. Ketika itu, ilmu perubatan masih sangat terbatas jadi jangkitan kecil boleh membawa padah.

    Dalam beberapa minggu sahaja, kuman dari luka itu merebak dan merosakkan kedua-dua matanya. Dunia Louis Braille mula bertukar menjadi gelap. Dia kehilangan kemampuan untuk melihat pada kedua-dua matanya.

    Apa yang luar biasa tentang kisah ini bukan tentang seorang budak berumur tiga tahun menjadi buta tetapi bagaimana dia cuba untuk melihat meskipun penglihatannya terbatas.

    Dalam dunia tanpa warna, dia mencipta satu sistem yang memberi berjuta-juta orang buta kemampuan untuk ‘melihat’ semula iaitu melalui sentuhan di hujung jari.

    Tidak putus asa walaupun tidak boleh melihat

    Walaupun buta, semangat Louis untuk belajar tidak pernah padam. Ketika berusia 10 tahun, dia diterima masuk ke Royal Institute for Blind Youth di Paris iaitu antara sekolah pertama di dunia untuk pelajar cacat penglihatan.

    Salah satu kaedah utama yang digunakan oleh orang buta untuk membaca ialah huruf timbul (embossed letters). Dalam sistem ini, huruf-huruf biasa (seperti A, B, C) dicetak dalam bentuk timbul pada kertas tebal supaya boleh dirasa dengan jari.

    Tetapi sistem ini mempunyai banyak kekurangan:

    • Sukar dibaca. Jari manusia sukar mengenal bentuk huruf timbul yang kompleks terutamanya jika huruf itu kecil atau bercantum.
    • Tidak boleh menulis semula. Pelajar buta hanya boleh membaca tetapi tidak boleh menulis menggunakan sistem ini.
    • Buku sangat besar dan berat. Setiap huruf perlu dicetak besar supaya boleh dirasa, menyebabkan buku menjadi tebal dan tidak praktikal.

    Disebabkan itu, ramai pelajar buta bergantung sepenuhnya kepada guru atau orang lain untuk membaca kepada mereka. Bacaan menjadi sesuatu yang perlahan, membosankan dan tidak bebas.

    Sistem ini menjadikan pembelajaran sangat sukar sehinggalah Louis Braille menemui cara yang lebih baik.

    Segalanya berubah apabila Louis Braille diperkenalkan kepada sistem kod rahsia ciptaan Charles Barbier. Sistem ini digunakan dalam kalangan tentera untuk membaca mesej dalam gelap. Ia menggunakan titik dan garis yang ditebuk pada kertas.

    Louis mula tertarik dengan sistem kod rahsia itu. Tetapi dia tahu, sistem itu masih tidak cukup praktikal untuk orang buta. Jadi, dia mula mengubah suai dan mencipta sistemnya sendiri.

    Ciptaan tulisan Braille

    Dengan menggunakan jarum besar dan kertas tebal, Louis Braille menghabiskan masa berjam-jam dalam bilik asramanya dengan menebuk lubang dan menyusun titik demi titik.

    Dia bukan sekadar menyalin sistem Barbier, sebaliknya dia benar-benar mengkaji bagaimana jari manusia bertindak balas terhadap sentuhan dan bagaimana titik-titik boleh dibaca dengan mudah. Louis Braille mendapati bahawa kombinasi titik yang lebih sedikit dan susunan lebih sistematik akan memudahkan pembacaan dan penulisan.

    Sistem asal Barbier menggunakan sehingga 12 titik dan garis, menjadikannya sukar dibaca dengan satu imbasan jari. Louis memudahkan struktur itu kepada hanya enam titik, disusun dalam dua lajur dan tiga baris.

    Susunan ini menghasilkan 63 kombinasi yang cukup untuk mewakili abjad, nombor, tanda baca dan simbol muzik.

    Louis bukan sahaja mencipta kod baru tetapi juga membuka pintu baharu kepada orang buta iaitu dunia yang boleh dibaca dengan hujung jari.

    Menariknya, sistem ini bukan hanya boleh digunakan untuk membaca tetapi juga membolehkan penulisan semula dengan menggunakan alat khas seperti slate dan stylus yang direka khas untuk menebuk titik Braille.

    Satu ciptaan, berjuta manfaat

    Lebih mengagumkan, dia mencipta semua ini ketika masih bergelar pelajar. Pada usia hanya 15 tahun, ciptaan Louis Braille sudah mula digunakan oleh rakan-rakannya di sekolah walaupun pihak sekolah sendiri pada mulanya enggan mengiktiraf sistem tersebut secara rasmi.

    Namun bagi Louis, ia bukan soal pengiktirafan tetapi tentang memberi suara, peluang dan kebebasan kepada mereka yang buta sepertinya. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

    December 30, 2025

    Berwaspada bila susut berat badan

    December 30, 2025

    Azam 2026 untuk jadi pelajar cemerlang

    December 30, 2025

    10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

    December 29, 2025

    Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

    December 29, 2025

    5 kesilapan di gim yang mengundang masalah jantung

    December 26, 2025
    Artikel Terkini

    Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

    December 30, 2025

    Berwaspada bila susut berat badan

    December 30, 2025

    Azam 2026 untuk jadi pelajar cemerlang

    December 30, 2025

    10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

    December 29, 2025

    Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

    December 29, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.