Facebook Twitter
    Trending
    • SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli
    • Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik
    • Punca bateri telefon sentiasa habis
    • Kubis goreng boleh mengundang kanser?
    • 8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi
    • 5 tabiat pagi yang merosakkan otak
    • 4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah
    • Fenomena alam luar biasa sepanjang bulan ini
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kubis goreng boleh mengundang kanser?

      February 5, 2026

      5 tabiat pagi yang merosakkan otak

      February 4, 2026

      4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

      February 4, 2026

      Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

      February 2, 2026

      Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

      January 30, 2026
    • Kewangan

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026
    • Pendidikan

      SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli

      February 9, 2026

      Punca bateri telefon sentiasa habis

      February 6, 2026

      Fenomena alam luar biasa sepanjang bulan ini

      February 4, 2026

      Jangan cas telefon sebelah bantal!

      February 2, 2026

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026
    • Kerjaya

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

    Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

    By Umi FatehahJune 5, 20252 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kurangkan air manis, banyakkan air kosong. - GAMBAR HIASAN IQBAL HAMDAN

    ADIK-adik, minuman manis seperti air bergas, jus dan minuman tenaga memang sedap dan menyegarkan. 

    Namun, pengambilan minuman manis secara berlebihan boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan terutamanya kepada buah pinggang dan otak. Oleh itu, penting untuk kita kurangkan pengambilan minuman manis dan banyakkan minum air kosong demi kesihatan yang lebih baik.

    Minuman manis mengandungi gula yang tinggi. Pengambilan gula yang berlebihan boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti obesiti, kencing manis dan tekanan darah tinggi. 

    Buah pinggang adalah organ penting yang membantu menapis darah dan membuang toksin dari badan. Apa akan jadi sekiranya buah pinggang kita tidak berfungsi dengan baik?

    Sekiranya buah pinggang gagal menjalankan tugasnya dengan sempurna, toksin dan bahan buangan akan terkumpul dalam badan. Ia boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi dan masalah jantung. Selain itu, kita juga mungkin mengalami rasa letih yang berterusan, kurang selera makan dan sukar untuk bernafas.

    Masalah buah pinggang yang serius boleh memerlukan rawatan dialisis atau pemindahan buah pinggang. Oleh itu, penting untuk kita menjaga kesihatan buah pinggang dengan cara mengurangkan pengambilan gula berlebihan terutamanya daripada minuman manis.

    Air kosong tak sedap? Jangan begitu.

    Sebenarnya, air kosong adalah minuman paling penting dan terbaik untuk tubuh kita. Jika terasa bosan dengan rasa air kosong, anda boleh cuba tambahkan sedikit hirisan buah lemon, timun atau daun pudina. Ia akan memberikan rasa segar tanpa perlu menambah gula.

    Minum air kosong membantu badan kekal segar, mengelakkan dehidrasi dan memastikan organ-organ seperti otak dan buah pinggang berfungsi dengan baik. Selain itu, air kosong juga membantu kita kekal fokus dan bertenaga sepanjang hari.

    Jadi, jangan pandang rendah pada air kosong. Mulakan langkah kecil dengan perbanyakkan minum air kosong demi kesihatan yang lebih baik! – RELEVAN

    Previous ArticleKerjaya impian untuk pencinta haiwan liar
    Next Article Fakta semesta: Kita hanya tahu 4 peratus daripada alam ini

    Artikel berkaitan

    SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli

    February 9, 2026

    Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

    February 6, 2026

    Punca bateri telefon sentiasa habis

    February 6, 2026

    Kubis goreng boleh mengundang kanser?

    February 5, 2026

    8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

    February 5, 2026

    5 tabiat pagi yang merosakkan otak

    February 4, 2026
    Artikel Terkini

    SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli

    February 9, 2026

    Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

    February 6, 2026

    Punca bateri telefon sentiasa habis

    February 6, 2026

    Kubis goreng boleh mengundang kanser?

    February 5, 2026

    8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

    February 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.