Facebook Twitter
    Trending
    • Azam 2026: Banyakkan simpanan, kurangkan hutang
    • Luca Paciola, Bapa Perakaunan
    • Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan
    • Punca terkejut semasa tidur
    • Cara elak duit habis sebelum masanya
    • Tahi mata sebagai pelindung mata senyap
    • Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat
    • Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Punca terkejut semasa tidur

      December 23, 2025

      Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

      December 19, 2025

      Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

      December 19, 2025

      Kesan negatif penyedut minuman

      December 15, 2025

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025
    • Kewangan

      Azam 2026: Banyakkan simpanan, kurangkan hutang

      December 24, 2025

      Cara elak duit habis sebelum masanya

      December 22, 2025

      Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

      December 18, 2025

      Senjata baru penipu siber bernama AI

      December 18, 2025

      5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia

      December 16, 2025
    • Pendidikan

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025

      Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

      December 17, 2025

      7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

      December 16, 2025

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025
    • Kerjaya

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » ‘Healing’ tak semestinya melancong, ini 5 aktiviti lain yang anda boleh buat

    ‘Healing’ tak semestinya melancong, ini 5 aktiviti lain yang anda boleh buat

    By Umi FatehahApril 10, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    HARI ini, bila kepenatan mula ‘menggigit’ sama ada dari segi fizikal, emosi atau mental, ramai di antara kita secara spontan akan terfikir “Aku perlukan healing.”

    Tetapi, dalam dunia yang makin sibuk dan kos hidup semakin tinggi, bukan semua orang mampu untuk terus beli tiket dan ‘lari’ dari kehidupan buat sementara.

    Ya, melancong memang boleh memberi rasa kebebasan, dapat melarikan diri daripada rutin dan hingar-bingar kehidupan. Namun, dalam dunia yang makin sibuk dan kos hidup makin mahal, bukan semua orang mampu untuk terus beli tiket dan ambil cuti setiap kali hati rasa sesak.

    Hakikatnya, healing bukan semata-mata tentang destinasi. Sebaliknya, ia tentang proses untuk memahami diri, memaafkan segalanya dan kembali perlahan-lahan ke versi diri yang lebih ringan.

    Kalau anda perlukan healing tapi tak mampu bercuti, ini lima aktiviti alternatif yang boleh bantu anda rasa tenang walaupun hanya duduk di rumah sendiri.

    1. Menulis jurnal

    Emosi yang tak diluahkan akan terus menekan kita dari dalam. Kadang-kadang kita sendiri tak tahu kenapa rasa berat disebabkan semua perasaan dan beban bercampur dalam kepala. Dengan menulis jurnal, kita boleh tapis satu per satu setiap beban dan perasaan.

    Luangkan sekurangnya lima minit setiap hari atau beberapa hari seminggu untuk menulis apa sahaja yang bermain dalam fikiran. 

    Menulis jurnal tidak perlu beria untuk menggunakan pen berwarna-warni atau stiker comel. Anda boleh meluahkan rasa marah, keliru atau menangis di atas kertas. Paling penting, anda jujur. 

    Dari situ, anda akan mula mengenali diri sendiri, belajar memahami perasaan yang rumit dan perlahan-lahan melepaskan beban ditanggung sendiri.

    1. Buat aktiviti rutin atau tugasan dengan lebih relaks

    Kita hidup dalam dunia yang terlalu laju. Semuanya nak cepat. Makan, mandi, kerja, memandu, semuanya mahu cepat.

    Bila kita terlalu terbiasa dengan kelajuan, kita hilang keupayaan untuk menjiwai kehidupan. Kita secara automatik menjadi robot yang hanya ulang rutin tanpa jiwa.

    Cuba luangkan satu hari dan lakukan segala rutin dan kerja dengan perlahan. Basuh pinggan sambil menikmati bunyi air mengalir, bancuh kopi sambil menghirup aromanya atau lipat baju sambil dengar muzik yang buat hati tenang. 

    Dengan cara ini, aktivit biasa yang dibuat dengan kesedaran boleh menjadi pengalaman luar biasa. Anda tak perlu lari daripada kehidupan. Anda cuma perlu ‘hadir’ dalam hidup sendiri.

    1. Berkebun 

    Tak ramai sedar bahawa menanam atau menjaga pokok juga satu bentuk terapi. Proses melihat pokok tumbuh hari demi hari, boleh memberi kita harapan baharu. Ia mengajar kita bahawa proses pertumbuhan dan pemulihan memang perlahan tetapi ia akan tetap berlaku jika dijaga dengan kasih sayang.

    Tak perlu tanah luas atau kebun besar. Satu pokok kecil di tepi tingkap pun dah cukup. Perkara yang mudah seperti siram, lap daun dan menabur baja juga boleh memberi kedamaian yang mungkin anda tercari-cari selama ini.

    1. Detoks digital

    Tanpa sedar, media sosial sering jadi punca perbandingan, rasa tak cukup dan tekanan dalaman. Kita tengok orang lain melancong, kahwin, beli rumah, mulalah tertanya-tanya kenapa hidup kita ‘biasa-biasa’ sahaja. Padahal, semua itu hanya sebahagian kecil daripada realiti yang lebih besar.

    Cuba rehat dari skrin untuk sehari dua. Log keluar daripada media sosial, matikan notifikasi dan letak telefon ke tepi. 

    Gunakan masa lapang itu untuk duduk diam, baca buku, jalan kaki atau mengemas bilik. Anda akan rasa kepala lebih lapang, fikiran lebih jernih dan hati lebih tenang. Kadang-kadang, healing bermula bila kita berhenti menyerap bunyi dunia luar.

    1. Luangkan masa dengan orang yang tenang

    Setiap daripada kita pasti mengenali seseorang yang kehadirannya sahaja sudah cukup membuatkan hati terasa tenang. Mungkin kawan yang tak banyak cakap tetapi pendengar yang baik.

    Kalau bukan kawan, mungkin mak, ayah atau adik-beradik yang selalu ada bila kita perlukan. Healing juga boleh datang dari kehadiran orang lain yang membuat kita rasa diterima tanpa perlu berpura-pura.

    Luangkan masa dengan mereka. Tak perlu keluar jauh atau buat aktiviti besar, cukup dengan duduk bersama sambil minum teh, borak kosong atau peluk juga sudah mencukupi.

    Kadang-kadang, ketenangan tak datang dari tempat baharu tetapi dari orang yang memberi rasa ‘selamat’ dalam dunia yang penuh tekanan. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Azam 2026: Banyakkan simpanan, kurangkan hutang

    December 24, 2025

    Luca Paciola, Bapa Perakaunan

    December 24, 2025

    Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

    December 24, 2025

    Punca terkejut semasa tidur

    December 23, 2025

    Cara elak duit habis sebelum masanya

    December 22, 2025

    Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

    December 19, 2025
    Artikel Terkini

    Azam 2026: Banyakkan simpanan, kurangkan hutang

    December 24, 2025

    Luca Paciola, Bapa Perakaunan

    December 24, 2025

    Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

    December 24, 2025

    Punca terkejut semasa tidur

    December 23, 2025

    Cara elak duit habis sebelum masanya

    December 22, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.