Facebook Twitter
    Trending
    • Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan
    • Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar
    • Sam Altman: Penggerak revolusi AI
    • Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan
    • Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha
    • Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri
    • Fakta semesta: Kita hanya tahu 4 peratus daripada alam ini
    • Kurangkan air manis, banyakkan air kosong
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025
    • Kewangan

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025

      Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

      May 20, 2025

      Wasiat bukan hanya untuk orang berharta

      May 20, 2025
    • Pendidikan

      Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar

      June 12, 2025

      Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri

      June 6, 2025

      Fakta semesta: Kita hanya tahu 4 peratus daripada alam ini

      June 5, 2025

      Jangan malas buat kerja sekolah!

      May 21, 2025

      Guru bukan pembantu peribadi anak

      May 16, 2025
    • Kerjaya

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025

      Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

      June 4, 2025

      Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

      June 3, 2025

      Realiti kesusahan mencari kerja

      May 26, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Keperluan vs kehendak: Mana lebih penting?

    Keperluan vs kehendak: Mana lebih penting?

    By JOHANNA MUMTAZ WANPADecember 12, 2024Updated:December 12, 20242 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Membezakan keperluan dan kehendak membantu kita membuat keputusan kewangan yang lebih bijak. - GAMBAR HIASAN SYAKIR RADIN/UTUSAN

    PERNAHKAH anda membeli sesuatu tetapi mereka bertanya, “Adakah ini keperluan atau kehendak?”

    Soalan itu sebenarnya sangat penting untuk difikirkan sebelum berbelanja terutama sebagai pelajar. Memahami perbezaan antara keperluan dan kehendak adalah langkah awal untuk menjadi individu yang bijak menguruskan kewangan.

    Apa itu keperluan?

    Keperluan adalah perkara asas yang wajib dimiliki untuk memastikan kehidupan harian berjalan dengan lancar. Bayangkan hidup tanpa makanan, pakaian, tempat tinggal dan pendidikan. Mesti susah, bukan?

    Sebagai pelajar, alat tulis, buku rujukan dan pakaian sekolah adalah antara keperluan yang perlu diberi keutamaan. Semua itu penting untuk memastikan proses pembelajaran berjalan lancar dan membantu pelajar mencapai cita-cita mereka. Kalau keperluan asas ini tidak dipenuhi, sudah tentu sukar untuk fokus dalam pelajaran.

    Apa itu kehendak?

    Kehendak pula adalah sesuatu yang kita mahukan tetapi tidak penting untuk kelangsungan hidup. Contohnya, telefon pintar model terbaharu, kasut berjenama mahal atau permainan video. Kehendak selalunya bersifat sementara dan bertujuan untuk memberi keseronokan dan bukan keperluan sebenar.

    Kebiasaannya, kehendak lebih kepada memenuhi keinginan atau gaya hidup. Tidak salah untuk berkehendak tetapi perlu tahu batasnya. Sekiranya terlalu mengikut kehendak, keperluan penting mungkin terlepas pandang.

    Jadi, buatlah keputusan yang bijak sebelum mendapatkannya supaya tidak merugikan.

    Mengapa penting membezakan keperluan dan kehendak?

    Membezakan keperluan dan kehendak membantu kita membuat keputusan kewangan yang lebih bijak. Sekiranya anda mempunyai duit sendiri, gunakanlah ia untuk membeli perkara yang benar-benar diperlukan terlebih dahulu.

    Sebagai pelajar, membezakan antara keperluan dan kehendak adalah langkah penting untuk membentuk tabiat kewangan yang baik.

    Dengan memahami keutamaan, anda bukan sahaja dapat menguruskan wang dengan bijak tetapi juga belajar menghargai apa yang dimiliki.

    Ingatlah, belajar menguruskan kewangan sejak usia muda adalah pelaburan untuk masa depan yang lebih cerah. – RELEVAN

    featured kehendak keperluan kewangan
    Artikel Terkini

    Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

    June 13, 2025

    Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar

    June 12, 2025

    Sam Altman: Penggerak revolusi AI

    June 11, 2025

    Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

    June 11, 2025

    Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

    June 9, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.