Facebook Twitter
    Trending
    • Azam 2026: Banyakkan simpanan, kurangkan hutang
    • Luca Paciola, Bapa Perakaunan
    • Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan
    • Punca terkejut semasa tidur
    • Cara elak duit habis sebelum masanya
    • Tahi mata sebagai pelindung mata senyap
    • Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat
    • Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Punca terkejut semasa tidur

      December 23, 2025

      Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

      December 19, 2025

      Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

      December 19, 2025

      Kesan negatif penyedut minuman

      December 15, 2025

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025
    • Kewangan

      Azam 2026: Banyakkan simpanan, kurangkan hutang

      December 24, 2025

      Cara elak duit habis sebelum masanya

      December 22, 2025

      Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

      December 18, 2025

      Senjata baru penipu siber bernama AI

      December 18, 2025

      5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia

      December 16, 2025
    • Pendidikan

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025

      Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

      December 17, 2025

      7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

      December 16, 2025

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025
    • Kerjaya

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bagaimana stres menyerang sistem imun anda

    Bagaimana stres menyerang sistem imun anda

    By Umi FatehahNovember 8, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    SEMUA orang pernah stres, bukan? Namun, tahukah anda bahawa stres bukan sahaja membuatkan kita rasa letih, marah atau sedih tetapi juga boleh mengganggu sistem imun badan? 

    Jom Relevan kongsikan bagaimana stres boleh menjadi musuh dalam selimut yang melemahkan sistem pertahanan badan kita.

    Apa yang berlaku bila kita stres?

    Saya bagi satu contoh untuk anda mudah menggambarkan apa yang berlaku kepada badan dalam situasi stres. 

    Bayangkan anda sedang dikejar harimau. Itu adalah contoh mudah untuk menggambarkan situasi fight or flight response (tindak balas lawan atau lari). Dalam situasi dikejar harimau, badan anda akan menjadi stres.

    Bila anda stres, badan akan bertindak seolah-olah ada ancaman besar yang perlu dihadapi. 

    Hormon seperti adrenalin dan kortisol dilepaskan, jantung berdegup laju, nafas semakin kencang dan sistem pencernaan dihentikan sementara. Ini semua persediaan untuk melawan atau lari dari bahaya!

    Tetapi masalahnya, hari ini ancaman kita bukan lagi harimau tetapi tarikh akhir kerja, masalah kewangan atau konflik peribadi. Badan kita tak tahu membezakan stres yang singkat dengan stres yang berlarutan. Inilah sebabnya stres berpanjangan boleh menjadi racun kepada sistem imun kita.

    Apa kaitan stres dengan sistem imun?

    Pada peringkat awal stres, badan kita sebenarnya memberi dorongan kepada sistem imun. Sel-sel imun dihantar ke bahagian badan yang lebih mudah terdedah kepada jangkitan seperti kulit. 

    Jika stres tak berkurangan, badan akan terus menghasilkan kortisol dan melemahkan sistem imun. 

    Ibaratnya begini – bayangkan sistem imun sebagai enjin kereta yang memberi kuasa untuk bergerak. Apabila anda stres, kortisol bertindak seperti menekan brek secara perlahan-lahan, untuk memastikan enjin tidak bekerja terlalu kuat. 

    Keadaan itu baik untuk perjalanan yang singkat (stres jangka masa pendek), tetapi jika brek terus ditekan dalam jangka masa panjang (stres jangka masa panjang), kereta tidak dapat bergerak dengan laju atau efisien. 

    Samalah seperti sistem imun, peningkatan kortisol yang berterusan akan mengurangkan keupayaan sistem imun untuk berfungsi dengan normal, menyebabkan kita lebih mudah jatuh sakit.

    Stres kronik musuh kepada sistem imun

    Kalau anda dalam keadaan stres setiap hari selama berbulan-bulan, apakah kesannya? Badan akan terus bertindak balas seolah-olah dalam keadaan kecemasan. 

    Lama-kelamaan, ia akan mencetuskan keradangan kronik, sejenis tindak balas imun yang sepatutnya melindungi kita daripada jangkitan. Tetapi apabila keradangan berlaku secara berterusan, ia boleh merosakkan tisu dan organ dalaman.

    Kawal stres dan kuatkan imuniti

    Berita baiknya? Kita boleh ambil langkah-langkah mudah untuk mengatasi stres sebelum ia mempengaruhi sistem imun. Berikut adalah beberapa tip yang mungkin membantu:

    1. Bernafas dengan betul – Teknik pernafasan dalam membantu menenangkan saraf dan menurunkan kadar kortisol.
    2. Bersenam – Menggalakkan pelepasan endorfin yang dikenali sebagai hormon gembira dan membantu mengawal keradangan.
    3. Tidur yang berkualiti – Tidur adalah waktu pemulihan badan. Kurang tidur bermakna badan tak cukup masa untuk memulihkan sistem imun.
    4. Lakukan hobi – Aktiviti yang anda suka seperti membaca, berkebun atau mendengar muzik boleh membantu mengurangkan stres secara semulajadi.

    Jangan pandang remeh dengan stres!

    Stres adalah sebahagian daripada kehidupan tetapi jika dibiarkan tanpa dikawal, ia boleh melemahkan sistem pertahanan tubuh kita. 

    Jadi, daripada biarkan stres mengawal hidup anda, cubalah teknik pengurusan stres dan beri peluang kepada sistem imun untuk bekerja dengan lebih baik.

    Hidup ini penuh cabaran tetapi jangan biarkan stres menjadi sebab anda mudah jatuh sakit. Ambil langkah kecil hari ini untuk menguruskan stres dan anda pasti akan rasa perubahan besar pada kesihatan keseluruhan. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Azam 2026: Banyakkan simpanan, kurangkan hutang

    December 24, 2025

    Luca Paciola, Bapa Perakaunan

    December 24, 2025

    Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

    December 24, 2025

    Punca terkejut semasa tidur

    December 23, 2025

    Cara elak duit habis sebelum masanya

    December 22, 2025

    Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

    December 19, 2025
    Artikel Terkini

    Azam 2026: Banyakkan simpanan, kurangkan hutang

    December 24, 2025

    Luca Paciola, Bapa Perakaunan

    December 24, 2025

    Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

    December 24, 2025

    Punca terkejut semasa tidur

    December 23, 2025

    Cara elak duit habis sebelum masanya

    December 22, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.