Facebook Twitter
    Trending
    • Beli dulu baru menyesal kemudian
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Tarikh penting buat rakyat Malaysia
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    • Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca
    • 7 makanan mesra usus
    • Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik
    • 7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025
    • Kewangan

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025
    • Pendidikan

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Sebuah gig berskala mikro di dalam kedai buku

    Sebuah gig berskala mikro di dalam kedai buku

    By October 3, 20245 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    BAYANGAN menyampaikan lima buah lagu dalam edisi pertama GIMIK. - GAMBAR KU SYAFIQ/RELEVAN

    SAYA baru pulang dari Ipoh ketika itu, menghadiri acara Konvensyen Ipoh Sound yang hampir sepenuhnya bersifat cakap-cakap.

    Di sana kami berbincang banyak hal. Antaranya, tentang peminat muzik yang tak suka acara cakap-cakap. 

    Ini bukan merendahkan kelompok peminat mana-mana seni, ia sebuah pemerhatian. Sebab pengalaman beberapa orang di sana menunjukkan yang acara cakap-cakap seperti forum atau perkongsian lebih meriah apabila kelompok sasarannya peminat seni bukan muzik, seperti sastera atau seni halus.

    Bagi saya, ia tidak mengejutkan sebab peminat muzik pastilah mahu menikmati muzik, terutamanya dalam bentuk persembahan langsung. Mereka suka pergi konsert atau gig.

    Tapi tak juga dinafikan, acara perkongsian dan forum tentang muzik ada banyak manfaat. Banyak rahsia dan teknik individu penting bidang muzik boleh dikorek melalui acara sedemikian.

    Maka, selepas pulang dari Ipoh, saya fikirkan cara untuk buat peminat muzik suka pada acara cakap-cakap.

    Tak disangka, jawapannya datang hanya dua hari selepas itu.

    Cakap-cakap selepas muzik

    Biarlah saya jujur. Ia bukan jawapan paling tepat dan muktamad. Saja melebih-lebih.

    Hal menarik minat orang kepada sesuatu yang tidak disukai bukan boleh diselesai dalam dua hari. Perjalanannya panjang dan rumit.

    Cuma, pada malam 20 September di Kedai Buku Riwayat, Jalan Tun H.S. Lee, saya seperti mendapat ilham yang besar dan signifikan. Macam urat-urat otak mengalirkan listrik, memicu nyala sebuah mentol mental dalam kepala.

    BAYANGAN – GAMBAR OLEH KU SYAFIQ/RELEVAN

    Ketika melihat Bayangan dan Hafiz Hamzah berbual di hadapan sambil diperhati puluhan pengunjung yang memenuhi ruang Riwayat, hati saya bergetus, “inilah jawapannya”.

    Sebab saya fikir, peminat muzik memang tak suka datang forum cakap-cakap tapi bayangkan kalau cakap-cakap itu dibuat betul-betul selepas sebuah persembahan muzik. Orang akan datang untuk tonton persembahan dan selesai persembahan, dia masih boleh melepak sambil mendengar artis kegemarannya bercakap-cakap.

    Secara tak langsung, kita ‘paksa’ mereka buat benda yang tak begitu disukai. Sungguh bijak idea penganjur acara sebegitu.

    Minimal luar selesa

    Acara yang dimaksudkan ialah Gig Mikro atau GIMIK yang dianjurkan secara bersama oleh Krom Studio, Riwayat dan Rojak Session.

    Konsepnya ringkas: persembahan akustik yang diikuti sesi bual-borak-sembang yang diterajui seorang tukang tanya. 

    Segalanya minimal. Tak perlu banyak-banyak artis, cukup seorang (atau satu kumpulan). Tak perlu lama, acara selesai dalam tempoh sejam hingga sejam setengah. Tak perlu pentas, artis letaknya selantai dan rapat dengan penonton.

    Sehingga artikel ini ditulis, ia telah dilangsungkan sebanyak dua kali. Pertama, menampilkan penyanyi neo-folk, Bayangan. Kali kedua, penyanyi folk pop, Syiqin Azln.

    Memilih penyanyi folk memang jalan mudah untuk acara berkonsep akustik tetapi itu baru dua. Pada 4 Oktober ini, kugiran rock alternatif, motherwit pula akan tampil. Selepas itu – ini khabar sayup yang saya dengar – akan ada kugiran pop alternatif dan penyanyi pop wanita.

    GIMIK tidak selesa dalam ruang selesa. Nampak gaya, mereka suka eksperimen dan kelainan.

    Intim tak rasmi

    Saya hadir kedua-dua edisi GIMIK yang telah berlangsung. Boleh dikatakan, itu acara muzik berkonsep yang paling saya gemari sepanjang tahun ini.

    Bayangkan sebuah ruang malap dengan reka dalaman yang klasik, di sekeliling penuh dengan rak buku dan di depan, ada Bayangan memegang gitar. Bibirnya rapat dengan mikrofon.

    Suara gemersik Bayangan melantun dari pelaung bunyi (speaker) ke segenap sudut Riwayat yang penuh dengan orang. Gaungnya meluaskan ruang dan semua penonton senyap menikmati Gita / Malam, Mekar, Pahit Manis, Sehelai Benang dan Kuala Lumpur.

    SYIQIN AZLN dan FAI. – GAMBAR OLEH KU SYAFIQ/RELEVAN

    Begitu juga situasinya pada 27 September apabila Syiqin Azln dan pemain gitar jemputan, Faizul Hakim memegang perhatian segenap Riwayat. Syiqin Azln bercerita dan menyanyi, sementara Fai tak berhenti memetik tali gitar – suasananya hidup dan tenteram.

    GIMIK menawarkan keintiman yang sukar diperolehi di acara muzik lain. Dengan bayaran yang relatif murah, pengunjung boleh berada dekat dengan artis, malah boleh bertanya soalan pada bila-bila masa yang dirasa sesuai. Kerasmiannya, sekali lagi, minimal.

    Riwayat juga ada sumbangan besar. Lokasinya di tengah kota. Mudah dicari dan boleh dicapai dengan pengangkutan awam. Suasananya pula menggalakkan keintiman.

    Kepercayaan kepada bakat tempatan

    Edisi pertama menampilkan Bayangan buat Riwayat padat. Tak pelik sebab Bayangan nama besar dalam lapangan independen tempatan. Kalau industri tak peduli, mereka yang rugi.

    Tapi GIMIK tak mahu tampilkan nama popular sahaja. Pilihannya bukan atas populariti tetapi kesesuaian artis dengan konsep yang dipilih.

    Edisi kedua menampilkan Syiqin Azln tidak begitu ramai yang datang. Mungkin sebab Syiqin sendiri boleh dianggap pendatang baharu. EP pertamanya diterbitkan hujung tahun lepas. 

    Edisi seterusnya menampilkan motherwit dan mereka sendiri bukanlah nama besar. Tapi GIMIK mahu buka ruang untuk bakat yang mereka percaya. 

    Selepas edisi kedua minggu lepas, saya melepak bersama penganjur dan mereka sendiri akui, jumlah pengunjung bukanlah tumpuan utama. Konsep itu unik dan baharu, bukan mudah untuk menarik pengunjung ramai dengan sekelip mata.

    Jika anda berminat dengan idea acara luar kotak dan unik, cubalah hadirkan diri ke edisi GIMIK seterusnya. Ikuti Instagram Krom Studio, Riwayat, Riwayat After Dark dan Rojak Session untuk maklumat acara. 

    Acara unik yang diniat untuk kemajuan lapangan muzik tempatan perlu disokong dan tak rugi dipromosi. Kalau anda pun suka, sebarkan berita tentang GIMIK sejauh mungkin. – RELEVAN

    Previous ArticleMitos kewangan yang disampaikan turun temurun (dan mengapa ia tidak betul)
    Next Article Orang muda lebih sunyi berbanding warga emas

    Artikel berkaitan

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026
    Artikel Terkini

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.