Facebook Twitter
    Trending
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    • Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca
    • 7 makanan mesra usus
    • Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik
    • 7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka
    • Rahsia bebas tekanan kewangan
    • Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik
    • Cara kekalkan awet muda
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025
    • Kewangan

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025

      Azam 2026: Banyakkan simpanan, kurangkan hutang

      December 24, 2025

      Cara elak duit habis sebelum masanya

      December 22, 2025
    • Pendidikan

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025

      Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

      December 17, 2025

      7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

      December 16, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Lelah mencari cinta sejati melalui aplikasi janji temu

    Lelah mencari cinta sejati melalui aplikasi janji temu

    By October 2, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    PERJALANAN mencari cinta, selalunya penuh onak dan duri. Ada orang yang bercinta bertahun-tahun lamanya tetapi pada akhirnya putus begitu sahaja. Ada pula yang berkawan sebulan dua namun tiba-tiba berkahwin.

    Benar, jodoh itu rahsia Tuhan. Tetapi, bukan semuanya bertuah dapat bertemu jodoh di tempat belajar atau dari kalangan orang sekeliling. 

    Sebab itulah, ramai yang cuba mencari jodoh secara dalam talian. 

    Dengan kewujudan aplikasi seperti Tinder, Bumble dan Omi, semuanya menjadi mudah. 

    Anda hanya perlu menjawab beberapa soalan dan memuat naik beberapa keping gambar. Kemudian, anda boleh bersembang dengan sesiapa sahaja yang dimahukan. 

    Penggunaan aplikasi janji temu telah menarik minat ramai orang, salah satunya ialah rakan penulis sendiri, Aimi (bukan nama sebenar). 

    Aimi masih muda. Namun, tekanan dari keluarga membuatkan dia terpaksa mencari jodoh. Baginya, cara yang paling mudah adalah dengan menggunakan aplikasi janji temu. 

    Selepas beberapa ketika, Aimi akhirnya berasa yakin untuk bertemu F, lelaki berusia 29 tahun yang bekerja sebagai seorang pegawai kerajaan. 

    Namun, apa yang Aimi tidak tahu adalah F sebenarnya adalah suami orang. 

    Menurut Aimi, F menggunakan aplikasi temu janji sekadar suka-suka, kononnya untuk mencari kawan. Bagaimanapun, segala pertemuan semuanya dilakukan tanpa pengetahuan isteri F. 

    Perkara tersebut telah membuatkan Aimi terkejut. Ketika itulah dia tersedar bahawa bukan semua orang yang menggunakan aplikasi cari jodoh dalam talian itu baik belaka. 

    Niat memang untuk cari jodoh

    Kisah di atas bukanlah kisah baharu. Ia cerita yang sering kita dengar daripada pengguna aplikasi janji temu. Itu tidak termasuk lagi kisah mereka yang berjumpa dengan orang yang dalam gambarnya lain tetapi yang datang lain pula rupa parasnya. 

    Sebab itulah, ramai yang mengelak berjumpa dengan individu yang ditemui dalam talian kerana beranggapan sebahagian besarnya penipu dan tidak jujur. 

    Namun, benarkah mereka yang cuba mencari jodoh dalam talian sebenarnya hanya mahu bermain cinta atau ‘test market’ semata-mata?

    Menurut  kajian yang dijalankan oleh Forbes, kebanyakan individu yang menggunakan aplikasi janji temu mempunyai niat yang hampir sama – semuanya inginkan hubungan serius. 

    Menurut responden dalam tinjauan tersebut, generasi Z yang memuat turun aplikasi janji temu sememangnya mempunyai niat mencari jodoh dan berkahwin (52 peratus).

    Bagaimanapun, hanya 49 peratus golongan milenial yang kini berusia 43 hingga 28 tahun ingin menjalin hubungan serius yang membawa ke jinjang pelamin. 

    Selebihnya pula mengakui memuat turun aplikasi janji temu sekadar suka-suka. Mereka juga tidak mahu terikat dengan apa-apa bentuk hubungan. 

    Bagaimanapun, 20 peratus daripadanya mengakui ingin berhubungan secara kasual dengan seorang pasangan. 

    Selain itu, sebanyak 12 peratus lagi hanya mahu menambah kawan dan tidak kisah berjanji temu dengan dua hingga tiga individu dalam satu-satu masa. 

    Walaupun kebanyakannya ingin menjalin hubungan serius, niat sesetengah individu yang menggunakan aplikasi janji temu sukar diduga. 

    Menurut pakar neuropsikologi klinikal, Dr. Judy Ho, bukan mudah untuk menafsir niat seseorang. Sebab itulah, ramai yang mudah tertipu ketika mencari cinta dalam talian. 

    Artikel berkaitan:  Red flag kewangan dalam hubungan percintaan dan perkahwinan

    Artikel berkaitan: Keburukan cinta pejabat serta segala horor yang menanti pelakunya

    Hanya satu permainan

    aplikasi janji temu
    Ramai yang mengakui pengalaman mereka menggunakan aplikasi janji temu seakan-akan sama dengan bermain permainan video.  – GAMBAR HIASAN/FREEPIK

    Menurut tinjauan oleh Pusat Kajian Pew, satu dari 10 rakyat Amerika Syarikat – sama ada yang sudah berkahwin atau sedang bercinta – berjumpa dengan pasangan masing-masing melalui aplikasi janji temu. 

    Disebabkan itulah, aplikasi janji temu itu sendiri kini telah melalui penambahbaikan demi penambahbaikan supaya lebih ramai dapat berjumpa cinta sejati. 

    Ada yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) seperti menganalisis minat, personaliti serta tingkah laku supaya boleh berikan padanan paling sesuai, dengan harapan dapat menarik lebih ramai pengguna. 

    Bagaimanapun, perkara tersebut telah mendatangkan masalah berbeza. Ramai yang mengakui pengalaman mereka menggunakan aplikasi janji temu seakan-akan sama dengan bermain permainan video. 

    Manakan tidak, pengguna boleh menatal ke kanan jika suka (swipe right) atau ke kiri jika tidak (swipe left). Bilangan individu yang menyukai anda juga akan dipaparkan terang-terangan pada profil. 

    Jadi, ada antara pengguna yang rasa teruja melihat semua ‘statistik’ yang dipaparkan. Akhirnya, penggunaan aplikasi janji temu hanyalah sekadar permainan semata-mata. 

    Sebab itulah, jangan terlalu serius ketika menggunakan aplikasi janji temu. Jika bertemu jodoh, syukurlah. Jika tidak, anggaplah janji temu yang gagal itu sebagai satu pengalaman yang berharga. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026

    Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

    January 6, 2026

    7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

    January 5, 2026

    Rahsia bebas tekanan kewangan

    January 5, 2026
    Artikel Terkini

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026

    Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

    January 6, 2026

    7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

    January 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.