Facebook Twitter
    Trending
    • 5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan
    • Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan
    • 10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa
    • Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya
    • Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa
    • 7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 
    • Elak 7 kesilapan ini ketika sahur
    • 10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

      February 19, 2026

      7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

      February 19, 2026

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026

      Elak makanan ini jika sedang haus

      February 13, 2026

      Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

      February 13, 2026
    • Kewangan

      5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

      February 23, 2026

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026
    • Pendidikan

      Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

      February 23, 2026

      10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

      February 20, 2026

      Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

      February 20, 2026

      Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

      February 18, 2026

      10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’

      February 18, 2026
    • Kerjaya

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Red flag kewangan dalam hubungan percintaan dan perkahwinan

    Red flag kewangan dalam hubungan percintaan dan perkahwinan

    By Umi FatehahSeptember 26, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Red flag kewangan dalam hubungan percintaan dan perkahwinan. -GAMBAR HIASAN MIKHAIL NILOV/PEXELS

    KEWANGAN merupakan aspek penting dalam kehidupan, terutamanya melibatkan hubungan jangka panjang. 

    Walaupun cinta dan kepercayaan adalah asas yang penting dalam sesebuah hubungan, isu kewangan boleh menjadi punca ketegangan jika tidak ditangani dengan betul.

    Seperti dibincangkan dalam media sosial, ramai membangkitan isu red flag atau tanda amaran yang perlu dikenal pasti dalam pasangan masing-masing. Kata mereka, sementara masih bercinta dan ada peluang untuk merenung semula hala tuju hubungan, nilai pasangan masing-masing dengan teliti.

    Ada juga yang meluah sudah berkahwin dengan pasangannya yang mempunyai banyak tanda amaran. Hendak bercerai, kesiankan pula nasib anak-anak yang akan membesar tanpa kasih sayang ibu atau bapa. 

    Sudah tidak mampu melakukan apa-apa selain menangis menahan seksa dan bersabar.

    Oleh itu, penting untuk mengenali tanda-tanda amaran, khususnya dalam soal kewangan yang mungkin memberi kesan negatif kepada hubungan anda.

    Berikut adalah beberapa tanda amaran yang perlu diperhatikan.

    1. Tidak bersikap terbuka untuk berbincang mengenai kewangan

    Jika pasangan anda enggan berkongsi maklumat mengenai pendapatan, perbelanjaan atau hutang sedia ada, ini tanda bahaya. 

    Keterbukaan dalam kewangan adalah asas kepada hubungan yang sihat. Sekiranya maklumat kewangan disembunyikan, ia mungkin mencetuskan rasa curiga dan menjejaskan kepercayaan antara pasangan.

    Jika pasangan mempunyai hutang yang banyak dan menyembunyikannya, tidak mustahil ia juga akan membebankan anda.

    1. Berbelanja berlebihan

    Pasangan yang sering berbelanja melebihi kemampuan atau gemar mengamalkan gaya hidup mewah yang tidak sepadan dengan pendapatan boleh menyebabkan masalah kewangan pada masa hadapan. 

    Ia bukan sahaja menjejaskan kestabilan kewangan peribadi tetapi juga memberi tekanan dalam hubungan, terutamanya jika tanggungjawab kewangan menjadi tidak seimbang.

    1. Hutang yang tidak terkawal

    Jika pasangan anda mempunyai hutang yang besar, seperti hutang kad kredit atau pinjaman peribadi dan tidak berusaha untuk mengurangkannya, tidak mustahil anda juga perlu menanggung hutangnya.

    Selain itu, sekiranya mereka mengambil hutang baharu tanpa berbincang, itu juga adalah satu tanda amaran yang besar! 

    Pastikan juga anda menilai bagaimana pasangan menguruskan hutang yang ada. Adakah mereka berusaha melunaskan hutang secara berperingkat atau terus membuat hutang baharu tanpa memikirkan kesannya? 

    Contohnya, mereka mungkin sering menggunakan kad kredit untuk perbelanjaan yang sia-sia tanpa mengambil kira kemampuan sebenar. 

    Ini boleh menjadi tanda bahawa pasangan anda tidak mempunyai disiplin kewangan yang baik dan akhirnya boleh menjejaskan kestabilan kewangan bersama.

    1. Mengawal/mengongkong kewangan pasangan

    Kewangan dalam hubungan sepatutnya diuruskan secara bersama, bukannya dikawal oleh salah seorang pihak. 

    Jika pasangan anda cuba mengawal cara anda membelanjakan wang, membuat keputusan kewangan tanpa berbincang  atau menggunakan wang sebagai alat manipulasi, ini adalah tanda bahaya yang serius. 

    Hubungan yang sihat memerlukan perkongsian dan kerjasama dalam membuat keputusan kewangan.

    1. Tidak mempunyai matlamat kewangan bersama

    Apabila anda berada dalam hubungan jangka panjang, matlamat kewangan bersama seperti menabung untuk rumah, pendidikan anak atau perancangan persaraan adalah penting. 

    Jika pasangan anda tidak berminat untuk berbincang atau merancang matlamat kewangan bersama, ini mungkin menunjukkan mereka tidak serius dalam membina masa depan bersama.

    Tambahan lagi, matlamat kewangan membantu pasangan menjadi lebih bertanggungjawab terhadap perbelanjaan harian. 

    Apabila anda mempunyai sasaran jangka panjang seperti menabung untuk pendidikan anak-anak atau persaraan, ia mendorong setiap pasangan untuk lebih berdisiplin dalam mengurus kewangan. 

    Jika pasangan anda tidak berminat menyertai perbincangan tentang matlamat ini, mereka mungkin tidak berkongsi keutamaan yang sama atau kurang mengambil berat tentang masa depan kewangan bersama.

    1. Sentiasa meminjam tetapi tidak membayar semula

    Situasi ini boleh menyebabkan ketidakseimbangan tanggungjawab dalam hubungan dan berpotensi mencetuskan rasa tidak puas hati atau ketegangan di kemudian hari. Hubungan yang sihat memerlukan tanggungjawab kewangan yang adil dan saksama antara kedua-dua pihak.

    Sikap ini bukan sahaja menunjukkan ketidakmatangan dalam mengurus kewangan, malah boleh menjadi tanda awal masalah yang lebih besar dalam hubungan – ketidakseimbangan kuasa dan tanggungjawab kewangan yang tidak adil.

    Dalam sesebuah hubungan, adalah normal untuk sesekali membantu pasangan dari segi kewangan, terutamanya jika mereka sedang melalui masa yang sukar. 

    Namun, apabila ia menjadi tabiat dan pasangan terus-menerus meminta wang tanpa keupayaan atau niat untuk membayar balik, ia menimbulkan isu yang perlu ditangani segera. – RELEVAN

    Previous Article‘Gatal’ pada tahun ketujuh perkahwinan
    Next Article Imbas laporan: Perpecahan al-Arqam dan kesesatan Aurad Muhammadiyah

    Artikel berkaitan

    5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

    February 23, 2026

    Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

    February 23, 2026

    10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

    February 20, 2026

    Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

    February 20, 2026

    Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

    February 19, 2026

    7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

    February 19, 2026
    Artikel Terkini

    5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

    February 23, 2026

    Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

    February 23, 2026

    10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

    February 20, 2026

    Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

    February 20, 2026

    Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

    February 19, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.