Facebook Twitter
    Trending
    • 5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan
    • Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan
    • 10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa
    • Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya
    • Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa
    • 7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 
    • Elak 7 kesilapan ini ketika sahur
    • 10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

      February 19, 2026

      7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

      February 19, 2026

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026

      Elak makanan ini jika sedang haus

      February 13, 2026

      Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

      February 13, 2026
    • Kewangan

      5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

      February 23, 2026

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026
    • Pendidikan

      Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

      February 23, 2026

      10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

      February 20, 2026

      Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

      February 20, 2026

      Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

      February 18, 2026

      10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’

      February 18, 2026
    • Kerjaya

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Baik buruk berkawan rapat dengan rakan sekerja

    Baik buruk berkawan rapat dengan rakan sekerja

    By Umi FatehahSeptember 25, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Baik buruk berkawan rapat dengan rakan sekerja. - GAMBAR HIASAN WINDOWS/UNSPLASH

    SETIAP hari, kita meluangkan lebih dari lapan jam waktu bekerja di pejabat. Di sekeliling kita, ada pelbagai jenis rakan sekerja – yang diam seribu bahasa, peramah atau sentiasa sibuk dengan kerja hingga tidak toleh kiri dan kanan.

    Pada awalnya, mungkin anda hanya sekadar bertukar senyuman dan salam. Lama-kelamaan, masa yang diluangkan beramai-ramai mula membuka peluang untuk lebih mengenali antara satu sama lain. 

    Perjumpaan selepas waktu bekerja semakin kerap. Sesi makan-makan dan karaoke bersama diadakan hampir setiap bulan. Makin lama, hubungan kawan menjadi makin akrab.

    Tetapi, ada beberapa pendapat bahawa tidak elok jika berkawan terlalu rapat dengan rakan sekerja. 

    Sebenarnya apa baik buruk berkawan rapat dengan rakan sekerja?

    Kelebihan berkawan rapat dengan rakan sekerja

    • Kepercayaan

    Berkawan dengan rakan sekerja anda boleh menimbulkan rasa kepercayaan yang lebih tinggi di tempat kerja. 

    Apabila anda lebih memahami personaliti dan perspektif rakan sekerja, mungkin lebih mudah untuk yakin terhadap hasil kerja yang bakal mereka kongsikan.

    Ini kerana kepercayaan merupakan elemen penting untuk bekerjasama secara berkesan sesama rakan sekerja. Dari sini juga anda dan rakan sekerja akan saling bergantung dan bekerjasama untuk hasil kerja yang lebih baik.

    • Produktiviti

    Mempunyai rakan di tempat kerja boleh membantu anda berasa lebih bertenaga sepanjang hari dan meningkatkan tahap produktiviti keseluruhan. 

    Bersosial dengan orang lain dalam persekitaran profesional boleh memperkasakan diri dan mendorong anda untuk menjadi lebih cekap semasa menyelesaikan tugas harian. 

    Di samping itu, jika hasil organisasi bergantung kepada keupayaan bekerja berpasukan dalam kalangan pekerja, hubungan baik yang dibentuk boleh menjadikan kerja lebih mudah dan seronok.

    Tambahan itu, persahabatan profesional boleh membantu anda meningkatkan akauntabiliti terhadap orang lain dalam pasukan. Secara tidak langsung, ia akan meningkatkan produktiviti secara keseluruhan.

    • Komunikasi

    Seperti yang ditulis sebelum ini dalam artikel “Orang berhenti kerja bukan sebab pekerjaan tetapi kerana bos yang teruk”, komunikasi itu ibarat oksigen. Tanpa oksigen, kita lemas atau lebih teruk, mati. Tanpa komunikasi, bagaimana organisasi mahu berfungsi?

    Kejayaan organisasi bergantung kepada keupayaan pekerja berkomunikasi dengan cekap antara satu sama lain dan pelanggan.

    Namun, mungkin agak mencabar untuk memastikan komunikasi berkesan antara satu sama lain. Tambahan itu, sesetengah organisasi pula menyediakan peluang yang sempit kepada pekerja untuk mempraktikkan kemahiran komunikasi mereka. 

    Memupuk hubungan persahabatan dengan rakan sekerja akan memberi peluang untuk meningkatkan kemahiran komunikasi. 

    Dengan komunikasi yang kerap dan cekap, anda bukan sahaja memperkukuh keupayaan untuk berkomunikasi secara berkesan, malah memahami rakan sekerja dengan lebih mendalam. 

    Keburukan berkawan rapat dengan rakan sekerja

    • Gangguan

    Rakan di tempat kerja kadangkala boleh menjadi sumber gangguan yang memberi kesan kepada produktiviti, kecekapan dan keupayaan untuk fokus bekerja.

    Walaupun sesetengah persahabatan dalam kalangan rakan sekerja dapat meningkatkan penglibatan dalam aktiviti kerja, ada juga rakan yang mungkin mengganggu fokus dan menghalang untuk menyelesaikan tugas harian. 

    Berbual atau bergurau senda bersama rakan sekerja juga boleh mengganggu proses bekerja. Rakan-rakan yang suka berborak akan membuatkan anda sukar untuk kembali fokus bekerja. Hasilnya, kerja tidak dapat disiapkan dan anda mungkin akan dimarahi bos.

    Oleh itu, penting untuk menetapkan sempadan yang jelas dan mengekalkan tahap profesional agar tidak mengganggu kerja masing-masing.

    • Profesionalisme

    Persahabatan di tempat kerja sering mengakibatkan kurangnya sempadan antara profesional dan interaksi tidak profesional. 

    Dalam sesetengah industri, mengekalkan hubungan yang profesional sesama rakan sekerja adalah sangat penting. 

    Sebagai contoh, dalam pekerjaan yang melibatkan interaksi dengan pelanggan, rakan sekerja perlu berurusan antara satu sama lain secara profesional untuk memberikan tanggapan positif kepada pelanggan. 

    Jika anda bekerja dalam persekitaran sedemikian atau profesionalisme merupakan keutamaan, pertimbangkan untuk membataskan hubungan persahabatan dengan rakan sekerja. 

    Sebagai alternatif, jika masih ingin menjalinkan hubungan persahabatan dengan mereka, anda mungkin perlu lebih berhati-hati dalam mengekalkan profesionalisme terutamanya dalam situasi tertentu. – RELEVAN

    Previous ArticleElon Musk si jutawan genius yang mengubah dunia
    Next Article ‘Gatal’ pada tahun ketujuh perkahwinan

    Artikel berkaitan

    5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

    February 23, 2026

    Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

    February 23, 2026

    10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

    February 20, 2026

    Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

    February 20, 2026

    Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

    February 19, 2026

    7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

    February 19, 2026
    Artikel Terkini

    5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

    February 23, 2026

    Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

    February 23, 2026

    10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

    February 20, 2026

    Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

    February 20, 2026

    Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

    February 19, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.