Facebook Twitter
    Trending
    • Apa langkah seterusnya selepas tamat pengajian?
    • Jangan ambil ‘pen kurus’ sembarangan
    • ‘Demam’ kumpul patung Labubu, apa kata Islam?
    • Global Sumud Flotilla: Solidariti dunia rentas lautan demi Gaza
    • Riben kuning jadi ingatan, bendung cubaan bunuh diri
    • Rajin bekerja sahaja tidak cukup, perlu tahu cara menjual kelebihan diri
    • Jangan diam kalau dibuli
    • 5 matlamat kewangan selepas umur 30
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan ambil ‘pen kurus’ sembarangan

      September 12, 2025

      Riben kuning jadi ingatan, bendung cubaan bunuh diri

      September 10, 2025

      Pempengaruh ubah kehidupan dengan diet ‘suku suku separuh’

      September 9, 2025

      Asyik tidur waktu siang? 

      September 9, 2025

      5 tanaman penyeri dalam rumah

      September 4, 2025
    • Kewangan

      5 matlamat kewangan selepas umur 30

      September 9, 2025

      RM100 MyKasih: Barang mana patut didahulukan?

      September 5, 2025

      Tuanku Abdul Rahman, tokoh tertera di mata wang ringgit Malaysia

      September 3, 2025

      Bantuan RM100 SARA MyKasih – Senarai barang, cara tebus dan lokasi pasar raya

      September 2, 2025

      BNPL – budaya hutang alaf baru yang mengancam generasi kini

      August 21, 2025
    • Pendidikan

      ‘Demam’ kumpul patung Labubu, apa kata Islam?

      September 11, 2025

      Global Sumud Flotilla: Solidariti dunia rentas lautan demi Gaza

      September 11, 2025

      Jangan diam kalau dibuli

      September 10, 2025

      Fakta semesta: Apa itu fenomena ‘Blood Moon’ ?

      September 8, 2025

      Persiapan lengkap sebelum menjejak kaki ke universiti

      September 5, 2025
    • Kerjaya

      Apa langkah seterusnya selepas tamat pengajian?

      September 12, 2025

      Rajin bekerja sahaja tidak cukup, perlu tahu cara menjual kelebihan diri

      September 10, 2025

      Graduan cari kerja, pasaran cari pengalaman

      August 29, 2025

      Minat guru semakin luntur, masa depan negara berisiko

      August 22, 2025

      Smokey Nagata: Pencinta keunikan dan kelajuan dalam dunia automotif

      August 20, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Lindung anak daripada pedofilia dan child grooming

    Lindung anak daripada pedofilia dan child grooming

    By Umi FatehahSeptember 8, 20245 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Lindung anak daripada pedofilia dan child grooming

    BARU-baru ini, tular di media sosial X berkenaan isu seorang pemandu bas dan murid perempuan sekolah rendah.

    Pemuda yang berumur 24 tahun tersebut disyaki merekod dan memuat naik video ‘bermesraan’ bersama beberapa orang murid di dalam bas yang dipandunya.

    Apa yang membuatkan orang ramai marah ialah dalam salah satu video pemandu bas itu, dia secara terang-terangan mengusap bibir dan mencium dahi kanak-kanak tersebut. 

    Kapsyen pada videonya juga sangat menjijikkan. Dia menulis “harini crush kita busy buat homework”.

    Bukan itu sahaja, kesemua video yang dimuat naik dalam akaun TikToknya juga memaparkan wajah kanak-kanak tersebut dengan jelas.

    Apa yang dilakukan oleh pemandu bas tersebut sememangnya salah dalam aspek mendedahkan wajah kanak-kanak di media sosial tanpa kebenaran ibu bapa (Akta Kanak-kanak 2001). Dalam pada itu, perilakunya turut menunjukkan ciri-ciri pedofilia. 

    Lebih menjijikkan, dia mempunyai lebih 600 ribu pengikut dan video-videonya menerima jutaan tontonan. 

    Berapa ramai pula dalam kalangan ribuan pengikutnya itu pedofilia? 

    Ini terbukti rakyat Malaysia masih tidak cakna dengan isu pedofilia dan pengantunan kanak-kanak (child grooming).

    Apa itu pedofilia?

    Pedofilia merujuk kepada gangguan psikologi yang melibatkan minat seksual terhadap kanak-kanak yang belum mencapai akil baligh. 

    Pedofil cenderung mempunyai tarikan seksual terhadap kanak-kanak bawah umur dan boleh membahayakan mereka dari segi fizikal dan emosi. 

    Seseorang biasanya diklasifikasikan sebagai pedofil jika mereka mengalami perasaan, keinginan atau fantasi yang kuat dalam jangka masa panjang. Gangguan ini lebih kerap berlaku dalam kalangan lelaki dan berbanding wanita.

    Walaupun bukan semua individu yang mempunyai kecenderungan pedofilia akan melakukan jenayah, perbuatan tersebut tetap melanggar undang-undang dan etika moral masyarakat.

    Apa itu child grooming?

    Child grooming merujuk kepada proses manipulasi atau pendekatan yang dilakukan oleh individu dewasa kepada kanak-kanak. Kebiasaannya ia dilakukan dengan niat untuk mengeksploitasi atau melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak bawah umur. 

    Proses tersebut melibatkan usaha membina kepercayaan, membentuk hubungan emosi sebelum memanipulasi kanak-kanak dan keluarga mereka untuk kepuasan nafsu pemangsa.

    Grooming boleh berlaku dalam pelbagai bentuk termasuk melalui komunikasi secara bersemuka, media sosial atau platform dalam talian lain. 

    Pemangsa biasanya berusaha meraih kepercayaan mangsa dengan cara memberikan perhatian, layanan istimewa, hadiah atau janji-janji palsu. 

    Proses ini boleh berlangsung selama beberapa minggu, bulan, bahkan bertahun-tahun sebelum pemangsa mengambil tindakan yang lebih berani seperti eksploitasi atau penderaan fizikal.

    Child grooming bukan sahaja melanggar undang-undang, malah ia membahayakan kesejahteraan fizikal dan mental kanak-kanak. 

    Kesedaran dan pendidikan mengenai tanda-tanda grooming adalah penting untuk melindungi kanak-kanak daripada menjadi mangsa.

    Tanda amaran pemangsa pedofilia dan child grooming

    Pertama, penting untuk diingatkan bahawa individu yang ingin melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak tidak berhenti memikirkan cara untuk mendekati kanak-kanak. 

    Apabila ada orang yang cuba untuk merapatkan hubungan dengan anak anda, jangan lalai dan menganggap bahawa semua orang boleh dipercayai.

    Ingat, pedofil bukan seperti kita. Meskipun dari segi penampilan dan luarannya kelihatan seperti orang yang baik, otak dan hati mereka penuh dengan muslihat licik.

    Imej yang mereka paparkan hanyalah satu fatamorgana – ia hanyalah ilusi bagi mendapatkan lesen sebelum mengambil kesempatan demi kepentingan nafsu yang jijik dan hina.

    Jangan mudah menilai dan percaya orang. – GAMBAR HIASAN FRANK MCKENNA/UNSPLASH

    Anda tidak perlu curiga terhadap semua orang yang melayan anak dengan baik, orang yang baik masih wujud di bumi tuhan ini. Tetapi, berhati-hatilah – kita tidak dapat menjangka apa yang akan berlaku. 

    Meskipun seseorang itu seorang jurulatih sukan, guru, pemandu bas atau ahli keluarga sekalipun, jangan terlalu mudah percaya. Perhatikan gelagat dan cara mereka melayan anak-anak. 

    Ada perbezaannya antara suka kanak-kanak secara umum dan suka kanak-kanak dengan niat untuk mengeksploitasi mereka bagi kepentingan seksual. 

    Pedofil bukan sahaja cuba mendapatkan kepercayaan mangsa, tetapi mereka juga akan cuba memperdaya ibu bapa dengan mewujudkan imej dan hubungan baik.

    Ini dilakukan agar ibu bapa akan memberi kepercayaan kepada mereka untuk meluangkan masa bersama anak-anak secara bebas dan melakukan sesuatu yang bakal merosakkan mental.

    Jenis-jenis grooming

    Secara fizikal, pemangsa akan mengumpan mangsa untuk terbiasa dengan sentuhan. Bermula dengan tepuk-tepuk di belakang badan, mereka secara perlahan-lahan akan mula menyentuh dengan lebih mesra seperti pelukan.

    Lama kelamaan, mangsa akan mula terbiasa apabila pemangsa menyentuh mereka. 

    Kanak-kanak terutamanya akan mentafsir sentuhan tersebut sebagai perkara biasa, seperti ibu bapa yang menunjukkan kasih sayang. 

    Pemangsa menggunakan muslihat ini untuk menjadikan kanak-kanak semakin selesa dengan sentuhan mereka, yang akhirnya akan mendorong kepada hubungan seksual.

    Ajar anak untuk katakan ‘tidak’. – GAMBAR HIASAN JOSEPH SULLAN/UNSPLASH

    Secara psikologi pula, pemangsa akan mempengaruh fikiran kanak-kanak dan ibu bapa. Pemangsa akan meluangkan masa, memberi perhatian dan menggunakan apa sahaja kaedah untuk membuatkan kanak-kanak berasa selesa – seperti kawan-kawan.

    Pada masa yang sama, pemangsa turut memanipulasi ibu bapa atau penjaga lain dengan berbuat baik dan menunjukkan layanan kasih sayang kepada anak-anak. 

    Perkara tersebut dilakukan agar ibu bapa rasa senang hati melihat orang lain melayan anak mereka dengan baik. 

    Namun, ia tidak terhenti di sini sahaja, pemangsa akan mendapat akses bebas untuk bertemu dengan anak-anak sama ada dalam atau luar rumah sekiranya tindakan mereka tidak dihalang.

    Ajar sentuhan selamat

    Ibu bapa perlu memainkan peranan secara proaktif. Ajar anak-anak tentang sentuhan selamat. Sekiranya sesiapa yang cuba menyentuh secara berlebihan, ajar mereka untuk berkata tidak. 

    Pesan kepada anak-anak bahawa mereka mempunyai hak ke atas tubuh badan sendiri dan berhak untuk katakan tidak kepada sentuhan atau perkara yang membuatkan mereka berasa tidak selesa.

    ARTIKEL BERKAITAN: Ajar anak sentuhan selamat, cegah gangguan seksual dari awal

    Dengar, faham dan bertindak

    Selain itu, ibu bapa juga perlu mengingatkan anak-anak bahawa jika ada sesiapa yang mengganggu, mereka perlu memberitahu ibu bapa dengan segera.

    Sekiranya mereka mengadu apa-apa perkara pelik terutamanya melibatkan sentuhan seksual, ambil tindakan segera dengan melaporkan kepada pihak berkuasa. – RELEVAN

    abang bas child grooming featured gangguan seksual pedofilia pendidikan

    Artikel berkaitan

    Jangan ambil ‘pen kurus’ sembarangan

    September 12, 2025

    ‘Demam’ kumpul patung Labubu, apa kata Islam?

    September 11, 2025

    Global Sumud Flotilla: Solidariti dunia rentas lautan demi Gaza

    September 11, 2025

    Riben kuning jadi ingatan, bendung cubaan bunuh diri

    September 10, 2025

    Rajin bekerja sahaja tidak cukup, perlu tahu cara menjual kelebihan diri

    September 10, 2025

    Jangan diam kalau dibuli

    September 10, 2025
    Artikel Terkini

    Apa langkah seterusnya selepas tamat pengajian?

    September 12, 2025

    Jangan ambil ‘pen kurus’ sembarangan

    September 12, 2025

    ‘Demam’ kumpul patung Labubu, apa kata Islam?

    September 11, 2025

    Global Sumud Flotilla: Solidariti dunia rentas lautan demi Gaza

    September 11, 2025

    Riben kuning jadi ingatan, bendung cubaan bunuh diri

    September 10, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.