Facebook Twitter
    Trending
    • Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?
    • 10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi
    • Cara terbaik pujuk anak kenal minat mereka
    • Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?
    • Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini
    • 5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan
    • Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan
    • 10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

      February 19, 2026

      7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

      February 19, 2026

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026

      Elak makanan ini jika sedang haus

      February 13, 2026

      Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

      February 13, 2026
    • Kewangan

      Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?

      February 26, 2026

      Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?

      February 25, 2026

      5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

      February 23, 2026

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026
    • Pendidikan

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026

      Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

      February 23, 2026

      10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

      February 20, 2026

      Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

      February 20, 2026

      Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

      February 18, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Terlalu banyak sangat wang sampai tak tahu nak buat apa?

    Terlalu banyak sangat wang sampai tak tahu nak buat apa?

    By Umi FatehahAugust 2, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Terlalu banyak sangat wang sampai tak tahu nak buat apa? - GAMBAR HIASAN UTUSAN MALAYSIA

    SAYA baru menang cabutan bertuah RM1 Juta. Saya dah jadi orang kaya baharu (OKB). Saya tidur lena setiap malam kerana tidak lagi perlu risaukan hal kewangan.

    Tetapi ini cuma mimpi saya beberapa hari lepas. Saya tidak pernah ada pengalaman menang apa-apa cabutan bertuah. Walaupun hadiahnya cuma pembakar roti edisi Hello Kitty berwarna merah jambu, saya tetap tidak menang.

    Mungkin Tuhan belum izinkan untuk saya jadi OKB. Sebabnya, kalau terlampau kaya dan terlalu banyak duit, saya mesti tak tahu apa nak buat dengan duit itu.

    ARTIKEL BERKAITAN: Kesusahan hati orang yang kaya mendadak

    Kalau anda baru menerima bonus tahunan atau menang RM1 juta, apa akan dibuat dengan wang itu?

    Selain membeli belah, mesti anda ada tanam niat untuk lakukan sesuatu dengan wang itu agar ia tidak habis akibat memuaskan nafsu berbelanja sahaja. 

    Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah langsaikan segala hutang dengan faedah tinggi, seperti hutang kad kredit. 

    Selain itu, terdapat beberapa cara bijak untuk anda manfaatkan wang agar masa depan kewangan lebih terjamin. Anak cucu anda juga dapat meneruskan kehidupan yang selesa.

    1. Tingkatkan simpanan wang kecemasan

    Simpanan kecemasan anda sepatutnya mempunyai jumlah yang cukup untuk menampung perbelanjaan hidup sekurang-kurangnya selama tiga hingga enam bulan. 

    Jika anda belum wujudkan satu tabung khas untuk simpanan kecemasan, adalah lebih baik jika anda mula menyimpan dalam tabung tersebut.

    Wang kecemasan bukanlah satu pelaburan tetapi ia membantu melindungi pelaburan anda. Tanpa wang kecemasan, anda berisiko perlu mengeluarkan wang pelaburan apabila berhadapan dengan perbelanjaan kecemasan.

    Sebagai peringatan, sifat tabung kecemasan adalah mudah untuk dikeluarkan pada bila-bila masa sahaja. Situasi kecemasan pula adalah seperti kemalangan, perlu membaiki pendingin hawa atau ahli keluarga jatuh sakit dan memerlukan rawatan segera.

    1. Tingkatkan caruman pelan persaraan

    Kebanyakan nasihat kewangan mengesyorkan untuk menyimpan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan untuk tabung persaraan (inisiatif tambahan selain caruman mandatori Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP).

    Kini anda sudah lebih kaya bukan? Sepatutnya anda mampu menyimpan dengan lebih banyak untuk hari persaraan kelak. Tingkatkan amaun simpanan tetapi jangan sampai membebankan.

    Pilihan untuk menyimpan wang persaraan adalah seperti berikut.

    • KWSP
    • KWSP i-Invest
    • Skim Persaraan Swasta (PRS)
    1. Pelaburan hartanah

    Pelaburan hartanah menjadi lebih mudah diakses dengan pengenalan Amanah Pelaburan Hartanah (REIT). REIT ialah syarikat yang membenarkan kumpulan pelabur mengumpulkan wang mereka dan melabur dalam hartanah bersama-sama.

    Amanah ini ialah cara yang lebih bijak untuk menambah pelaburan hartanah pada portfolio anda. 

    Anda perlu membayar membayar sekurang-kurangnya 90 peratus daripada pendapatan bercukai kepada pelabur untuk melabur di bawah REIT. Ia merupakan pilihan yang bernas jika anda mencari saham dividen yang memberikan pendapatan pasif secara konsisten. – RELEVAN

    Previous ArticleMenjadi pemberani di tempat kerja
    Next Article Berapa jauh ranggi Loloq boleh pergi?

    Artikel berkaitan

    Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?

    February 26, 2026

    Cara terbaik pujuk anak kenal minat mereka

    February 25, 2026

    Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?

    February 25, 2026

    Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

    February 24, 2026

    5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

    February 23, 2026

    Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

    February 23, 2026
    Artikel Terkini

    Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?

    February 26, 2026

    10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

    February 25, 2026

    Cara terbaik pujuk anak kenal minat mereka

    February 25, 2026

    Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?

    February 25, 2026

    Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

    February 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.