Facebook Twitter
    Trending
    • 5 tabiat pagi yang merosakkan otak
    • 4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah
    • Fenomena alam luar biasa sepanjang bulan ini
    • Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya
    • Rasa diri ketinggalan di belakang?
    • Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan
    • Jangan cas telefon sebelah bantal!
    • Naik turun tangga buat badan jadi langsing?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 tabiat pagi yang merosakkan otak

      February 4, 2026

      4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

      February 4, 2026

      Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

      February 2, 2026

      Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

      January 30, 2026

      Rambutku gugur…

      January 29, 2026
    • Kewangan

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026
    • Pendidikan

      Fenomena alam luar biasa sepanjang bulan ini

      February 4, 2026

      Jangan cas telefon sebelah bantal!

      February 2, 2026

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026
    • Kerjaya

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mencari ikigai dalam kehidupan

    Mencari ikigai dalam kehidupan

    By Zahra Mohamad ZhahirJuly 11, 2024Updated:July 11, 20245 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Menurut orang Jepun, semua orang ada ikigai dalam diri masing-masing. - GAMBAR HIASAN BENZOIX/UNSPLASH

    BARU-BARU ini, saya berkesempatan menghabiskan bacaan buku Ikigai: The Japanese Secret to a Long and Happy Life tulisan Héctor García dan Francesc Miralles. 

    Buku ini bukanlah buku baharu, ia diterbitkan pada 2017 dan merupakan sebuah bestseller dengan lebih dua juta naskhah terjual di seluruh dunia.

    Menurut García dan Miralles, semua orang perlu mencari ikigai (disebut: ee-key-guy) dalam hidup. Apa maksud ikigai? Ia merupakan gabungan dua perkataan iaitu ‘iki’ yang bermaksud untuk hidup dan ‘gai’ yang bermaksud sebab. 

    Pendek kata, jika kita ingin panjang umur dan hidup bahagia, pertama sekali kita perlu cari sebab utama yang membuatkan kita terus bersemangat untuk meneruskan kehidupan. 

    Menurut orang Jepun, semua orang ada ikigai dalam diri masing-masing. Ahli falsafah Perancis memanggilnya sebagai raison d’etre yang membawa maksud sama – sebab untuk terus hidup. 

    Muzik merupakan raison d’etre Beethoven. Bola sepak merupakan raison d’etre David Beckham. Raison d’etre inilah yang memotivasikan dan juga memberi makna dalam kehidupan kita. 

    Secara mudahnya, ikigai merupakan sebab utama kita rasa bersemangat untuk bangun tidur setiap hari. 

    Rahsia panjang umur penduduk Okinawa

    ikigai
    Rakyat yang tinggal di Okinawa hidup paling lama di dunia. – GAMBAR HIASAN ZAC DURANT/UNSPLASH

    Wartawan National Geographic, Dan Buettner merupakan individu pertama yang mengasaskan zon biru (blue zone) – kawasan dengan populasi rakyat yang hidup paling lama di dunia. 

    Lima kawasan tersebut ialah Okinawa, Jepun; Sardinia, Itali; Nicoya, Costa Rica; Ikaria, Greece; dan Loma Linda, California.

    Dalam buku hasil tulisan García dan Miralles, mereka telah mengunjungi Kampung Ogimi di Okinawa yang terkenal dengan nama ‘kampung panjang umur’. Di sana, mereka telah menemu bual beberapa orang penduduk tempatan untuk mengetahui rahsia kegembiraan mereka. 

    Mereka mendapati, wanita yang tinggal di Okinawa hidup paling lama di dunia. Di sana, ada ramai orang yang hidup lebih dari 100 tahun. 

    Rahsianya adalah pada pemakanan sihat dan gaya hidup aktif. Penduduk Okinawa makan sayur setiap hari. Mereka juga gemar makan tofu yang dihidangkan dalam pinggan kecil. 

    Selain panjang umur, rakyat Okinawa juga mempunyai ikigai masing-masing. Apabila García dan Miralles bertanya mengenai apa yang membuatkan mereka rasa gembira, jawapannya sangat ringkas. 

    Ada yang menjawab sumber kegembiraan mereka adalah rakan-rakan, kebun atau melukis. 

    Namun, apa yang membezakan rakyat Okinawa dengan penduduk di tempat lain adalah mereka menyibukkan diri hampir setiap hari dengan aktiviti yang disukai.

    Selain itu, mereka juga mempunyai hubungan yang sangat akrab antara satu sama lain. Masyarakat di sana membentuk ‘moai’, satu komuniti yang menyumbang kepada kegembiraan dalam kalangan penduduk setempat. 

    Mereka akan mengumpul duit setiap bulan untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti makan-makan, bersukan atau bermain shogi (catur Jepun) setiap bulan. 

    Melalui penubuhan ‘moai’, semua orang tanpa mengira status atau usia boleh meluangkan masa bersama-sama. Malah, mereka juga memperuntukkan sebahagian kutipan tersebut untuk membantu mana-mana ahli dalam masyarakat yang ditimpa musibah. 

    “Rakyat Okinawa tidak suka hidup seorang diri. Mereka bermasyarakat. Inilah yang memberikan mereka motivasi dan keyakinan untuk terus menjalani gaya hidup aktif,” kata Garcia. 

    Ikigai dalam kehidupan seharian

    Semua orang perlu mencari ikigai dalam hidup – GAMBAR HIASAN/FREEPIK

    Sebenarnya, ikigai bukanlah satu konsep yang sukar untuk difahami. Ada empat elemen utama yang membentuk ikigai: apa yang anda suka, apa yang dunia perlu, adakah anda akan dibayar dan adakah anda mempunyai bakat dalam bidang tersebut. 

    Ikigai anda boleh jadi satu perkara yang mudah, misalnya memasak. Contohnya, anda suka memasak untuk rakan-rakan dan boleh mengambil pesanan sekiranya ingin wang poket tambahan. 

    Malah, anda selalu menerima pujian kerana boleh memasak dengan sedap. Walaupun nampak kecil, aktiviti memasak boleh menjadi ikigai dalam hidup. Ikigai tidak perlu menjadi perkara besar. Cukuplah jika ia sekadar satu perkara kecil namun dapat memberi impak besar dalam hidup. 

    Setiap orang mempunyai ikigai yang berbeza. Ikigai bagi seorang guru adalah untuk melihat anak muridnya berjaya dalam hidup. Bagi seorang jururawat, ikigainya adalah untuk membantu dan menjaga orang yang sakit. 

    Dalam konteks pekerjaan, kedua-duanya melakukan sesuatu yang memberi makna dalam kehidupan dan membuatkan mereka rasa gembira. 

    Mencari ikigai boleh menjadi satu proses yang sukar dan panjang. Bagaimanapun, proses mengenali diri dan mencari erti dalam hidup mungkin dapat memberikan kepuasan kepada diri sendiri. 

    ikigai
    Ikigai boleh dicapai melalui aktiviti yang membuatkan anda gembira. – GAMBAR HIASAN/JAPAN GOV

    Seperti yang diterangkan, konsep ikigai adalah unik mengikut individu. Namun, ada beberapa langkah yang boleh anda lakukan untuk mencari ikigai dalam kehidupan: 

    1. Kenal pasti apa yang penting dalam hidup – Apa yang membuatkan anda rasa gembira? Apa yang anda ingin lakukan dalam hidup? Tanya diri sendiri soalan ini agar anda boleh tentukan apa sebenarnya yang boleh membuatkan anda rasa gembira.
    2. Ingat kembali pengalaman lama – Anda boleh menentukan ikigai berdasarkan pengalaman lalu. Ingat kembali aktiviti apa yang boleh memberikan anda kepuasan dan kegembiraan. Kemudian, cuba terapkan aktiviti tersebut dalam kehidupan harian. 
    3. Kenal pasti kemahiran sendiri – Semua orang ada kemahiran sendiri. Ada yang pandai melukis, suka menulis atau pandai main muzik. Adakah semua perkara ini membuatkan anda rasa gembira? Jika ya, ia boleh menjadi ikigai anda. 
    4. Jangan takut untuk cuba perkara baharu – Mungkin selama ini anda berminat untuk melakukan aktiviti tertentu, contohnya berkebun atau melakukan aktiviti kesukarelawanan. Apa yang menghalang anda daripada melakukan aktiviti ini? 
    5. Masa untuk lakukan perubahan – Setelah anda kenal pasti apa yang anda suka, kekuatan serta kelemahan diri, inilah masanya untuk bertindak. Anda hanya boleh mengenal pasti potensi diri jika anda tidak takut untuk berubah. – RELEVAN
    Previous ArticleElak musibah, pupuk tabiat kewangan sihat
    Next Article Beli rumah pelaburan, bukan rumah idaman

    Artikel berkaitan

    5 tabiat pagi yang merosakkan otak

    February 4, 2026

    4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

    February 4, 2026

    Fenomena alam luar biasa sepanjang bulan ini

    February 4, 2026

    Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

    February 3, 2026

    Rasa diri ketinggalan di belakang?

    February 3, 2026

    Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

    February 2, 2026
    Artikel Terkini

    5 tabiat pagi yang merosakkan otak

    February 4, 2026

    4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

    February 4, 2026

    Fenomena alam luar biasa sepanjang bulan ini

    February 4, 2026

    Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

    February 3, 2026

    Rasa diri ketinggalan di belakang?

    February 3, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.