Facebook Twitter
    Trending
    • Kenali pemimpin dunia bakal hadir Sidang Kemuncak ASEAN
    • Rahsia minum air sejurus bangun tidur 
    • LSE ungguli senarai universiti terbaik UK 2026
    • 7 cara untuk perbaiki pengurusan kewangan
    • 7 kesan buruk digital footprint yang perlu kita tahu
    • Sekolah asrama atau harian, kedua-duanya jalan menuju kejayaan
    • Kenapa orang kita lebih gemar bercuti di luar negara? 
    • Masa bentuk dan bina sahsiah generasi baharu
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Rahsia minum air sejurus bangun tidur 

      October 24, 2025

      5 simptom kanser otak yang lebih daripada sekadar sakit kepala biasa

      October 21, 2025

      Hidup seperti hamba gajet? Sudah tiba masanya untuk detoks digital

      October 17, 2025

      Berpeluh banyak tak semestinya sihat, kenali apa yang berlaku pada badan

      October 16, 2025

      Belanjawan 2026: Kenaikan cukai rokok, arak tampung peningkatan kualiti rawatan kesihatan

      October 11, 2025
    • Kewangan

      7 cara untuk perbaiki pengurusan kewangan

      October 23, 2025

      Perkasa semula program keusahawanan 1K1P

      October 14, 2025

      Belanjawan 2026: SARA, STR dan peluang kedua untuk rakyat bankrap

      October 10, 2025

      Formula 70-20-10 dalam uruskan kewangan peribadi

      October 8, 2025

      Bukan tak cukup duit tetapi tak cukup kawal diri

      October 8, 2025
    • Pendidikan

      Kenali pemimpin dunia bakal hadir Sidang Kemuncak ASEAN

      October 24, 2025

      LSE ungguli senarai universiti terbaik UK 2026

      October 24, 2025

      7 kesan buruk digital footprint yang perlu kita tahu

      October 23, 2025

      Sekolah asrama atau harian, kedua-duanya jalan menuju kejayaan

      October 22, 2025

      Kenapa orang kita lebih gemar bercuti di luar negara? 

      October 22, 2025
    • Kerjaya

      Belanjawan 2026: RUU pekerja gig

      October 16, 2025

      Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini

      October 14, 2025

      Nak nampak yakin dalam temu duga? Tanya 7 soalan ini

      October 13, 2025

      Belanjawan 2026: Doktor kontrak, jururawat dan GP nikmati insentif baharu sektor kesihatan

      October 10, 2025

      Tujuh cara untuk menonjolkan diri dalam resume

      October 1, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Teater dalam bentuknya yang paling tulen

    Teater dalam bentuknya yang paling tulen

    By June 21, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Antara babak dalam teater Persiapan Seorang Aktor. -GAMBAR OLEH SUFIAN ABAS

    “Kami masih belum pasti, apa pulangan (teater) ini nanti. Masih ada lagi ke yang mahu lihat Aloy, Fazleena dan saya berlakon? Kami semua sudah berusia. Bagaimana pula dengan penerimaan audiens? Studio pula jauh dari bandar. Ada orang nak datang?

    “Kami fikir (pembikinan teater) ini adalah satu benda yang berani. Risikonya besar. Tetapi, apa yang membuatkan kami teruskan juga adalah passion (semangat) kami untuk terus menghidupkan seni”.

    Begitu kata Dr. Syahrul Musa, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Seni Persembahan, Kolej Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA (UiTM) berkenaan teater arahannya, Persiapan Seorang Aktor yang bakal ditayangkan pada 27 hingga 30 Jun di Studio Sedar Ruang (diSERU), Alam Budiman, U10 Shah Alam. 

    Menurut Syahrul, ini merupakan kali kedua dia berpeluang mengarahkan teater yang sama. Kali pertama, ia dilakonkan oleh pelajar diploma Kolej Seni Kreatif UiTM di Ruang Eksperimen FiTA (REF), Februari lalu. 

    “Tetapi, kali ini konsepnya berbeza. Skalanya lebih besar. Apa yang menarik mengenai skrip yang ditulis oleh Saat Omar ini ialah sifatnya yang kompleks. 

    “Para pelakon akan rasa tercabar, bukan sahaja dari aspek lakonan itu sendiri tetapi juga dari aspek fizikal. Ada banyak movement (pergerakan). Ayat pula panjang-panjang. Kena lihat bagaimana pelakon menjiwai watak dan bagaimana mereka perlu berlakon dalam lakonan,” katanya. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Menziarah isteri seorang aktor yang mabuk seni

    ARTIKEL BERKAITAN: Shafa’atussara srikandi pejuang syair

    Magis dalam ruang kecil

    Syahrul berkata, ruang kecil seperti diSERU ada magisnya yang tersendiri. Memetik tulisannya di Estetika, ruang yang intim dan minimalis membolehkan fokus terarah sepenuhnya kepada lakonan dan juga reaksi audiens. 

    “Kita mahu audiens rasa bagaikan berada dalam satu bilik dengan pelakon. Silap-silap, nafas mereka pun audiens boleh dengar.

    “Itulah tujuan utama teater ini diadakan dalam tempat yang kecil. Kami ingin hasilkan satu ruang yang dekat, intim dengan audiens. Kalau kita tonton teater di tempat yang lebih besar, kita tidak akan rasa pengalaman yang sama. 

    “Lakonan mereka nampak lebih real, sampaikan penonton sendiri keliru pelakon ini berlakon atau tidak,” kata Syahrul. 

    Menurutnya, konsep teater miskin (poor theatre) yang diperkenalkan oleh tokoh teater terkemuka dunia, Jerzy Grotowski juga bakal menjadi tali yang mengikat keintiman antara audiens dan juga pelakon.

    Menurut hemat penulis, konsep teater miskin ini adalah satu bentuk pengurangan (reduction) – semua perkara yang tidak perlu (kostum melampau, penggunaan prop yang kompleks atau set yang megah) akan dibuang.

    Apa yang tinggal ialah pelakon dan penonton; dua komponen asas dalam satu-satu persembahan teater. Melalui pendekatan ini, Grotowski menolak penggunaan segala apa yang dirasakan tidak perlu supaya penumpuan terletak sepenuhnya atas bahu pelakon. 

    Mungkin sebab itu jugalah, Syahrul meminta agar Aloy dan Fazleena berlakon ‘seperti air’. 

    Bagaimanapun, Syahrul menafikan dia memilih pendekatan ‘poor theathre’ kerana kekangan wang ringgit. Menurutnya, dia ingin memperlihatkan sisi teater yang lebih tulen (genuine) dan mengangkat estetika yang bersifat dalaman. 

    Ingin kecintaan terhadap teater terus tumbuh

    Poster teater Persiapan Seorang Aktor yang bakal ditayangkan pada 27 hingga 30 Jun di Studio Sedar Ruang (diSERU), Alam Budiman, U10 Shah Alam.

    “Saya percaya, sekiranya ingin menumbuhkan kecintaan terhadap seni dalam satu-satu komuniti, kita perlu tubuhkan dulu ekosistem (seni) tersebut, bukan sebaliknya. Itulah apa yang saya ingin cuba bangunkan di sini. 

    “Sebab itulah, kami tawarkan tiket dengan harga yang mampu milik. Tetapi, kami juga tidak akan downgrade harga tiket sehingga mencecah harga RM10 atau RM5 seorang. Itu bukanlah cara untuk bangunkan ekosistem. 

    “Kita perlu pupuk kefahaman dalam diri masyarakat supaya mereka bayar tiket dengan harga yang setimpal dengan usaha yang dicurahkan pelakon-pelakon ini,” katanya. 

    Menurut Syahrul, pembikinan teater mandiri seperti ini bukanlah satu perkara yang mudah. Ia tidak akan berlaku tanpa pengorbanan semua pihak. 

    “Ini merupakan satu percubaan kami membuka ruang baharu. Kami ingin lihat sama ada ekosistem di sini boleh bergerak atau tidak. Malah, pemilik studio pun bergelut untuk kekalkan perniagaan.

    “Kalau hendak survive, kita kena ada mereka yang berani untuk mula. Kita kena ada pihak yang boleh tubuh studio sendiri dan berani buat teater, barulah ekosistem seni itu akan mula tumbuh,” ulasnya. 

    Tiket bagi teater Persiapan Seorang Aktor sudah mula dijual di https://teaterpsa.peatix.com/ dengan harga serendah RM40. Teater akan mula ditayangkan pada 27 hingga 30 Jun, 8:30 malam. Jumpa anda di sana! – RELEVAN

    aloy paradoks fazleena hishamudin featured persiapan seorang aktor syahrul musa teater

    Artikel berkaitan

    Kenali pemimpin dunia bakal hadir Sidang Kemuncak ASEAN

    October 24, 2025

    Rahsia minum air sejurus bangun tidur 

    October 24, 2025

    LSE ungguli senarai universiti terbaik UK 2026

    October 24, 2025

    7 cara untuk perbaiki pengurusan kewangan

    October 23, 2025

    7 kesan buruk digital footprint yang perlu kita tahu

    October 23, 2025

    Sekolah asrama atau harian, kedua-duanya jalan menuju kejayaan

    October 22, 2025
    Artikel Terkini

    Kenali pemimpin dunia bakal hadir Sidang Kemuncak ASEAN

    October 24, 2025

    Rahsia minum air sejurus bangun tidur 

    October 24, 2025

    LSE ungguli senarai universiti terbaik UK 2026

    October 24, 2025

    7 cara untuk perbaiki pengurusan kewangan

    October 23, 2025

    7 kesan buruk digital footprint yang perlu kita tahu

    October 23, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.