Facebook Twitter
    Trending
    • Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam
    • Bolehkah wasiat dicabar?
    • Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya
    • Jangan malas buat kerja sekolah!
    • Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?
    • Wasiat bukan hanya untuk orang berharta
    • Hibah vs faraid? Fahami perbezaannya demi kesejahteraan keluarga
    • Urus pusaka tanpa tekanan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025

      Bukan semua pewangi selamat, ini risiko yang anda perlu tahu

      April 17, 2025

      Kenapa masih penat walaupun dah tidur 8 jam? Ini penjelasannya

      April 14, 2025

      ‘Healing’ tak semestinya melancong, ini 5 aktiviti lain yang anda boleh buat

      April 10, 2025
    • Kewangan

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025

      Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

      May 20, 2025

      Wasiat bukan hanya untuk orang berharta

      May 20, 2025
    • Pendidikan

      Jangan malas buat kerja sekolah!

      May 21, 2025

      Guru bukan pembantu peribadi anak

      May 16, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Jangan ikut kawan, pilih jurusan sesuai dengan minat

      April 28, 2025

      Kecewa dengan keputusan SPM 2024? Semak semula dengan cara ini

      April 24, 2025
    • Kerjaya

      Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia

      May 14, 2025

      Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh

      May 13, 2025

      ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda

      May 12, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja

      May 2, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Apa anda perlu buat selepas dapat keputusan SPM

    Apa anda perlu buat selepas dapat keputusan SPM

    By Umi FatehahMay 28, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Apa anda perlu buat selepas dapat keputusan SPM. - GAMBAR HIASAN IZLIZAN OTHMAN

    KEPUTUSAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 telah diumumkan pada 27 Mei. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar atas keputusan yang diterima hasil kerja keras dan penat lelah kalian.

    Sekarang, soalan yang memenuhi fikiran segelintir pelajar ialah: “selepas ni, apa yang perlu dibuat?”

    Soalan ini normal, setiap dewasa yang sudah bekerja juga pasti ada melalui fasa keliru dan tidak tahu apa yang perlu dibuat selanjutnya. Sebab tidak semua orang tahu minat dan kemampuan masing-masing. 

    Menurut Pegawai Psikologi dari Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan, Muhammad Ridzwan Farizuddin, bagus atau tidak keputusan SPM yang diperolehi seseorang itu, mereka perlu memikirkan apa yang ingin diceburi untuk peringkat pendidikan yang seterusnya.

    Kenal pasti minat

    “Fikirkan minat masing-masing dan bidang apa yang bersesuaian dengan minat. Terdapat banyak pilihan yang mereka boleh pilih selepas tamat SPM. 

    “Kalau ada yang nak bekerja dahulu, terpulang. Seeloknya, jadikan kerja selepas SPM ini sebagai sambilan sahaja sementara merangka laluan pendidikan yang seterusnya,” nasihatnya.

    Keputusan tidak cukup melayakkan diri menceburi bidang diinginkan

    Dalam kes lain, anda sudah tahu minat dan bidang yang ingin diceburi tetapi keputusan yang diterima tidak cukup untuk melayakkan diri bagi menyambung pelajaran dalam bidang atau universiti impian. 

    “Mereka boleh menceburi bidang kemahiran dan tambah baik kemahiran insaniah (soft skill) kerana perkara ini sudah jadi keperluan yang sangat tinggi dalam proses pengambilan kerja nanti. 

    “Selain itu, libatkan diri juga dalam mana-mana program kemahiran yang secara tidak langsung akan menyediakan platform untuk pekerjaan pada masa hadapan,” katanya.

    Satu peluang tertutup tidak bermakna 10 peluang lain perlu dilupakan. Terdapat banyak lagi institut pendidikan dan kemahiran yang boleh menjadi destinasi seterusnya bagi pelajar yang mendapat keputusan kurang memuaskan. 

    Antaranya ialah Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan institut lain di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA). 

    Apa yang penting, jangan terburu-buru membuat keputusan.  Ambil masa yang secukupnya untuk mencari minat dalam diri dan lakukan banyak pembacaan berkaitan bidang-bidang pelajaran yang ditawarkan di universiti awam.

    ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan SPM kurang cemerlang? Jangan putus asa, masih ada peluang pendidikan untuk anda

    Tidak tahu minat?

    “Dapatkan nasihat dan pandangan daripada mereka yang pernah lalui fasa itu, seperti ahli keluarga atau rakan lebih berusia supaya boleh dapat idea untuk tentukan kehidupan selepas SPM. 

    “Tetapi, individu itu sendiri perlu main peranan untuk menentukan keputusan dalam kehidupannya dan pilihlah berdasarkan kepada apa yang diri sendiri minat, bukan apa yang orang lain buat,” katanya.

    Walaupun ketika berada di Tingkatan 4 dahulu anda telah diberi pilihan untuk memilih aliran tertentu, sama ada sastera atau sains tulen, masih ada yang belum bertemu jawapan dalam mengenal pasti minat serta kecenderungan masing-masing. 

    Salah satu cara yang boleh dilakukan sekiranya anda tidak tahu minat atau bidang yang ingin diceburi adalah dengan melakukan ujian Inventori Minat Kerjaya (IMK) yang disediakan oleh kaunselor di sekolah masing-masing. 

    Tidak mahu sambung belajar?

    Kata Ridzwan, tidak mengapa kalau tidak mahu sambung belajar tetapi anda perlu berusaha untuk tambah baik diri dari sudut kemahiran insaniah.

    Ini supaya anda dapat meningkatkan nilai diri untuk bersaing dalam pasaran kerja yang makin kompetitif. 

    “Kalau betul nak terus kerja, carilah kerja yang boleh buat rasa seronok untuk kerja dan tidak bagi tekanan pada diri. 

    “Tidak mengapa lompat-lompat kerja pada awal kerana itu semua akan beri pengalaman pada diri,” katanya.

    Berdasarkan pemerhatian dalam media sosial, semakin ramai anak muda yang tidak mahu menyambung pelajaran kerana bercita-cita menjadi seorang pempengaruh. 

    Menjawab isu tersebut, Ridzwan menasihatkan agar mereka menjadi pempengaruh yang boleh memberi manfaat kepada orang lain. 

    Untuk menjadi pempengaruh yang boleh memberi manfaat, anda juga perlu menjadi seseorang yang berilmu. Apa jua keputusan yang perlu diambil dalam kehidupan, segalanya memerlukan ilmu. 

    “Selain itu, kaji dan tapis dahulu setiap kandungan yang ingin dikeluarkan agar tidak memberi kesan negatif kepada diri sendiri dan masyarakat.

    “Jika nak jadi pempengaruh, jadilah pempengaruh yang boleh membantu generasi akan datang kerana platform media sosial sekarang memang terbukti boleh menjana pendapatan jika digunakan sebaiknya,” katanya lagi. – RELEVAN

    featured lepas spm lepasan spm pendidikan spm SPM 2023
    Artikel Terkini

    Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

    May 23, 2025

    Bolehkah wasiat dicabar?

    May 22, 2025

    Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

    May 21, 2025

    Jangan malas buat kerja sekolah!

    May 21, 2025

    Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

    May 20, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.