Facebook Twitter
    Trending
    • Lukisan potret realistik dengan api
    • Mengapa Türkiye tidak lagi dipanggil Turki?
    • 175 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam
    • 7 tip pilih kolagen dan cara amalkan untuk hasil terbaik  
    • 1 kematian akibat Covid-19 dicatatkan semalam
    • 379 pesakit Covid-19 dirawat di hospital
    • 5 lagu tempatan yang diinspirasikan dari kisah benar misteri dan menyedihkan
    • Tiada kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      175 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam

      February 7, 2023

      7 tip pilih kolagen dan cara amalkan untuk hasil terbaik  

      February 6, 2023

      1 kematian akibat Covid-19 dicatatkan semalam

      February 5, 2023

      379 pesakit Covid-19 dirawat di hospital

      February 4, 2023

      Tiada kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

      February 3, 2023
    • Kewangan

      6 amaran buat pesara, pastikan pelan persaraan anda tidak musnah

      January 30, 2023

      Banding harga dengan PriceCatcher, OpenDOSM NextGen apabila berbelanja

      January 25, 2023

      63% kekayaan dunia sejak 2020 dibolot golongan paling kaya

      January 16, 2023

      Kesedaran kewangan lemah, ramai berbelanja lebih daripada pendapatan

      January 16, 2023

      Jangan mulakan perniagaan dengan simpanan kecemasan

      January 11, 2023
    • Pendidikan

      Lukisan potret realistik dengan api

      February 7, 2023

      Mengapa Türkiye tidak lagi dipanggil Turki?

      February 7, 2023

      5 lagu tempatan yang diinspirasikan dari kisah benar misteri dan menyedihkan

      February 3, 2023

      Kesan buruk penggunaan gajet terhadap pencapaian akademik kanak-kanak

      February 1, 2023

      Pertanian bandar semakin popular, jamin bekalan makanan

      February 1, 2023
    • Kerjaya

      Mungkinkah robot akan ambil alih semua kerja kita nanti?

      February 1, 2023

      Empati bantu fahami suara hati pekerja

      January 27, 2023

      5 kerja sambilan untuk ibu di rumah dengan bayaran lumayan

      January 25, 2023

      5 tanda anda berada di laluan kerjaya yang salah

      January 20, 2023

      9 perkara yang perlu dihadapi majikan dan pekerja pada 2023

      January 19, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Keputusan SPM kurang cemerlang? Jangan putus asa, masih ada peluang pendidikan untuk anda

    Keputusan SPM kurang cemerlang? Jangan putus asa, masih ada peluang pendidikan untuk anda

    By Nur Umi Fatehah Mohd KamalJune 16, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    HARI penuh debaran kini tiba.  Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akhirnya diumumkan hari ini. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar di atas keputusan yang diterima hasil kerja keras dan penat lelah kalian diharap memberi pulangan yang memberangsangkan.

    Namun, sudah menjadi lumrah kehidupan, tidak semua benda yang kita mahu akan tercapai, sama seperti keputusan peperiksaan.  Dalam ada yang gembira meraikan kejayaan, ada juga yang berduka. 

    “Keputusan yang kurang cemerlang tidak bermakna anda terus gagal dalam kehidupan,” tegas Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kesejahteraan Psikospiritual Malaysia (PKPM), Dr. Adnan Omar.

    Masih terdapat banyak pilihan institusi pendidikan dan kemahiran tempatan boleh menjadi destinasi melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya bagi pelajar yang mendapat keputusan yang kurang cemerlang.

    Relevan menyenaraikan beberapa institut pendidikan dan kemahiran yang boleh menjadi destinasi seterusnya bagi pelajar yang mendapat keputusan kurang memuaskan menurut perkongsian Adnan.

    • Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)

    IKBN menawarkan 14 bidang pengkhususan mengikut pilihan kerjaya tertentu. Antara kursus yang ditawarkan ialah teknologi automatif, marin, mekanikal, hospitaliti, fotografi dan sebagainya. Anda boleh layari pautan Kemahiran KBS  untuk pembacaan lanjut.

    • Institusi di bawah MARA

    MARA menyediakan pelbagai jenis institusi untuk memenuhi setiap minat dan permintaan pelajar di Malaysia seperti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).  Antara institusi di bawah naungan MARA ialah:

    • Intitusi Kemahiran MARA (IKM)
    • MARA Japan Industrial Institute (MJII)
    • Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) 
    • German Malaysian Institute (GMI)
    • Kolej Professional MARA (KPM)
    • Kolej Universiti Politek MARA (KUPTM)

    Layari laman web rasmi Unit Pusat Institut MARA untuk pembacaan lanjut mengenai kursus dan bidang yang ditawarkan. 

    • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)

    STPM ialah program prauniversiti yang dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Di bawah sistem modular baharu, keputusan STPM akan dipantau dan disahkan oleh wakil daripada Cambridge Assessment dari UK untuk mengekalkan standard dan kualiti pendidikan.

    Sistem pembelajaran STPM berlangsung selama 2 tahun setengah iaitu tiga semester.  Kebiasaannya, pelajar di institut lain perlu sama ada belajar sendiri atau daftar kelas di luar pelan pengajian untuk mempelajari dan mempersiapkan diri menduduki peperiksaan Malaysian University English Test (MUET). 

    Namun, pelan pengajian STPM merangkumi pengajaran dan pembelajaran MUET. Syarat utama untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah kelak memerlukan kelayakan MUET.  Maka, calon STPM beruntung kerana tidak lagi perlu mendaftar kelas di luar dengan yuran yang mahal.  

    Keputusan yang tergesa-gesa tidak akan memberi hasil yang baik. Jadi, ambil seberapa lama masa yang diperlukan untuk merangka langkah pendidikan yang seterusnya.  

    Adnan Omar juga meninggalkan beberapa pesan dan nasihat kepada para pelajar.

    • Jangan putus asa. Ambil peluang dan tanam inisiatif untuk menjadi pelajar yang lebih baik.
    • Kehidupan selepas tamat SPM menandakan bermulanya kehidupan sebagai dewasa.  Pelajar kini perlu menjadi lebih matang dan berdikari.  Ajar diri sendiri untuk menjadi lebih berdisiplin.
    • Malu bertanya, sesat jalan. Tidak salah bertanya kepada pensyarah atau pendidik untuk mendapatkan pemahaman yang maksimum ketika belajar.  Kurangkan sifat malu dan dahulukan niat untuk belajar dan mendapatkan keputusan yang cemerlang.  Bukan sahaja dapat membanggakan ibu bapa, rasa kepuasan dengan pencapaian diri sendiri itu lebih mahal.
    • Maksimumkan penggunaan fasiliti yang disediakan di institut masing-masing seperti perpustakaan.  Di perpustakaan terdapat banyak buku-buku rujukan yang boleh menjadi rujukan tambahan.
    • Dapatkan bantuan dari segi emosi dan mental sekiranya berhadapan kesukaran di dalam pelajaran.  Elakkan berdiam diri dan pendam kerana ia hanya akan memberi keburukan kepada kesihatan mental dan seterusnya menjejaskan prestasi pelajaran.

    “Jika ada di kalangan anak-anak yang berputus asa dan tidak mahu meneruskan pelajaran dan mahu bekerja, silakan. Namun jangan jadikan kerja selepas tamat SPM itu sebagai kerjaya.  Anggap ia sebagai kerja sambilan sahaja,” kata Adnan.

    Para pelajar juga boleh jadikan minat atau hobi masing-masing sebagai kerjaya.  Sebagai contoh, sekiranya mempunyai minat dalam bidang masakan atau penghasilan makanan seperti kek dan pencuci mulut, gunakan masa lapang selepas tamat SPM ini dengan berniaga.

    “Namun begitu, lebih baik jika pelajar melanjutkan pelajaran dalam bidang yang berkaitan untuk meningkatkan skil dan kemahiran agar mendapat hasil yang lebih baik.  Secara tidak langsung, peluang untuk mereka bekerja dengan gaji yang lumayan juga besar,” tambahnya. – RELEVAN

    featured IKBN MARA pendidikan SPM 2021 STPM
    Artikel Terkini

    Lukisan potret realistik dengan api

    February 7, 2023

    Mengapa Türkiye tidak lagi dipanggil Turki?

    February 7, 2023

    175 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam

    February 7, 2023

    7 tip pilih kolagen dan cara amalkan untuk hasil terbaik  

    February 6, 2023

    1 kematian akibat Covid-19 dicatatkan semalam

    February 5, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.