Facebook Twitter
    Trending
    • Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?
    • 10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi
    • Cara terbaik pujuk anak kenal minat mereka
    • Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?
    • Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini
    • 5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan
    • Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan
    • 10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

      February 19, 2026

      7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

      February 19, 2026

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026

      Elak makanan ini jika sedang haus

      February 13, 2026

      Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

      February 13, 2026
    • Kewangan

      Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?

      February 26, 2026

      Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?

      February 25, 2026

      5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

      February 23, 2026

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026
    • Pendidikan

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026

      Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

      February 23, 2026

      10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

      February 20, 2026

      Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

      February 20, 2026

      Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

      February 18, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Anak tidak minat belajar? Buat perkara ini untuk pupuk minat mereka

    Anak tidak minat belajar? Buat perkara ini untuk pupuk minat mereka

    By Umi FatehahApril 19, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Minat belajar boleh dikembangkan dan dipupuk menggunakan beberapa strategi mudah. - GAMBAR HIASAN ANDREW EBRAHIM/UNSPLASH

    PADA peringkat umur bayi hingga kanak-kanak, mereka mempunyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi, meneroka dan belajar benda baharu. Mereka teruja untuk meneroka dunia di sekeliling, menyerap maklumat dan kemahiran baharu sama seperti span.

    Apa sahaja yang didedahkan, semuanya mereka serap masuk dalam ingatan dan menjadi tabiat harian.

    Namun, semakin mereka membesar atau capai sesuatu tahap, perasaan semula jadi untuk belajar semakin hilang. 

    Malah, kanak-kanak yang sudah mula bersekolah menjadi tidak lagi mahu belajar perkara baharu, takut dan tidak mahu ke sekolah.

    Ibu bapa jangan risau, perkara ini sebenarnya normal dalam kalangan anak-anak yang sedang membesar. Nasib baik, minat belajar boleh dikembangkan dan dipupuk menggunakan beberapa strategi mudah.

    1. Bantu mereka kenal pasti apakah minat masing-masing

    Satu cara yang baik untuk mencetuskan minat belajar ialah membantu kanak-kanak meneroka topik atau perkara yang menarik minat mereka.

    Cuba berborak dengan anak anda tentang topik yang diminati sama ada dalam bentuk pembacaan, pemilihan kandungan dalam bentuk video dan sebagainya. 

    Kemudian, dedahkan kepada pengalaman yang berbeza seperti muzium, persembahan teater, zoo dan sebagainya. Galakkan juga anak-anak untuk memilih buku mengenai pelbagai topik dari perpustakaan tempatan. Semua aktiviti ini boleh membantu mencari dan mencetuskan minat belajar dalam diri anak-anak.

    1. Beri pengalaman langsung

    Banyak penyelidikan telah menunjukkan bahawa pembelajaran secara langsung iaitu hands-on experience adalah yang paling berkesan untuk kanak-kanak. Apabila mereka bergerak, sentuh dan alami secara langsung, mereka akan belajar dengan lebih baik.

    Bukan sahaja pembelajaran secara langsung membantu kanak-kanak memproses maklumat dengan lebih baik, ia juga lebih menyeronokkan.

    Kebanyakan kanak-kanak tidak gemar membaca buku teks, menyalin nota atau belajar melalui hafalan. Jadi, pengalaman dan aktiviti praktikal akan mencetuskan minat dan imaginasi kanak-kanak.

    Jika anak sedang belajar tentang haiwan akuatik di sekolah, bawa dia melawat akuarium. Jika dia minat melukis dan mewarna, bawa dia ke muzium untuk melihat contoh-contoh karya oleh artis lain. 

    Cuba cari pengalaman praktikal dan menarik untuk anak anda. Jadikan pembelajaran sebagai pengembaraan.

    1. Tunjukkan anda bersemangat untuk belajar dan mengajar

    Jadilah contoh teladan yang hebat untuk anak dengan meneroka minat diri sendiri secara bersemangat. Tunjukkan bahawa anda juga bersemangat untuk belajar. Melalui cara ini, anak-anak juga akan turut bersemangat untuk belajar perkara baharu. 

    Sebagai contoh, sekiranya anak gemar makan kek, biskut dan sebagainya, ajak mereka untuk belajar membuat biskut dengan resipi baharu. Anda boleh menonton video sebagai panduan bersama anak. 

    Ini akan melatih mereka untuk fokus, menyerap dan mengingati maklumat. Kemudian, lakukan langkah demi langkah dengan seronok dan bersemangat.

    1. Beri sokongan dan galakan

    Salah satu sebab ramai kanak-kanak kehilangan minat belajar adalah kerana mereka mula mengaitkan pembelajaran dengan kebimbangan dan tekanan. Mereka bimbang tentang mendapat markah yang teruk, menjawab soalan yang salah atau gagal dalam ujian.

    Adalah penting untuk mengajar kanak-kanak bahawa kejayaan bukanlah hasil daripada kebolehan semula jadi. Sebaliknya, kejayaan datang daripada ketekunan, latihan, kerja keras, dan banyak kegagalan. 

    Ajar mereka setiap kegagalan itu bukan bermakna mereka tidak pandai, tetapi kegagalan itu mengajar mereka apakah yang perlu dilakukan dengan betul. 

    Kanak-kanak yang melihat cabaran sebagai peluang pembelajaran lebih berkemungkinan untuk berkembang dan terus berusaha sehingga mereka menemui penyelesaian.

    Tetapkan jangkaan yang munasabah untuk anak anda. Jangan berikan tekanan yang berlebihan untuk mengumpul gred A dalam semua subjek atau menjadi pelajar yang luar biasa. Setiap anak mempunyai kelebihan yang berbeza. Tidak dapat gred A bukan bermakna mereka tidak pandai.

    1. Beri ganjaran

    Apabila mereka dapat menyelesaikan kerja rumah, berjaya mencapai keputusan yang baik, beri ganjaran. Dengan cara ini, mereka mungkin akan lebih bersemangat untuk belajar dan lakukan yang terbaik.

    Ganjaran ini tidak bermakna anda perlu membelikan hadiah yang mahal-mahal. Sebagai contoh, jangan biarkan mereka bermain permainan video selagi tidak menyiapkan kerja sekolah atau membuat latihan ulang kaji. Selepas mereka sudah menyelesaikan apa yang patut, beri keizinan untuk mereka bermain permainan video. 

    Kedua-duanya perlu seimbang agar anak tidak terlalu tertekan belajar dan tidak terlalu leka bermain. – RELEVAN

    Previous ArticleKetahui apa itu gangguan BIID, keinginan untuk menjadi cacat
    Next Article Ikan zebra pengganti tikus dalam penyelidikan, ini fakta menarik tentangnya

    Artikel berkaitan

    Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?

    February 26, 2026

    10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

    February 25, 2026

    Cara terbaik pujuk anak kenal minat mereka

    February 25, 2026

    Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?

    February 25, 2026

    Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

    February 24, 2026

    5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

    February 23, 2026
    Artikel Terkini

    Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?

    February 26, 2026

    10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

    February 25, 2026

    Cara terbaik pujuk anak kenal minat mereka

    February 25, 2026

    Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?

    February 25, 2026

    Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

    February 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.