Facebook Twitter
    Trending
    • Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun
    • Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli
    • 10 cara paling salah untuk turunkan berat badan
    • Tip ketika temu duga kursus universiti
    • Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?
    • Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?
    • Jangan buang! Ini boleh dijual 
    • Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

      April 10, 2026

      Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula

      April 7, 2026

      Organ dalaman paling mudah diserang kanser

      April 6, 2026

      Lapan gelas air sehari? Ini fakta sebenar tentang keperluan air untuk tubuh

      April 6, 2026

      Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

      April 1, 2026
    • Kewangan

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026

      Cara berjimat ketika harga barang naik 

      April 2, 2026

      Persiapan kewangan untuk orang muda

      April 2, 2026
    • Pendidikan

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Kerjaya

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Hilang pahala puasa jika lakukan perbuatan ini

    Hilang pahala puasa jika lakukan perbuatan ini

    By Zubaidah IbrahimMarch 15, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    BERPUASA bukan hanya menahan diri daripada lapar dan dahaga tetapi juga perlu meninggalkan perbuatan buruk. Gambar hiasan/Freepik

    BERPUASA di bulan Ramadan bukan beerti kita hanya perlu menahan diri daripada makan dan minum di siang hari tetapi kita perlu menjaga diri daripada melakukan perkara-perkara yang mengurangkan pahala puasa.

    Ibadah berpuasa sebenarnya untuk mendidik, membersihkan jiwa daripada perbuatan-perbuatan dosa dan meningkatkan ketakwaan.

    Dalam kehidupan seharian, kita mungkin sudah terbiasa dengan perbuatan buruk seperti berbohong, mengumpat, mencarut dan bercakap lucah.

    Berhati-hati, jangan sesekali melakukan perbuatan tersebut terutamanya ketika berpuasa di bulan Ramadan kerana ia akan menghilangkan pahala berpuasa. Sia-sia sahaja puasa anda.

    Berikut Relevan kongsikan jawapan yang dikemukakan dalam Irsyad Fatwa: Edisi Khas Ramadan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan mencarut, berbohong dan mengumpat.

    • Mencarut ketika berpuasa

    Tidak batal puasa seseorang yang mengeluarkan kata-kata tidak baik seperti berbohong, mengumpat, mencarut, perkataan lucah dan seumpamanya, sama ada di alam maya atau di alam nyata. 

    Namun, perbuatan tersebut menghilangkan pahala puasa dan tidak tercapai maksud puasa dalam erti kata yang sebenar.

    Hakikat ibadah puasa yang dilaksanakan adalah untuk mencapai matlamat ketakwaan dalam diri setiap hamba. Allah SWT berfirman:

    يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

    Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa”. Surah al-Baqarah (183)

    Imam al-Maraghi menjelaskan bahawa ayat di atas merupakan perintah Allah SWT tentang kewajipan berpuasa bagi umat Nabi Muhammad SAW.  Segala amal ibadah digandakan pada bulan Ramadan. Oleh itu, umat Islam sepatutnya meningkatkan segala amal ibadah dan mengawal hawa nafsu bagi meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.

    ARTIKEL BERKAITAN: Kesan berpuasa pada badan dan panduan ketika berbuka, sahur

    • Berbohong ketika berpuasa

    Imam Al-Nawawi apabila menjelaskan berkenaan hukum berbohong beliau berkata: ‘’Sesungguhnya telah jelas nas-nas dari Al-Kitab dan juga Al-Sunnah ke atas pengharaman berbohong. Ia adalah antara perbuatan dosa yang buruk serta suatu keaiban yang keji.

    Ijma’ para ulama telah berlaku ke atas pengharamannya bersama-sama dengan nas-nas yang jelas’’. Rujuk Al–Azkar Al-Nawawiyyah, Al Nawawi (Hlm. 377).

    Perbuatan berbohong dalam keadaan seseorang itu sedang berpuasa menjadikan dosa orang tersebut bertambah beratnya.

    Ini kerana, dosa dan pahala seseorang itu boleh berbeza kadar ganjaran dan hukumannya mengikut perbezaan faktor seperti tempat ia dilakukan dan juga masa ia dilakukan. 

    Justeru, melakukan dosa seperti berbohong dalam bulan Ramadan lebih-lebih lagi dalam keadaan seseorang itu sedang berpuasa menjadikan ianya lebih berat di sisi Tuhan.

    Walaupun berbohong tidak termasuk dalam perkara yang membatalkan puasa tetapi ia perlu dielakkan lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan. Jadikanlah bulan Ramadan sebagai suatu medan mentarbiah diri agar menjauhi segala perbuatan dosa dan maksiat.

    ARTIKEL BERKAITAN: Tidak hanya kuruskan badan, ini 7 manfaat menakjubkan berpuasa

    • Mengumpat dan berkata keji ketika berpuasa

    Mengumpat dan berkata keji tidak termasuk dalam perkara yang boleh membatalkan puasa tetapi ia boleh mengurangkan dan membatalkan pahala puasa. Hal ini kerana mengumpat merupakan perkara yang dilarang dan diharamkan syarak sama ada di bulan puasa mahupun pada bulan-bulan yang lain

    Ibadah puasa merupakan ibadah yang difardukan ke atas umat Islam pada setiap tahun di bulan Ramadan. Dalam hal ini, seseorang itu hendaklah menjaga puasanya daripada perkara yang boleh membatalkan puasa di antaranya memasukkan sesuatu ke dalam rongga, muntah, keluar mani dan sebagainya.

    Di samping itu, mereka yang berpuasa hendaklah menghindarkan diri daripada perbuatan yang boleh mengurangkan pahalanya agar dapat mencapai matlamat puasa iaitu menambah ketakwaan diri kepada Allah SWT. Firman Allah SWT:

    يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

    Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa”. Surah al-Baqarah (183).- RELEVAN

    Previous ArticleAdakah batal puasa sekiranya terjilat gincu dan pelembab bibir?
    Next Article Nikmat dan azab kerja 9-5

    Artikel berkaitan

    Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

    April 10, 2026

    Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

    April 10, 2026

    10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

    April 10, 2026

    Tip ketika temu duga kursus universiti

    April 9, 2026

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    April 9, 2026

    Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

    April 8, 2026
    Artikel Terkini

    Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

    April 10, 2026

    Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

    April 10, 2026

    10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

    April 10, 2026

    Tip ketika temu duga kursus universiti

    April 9, 2026

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    April 9, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.