Facebook Twitter
    Trending
    • Cara elak duit habis sebelum masanya
    • Tahi mata sebagai pelindung mata senyap
    • Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat
    • Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini
    • Senjata baru penipu siber bernama AI
    • Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16
    • Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini
    • Usah kecewa, cuba lagi tahun mendatang
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

      December 19, 2025

      Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

      December 19, 2025

      Kesan negatif penyedut minuman

      December 15, 2025

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025

      Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

      December 11, 2025
    • Kewangan

      Cara elak duit habis sebelum masanya

      December 22, 2025

      Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

      December 18, 2025

      Senjata baru penipu siber bernama AI

      December 18, 2025

      5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia

      December 16, 2025

      Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

      December 15, 2025
    • Pendidikan

      Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

      December 17, 2025

      7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

      December 16, 2025

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025
    • Kerjaya

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Ulasan 5 lagu terbaik kategori rock ALI2023 dan ramalan pemenang

    Ulasan 5 lagu terbaik kategori rock ALI2023 dan ramalan pemenang

    By March 6, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    ROCK mungkin kategori paling popular tapi sukar untuk melihat genre ini mendominasi Anugerah Lagu Indie (ALI).

    Tahun ini, genre metalcore sangat mendominasi kategori rock. Ada empat lagu yang tergolong dalam genre ini (atau sekurang-kurangnya menggunakan elemennya) dan masing-masing membawa variasi yang berbeza.

    Penguasaan metalcore mungkin membawa petanda yang genre itu akan tampil cemerlang dalam ALI tahun ini. 

    Namun, ia juga boleh jadi sebaliknya. Mungkin satu-satunya lagu yang tidak membawa panji metalcore yang akan menyerlah kerana perbezaannya. 

    Berikut merupakan ulasan Relevan terhadap kelima-lima lagu kategori rock yang berjaya lolos ke pentas akhir ALI2023 bersama ramalan pemenang.

    • Jiwa (Takhta Milik Kita) – AKTA

    Dalam kebanjiran kugiran metalcore tempatan, AKTA tampil dengan kelainan dan kesegaran. Mereka tidak menggunakan formula lazim, malah memasukkan elemen-elemen dari genre lain dengan lancar ke dalam gubahan.

    Jiwa (Takhta Milik Kita) merupakan lagu pertama yang memasakkan identiti kugiran ini. Permulaannya dihias dengan kiraan janggal diikuti dengan jeritan sarat emosi serta baris gitar melodik. Korusnya sangat baik, menjadi penyeimbang kepada segala eksperimentasi yang bermain di latar. 

    Jika keunikan dan kesegaran menjadi elemen utama menentukan pemenang, AKTA ada peluang besar.

    • Terraluna – CRAZY GRIZZLY

    Terraluna antara lagu terbaik yang ada dalam diskografi CRAZY GRIZZLY tetapi itu mungkin belum cukup untuk menggugat kedudukan lagu-lagu lain dalam kategori rock.

    Segalanya cukup baik – melodi, lirik dan konsep muzik namun dari segi kesegaran, ia agak terbelakang berbanding saingan yang lain.

    Cuma, komposisi Terraluna membuka ruang besar untuk dimanfaatkan dalam persembahan di pentas akhir. Satu lagi kelebihan CRAZY GRIZZLY ialah Zarif Muazzam, antara penyanyi jerit terbaik yang sedang aktif sekarang.

    • In The Haze – Math Class

    Warna paling terang dan berbeza dalam lima peserta akhir kategori rock ALI2023, In The Haze oleh Math Class tidak kurang menarik berbanding saingannya. Mempertaruhkan genre J-rock, lagu ini menampilkan susunan yang kompleks tapi tetap mudah didengar.

    Rahsianya pada melodi dan persembahan vokal yang cemerlang. Namun, ia tidak menenggelamkan permainan instrumen yang melakur pelbagai elemen genre pada latarnya.

    Lagu ini sangat ‘rajin’. Tidak ada yang mudah dalam penghasilannya. 

    • Souled Out – VOTA

    VOTA membuka langkah muzik mereka dengan Souled Out, trek debut yang sangat meyakinkan. Melodi dan susunannya agak lazim untuk pendengar tegar metal moden tetapi penampilan vokalis perempuan boleh menjadi kelebihan, terutamanya dalam pasaran Malaysia.

    Cabaran utama untuk kugiran baharu pastinya untuk mencari kematangan. Jika tidak dinilai sebagai trek debut, kematangan Souled Out berada pada tahap yang agak rendah, terutamanya pada elemen simfonik yang cuba dimasukkan.

    Lagu ini cukup baik dan layak untuk bertanding dalam pentas akhir tetapi untuk menyerlah dan menang, cabarannya besar.

    • Inti Sari – Zerophobia

    Sebagai antara kugiran metal terbaik dalam generasinya, tidak hairan untuk melihat Zerophobia sebagai antara pencabar utama dalam ALI2023, bukan setakat untuk kategori rock.

    Inti Sari merupakan lonjakan daripada kesemua trek dalam album sulung mereka, Sinner. Kekuatan utamanya pada melodi vokal bersih yang sangat menyerlah, selain susun letak vokal jerit yang tidak lazim.

    Kelemahan trek ini adalah pada adunan rapi audio rasminya yang tidak memuaskan untuk didengar (sekurang-kurangnya untuk versi yang ada dalam platform digital). Tetapi dari segi komposisi, ia antara yang terbaik dalam senarai keseluruhan peserta akhir.

    Rumusan

    Saya bukan sahaja meramalkan Inti Sari oleh Zerophobia akan mengungguli kategori rock, malah ia berpotensi menjadi lagu rock pertama yang bergelar juara ALI. Ia menampilkan keseimbangan antara melodi yang menangkap dengan ‘kekasaran’ muzik independen.

    Namun, tak bermakna lagu-lagu lain dalam kategori ini langsung tiada peluang. Jiwa (Takhta Milik Kita) dan In The Haze akan menjadi pencabar terdekat manakala Souled Out dan Terraluna ada peluang mencipta kejutan.

    Kita lihat apa keputusan akhirnya pada 7 Mac ini. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Cara elak duit habis sebelum masanya

    December 22, 2025

    Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

    December 19, 2025

    Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

    December 19, 2025

    Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

    December 18, 2025

    Senjata baru penipu siber bernama AI

    December 18, 2025

    Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

    December 17, 2025
    Artikel Terkini

    Cara elak duit habis sebelum masanya

    December 22, 2025

    Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

    December 19, 2025

    Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

    December 19, 2025

    Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

    December 18, 2025

    Senjata baru penipu siber bernama AI

    December 18, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.