Facebook Twitter
    Trending
    • Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam
    • Bolehkah wasiat dicabar?
    • Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya
    • Jangan malas buat kerja sekolah!
    • Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?
    • Wasiat bukan hanya untuk orang berharta
    • Hibah vs faraid? Fahami perbezaannya demi kesejahteraan keluarga
    • Urus pusaka tanpa tekanan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025

      Bukan semua pewangi selamat, ini risiko yang anda perlu tahu

      April 17, 2025

      Kenapa masih penat walaupun dah tidur 8 jam? Ini penjelasannya

      April 14, 2025

      ‘Healing’ tak semestinya melancong, ini 5 aktiviti lain yang anda boleh buat

      April 10, 2025
    • Kewangan

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025

      Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

      May 20, 2025

      Wasiat bukan hanya untuk orang berharta

      May 20, 2025
    • Pendidikan

      Jangan malas buat kerja sekolah!

      May 21, 2025

      Guru bukan pembantu peribadi anak

      May 16, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Jangan ikut kawan, pilih jurusan sesuai dengan minat

      April 28, 2025

      Kecewa dengan keputusan SPM 2024? Semak semula dengan cara ini

      April 24, 2025
    • Kerjaya

      Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia

      May 14, 2025

      Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh

      May 13, 2025

      ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda

      May 12, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja

      May 2, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Jaga kesihatan mata, amalkan peraturan 20-20-20

    Jaga kesihatan mata, amalkan peraturan 20-20-20

    By March 5, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PENGLIHATAN boleh merosot dan mengundang pelbagai masalah berkaitan mata jika tidak dijaga sejak awal. - Gambar hiasan Fotio/ Pexels

    SEPERTIMANA penjagaan kesihatan anggota badan yang lain, mata juga sangat penting untuk diberi perhatian kerana kita banyak bergantung dengan deria penglihatan bagi melakukan aktiviti seharian.

    Penglihatan boleh merosot dan mengundang pelbagai masalah berkaitan mata jika tidak dijaga sejak awal. Apatah lagi, kita banyak menghabiskan masa memandang skrin telefon mahupun komputer riba.

    Oleh itu, jom kita sama-sama menjaga kesihatan mata dengan melakukan tujuh langkah ini.

    1. Pakai cermin mata hitam

    Jangan biarkan mata anda terdedah kepada sinaran ultraungu tanpa memakai perlindungan cermin mata hitam untuk menyekat cahaya UV yang berbahaya kerana ia boleh merosakkan mata.

    Menurut Akademi oftalmologi Amerika, dengan memakai cermin mata hitam anda juga boleh mengurangkan penyakit mata seperti katarak, selaran matahari, kanser mata dan pertumbuhan di sekeliling mata.

    Cermin mata terpolarisasi (Polarized ) dengan kanta asap atau kelabu menawarkan perlindungan terbaik terhadap sinaran matahari dan mengurangkan silau

    1. Rehat daripada skrin

    Masa skrin yang berpanjangan boleh menyebabkan mata kering, sakit leher dan bahu, penglihatan kabur, sakit kepala dan ketegangan mata digital atau sindrom penglihatan komputer. 

    Persatuan Optometrik Amerika mengesyorkan untuk menggunakan peraturan 20-20-20 bagi mencegah sindrom penglihatan komputer. Setiap 20 minit lihat sesuatu sekurang-kurangnya 20 kaki jauhnya selama 20 saat.

    Peraturan 20-20-20 ini juga perlu dilakukan jika anda membaca buku untuk merehatkan mata supaya tidak terlalu penat.

    1. Bersiar-siar di luar rumah

    Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang menghabiskan masa di luar rumah mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mengalami rabun dekat ketika remaja dan meningkat dewasa. 

    Bermain dengan anak-anak anda di taman permainan, berjalan di hutan atau bermain di belakang rumah boleh membantu seluruh keluarga kekal sihat dan aktif. Pastikan anda memakai cermin mata hitam.

    ARTIKEL BERKAITAN: Apa itu mata malas dan simptom-simptomnya

    1. Jangan merokok

    Umum mengetahui bahawa merokok tidak baik untuk kesihatan. Ia juga boleh meningkatkan risiko penyakit mata seperti katarak dan degenerasi makula (AMD) yang berkaitan dengan usia.

    Perokok berisiko dua atau tiga kali lebih tinggi untuk mengalami katarak dan sehingga empat kali lebih tinggi risiko untuk AMD. 

    1. Makan makanan seimbang

    Makanan yang anda makan setiap hari boleh meningkatkan kesihatan mata anda. Ambil makanan yang kaya dengan vitamin A, C, E, beta-karotena, asid lemak omega-3, lutein, zeaxanthin dan zink untuk membantu pertumbuhan sel, mengurangkan keradangan tisu mata dan mengehadkan radikal bebas yang boleh merosakkan mata anda.

    1. Elakkan menggosok mata

    Jika anda selalu menggosok mata, ia boleh menyebabkan kerosakan mata atau jangkitan. Mata kering dan ketegangan mata membuatkan anda ingin menggosoknya. Ada yang menggosok mata terlalu banyak atau terlalu keras. Ini boleh membawa kepada masalah seperti penglihatan berkurangan atau kabur, sakit kepala, keradangan dan sensitif kepada cahaya.

    Bakteria atau virus pada jari atau tangan anda boleh menyebabkan konjunktivitis yang biasanya dipanggil mata merah jambu. Gunakan titisan mata atau saline untuk membersihkan mata dan memastikan ia lembap. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Mata tegang sebab komputer?

    1. Bersihkan solekan mata

    Selepas seharian memakai solekan, jangan lupa untuk membersihkan solekan terutama di bahagian mata sebelum anda tidur. Langkah ini penting untuk menjaga kesihatan mata dan mengurangkan risiko blepharitis atau keradangan kelopak mata.

    Selain itu, guna bahan solekan yang selamat untuk mata dan basuh dengan kerap berus atau span solekan mata.- RELEVAN

    featured kesihatan mata solekan
    Artikel Terkini

    Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

    May 23, 2025

    Bolehkah wasiat dicabar?

    May 22, 2025

    Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

    May 21, 2025

    Jangan malas buat kerja sekolah!

    May 21, 2025

    Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

    May 20, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.