Facebook Twitter
    Trending
    • Sejarah 19 tahun pelayaran bantuan ke Gaza
    • Bahaya minum air botol ditinggalkan dalam kereta
    • Siapa 23 sukarelawan GSF ditahan Israel?
    • Global Sumud Flotilla: Apa yang kita tahu setakat ini
    • Global Sumud Flotilla: Israel langgar undang-undang laut antarabangsa
    • Global Sumud Flotilla: Jangan tertipu helah Israel
    • Global Sumud Flotilla: Kapal bantuan disekat, doa dan solidariti dituntut
    • Apa yang perlu anda tahu mengenai kanser payudara 
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bahaya minum air botol ditinggalkan dalam kereta

      October 6, 2025

      Apa yang perlu anda tahu mengenai kanser payudara 

      October 1, 2025

      Lelaki juga boleh jadi mangsa kanser payudara?

      September 30, 2025

      Ramen berlebihan jejaskan kesihatan?

      September 26, 2025

      Produk bayi yang boleh bawa mudarat tetapi dijual berleluasa

      September 25, 2025
    • Kewangan

      Panduan BUDI95 yang wajib anda tahu

      September 25, 2025

      Satu kad yang membawa pelbagai rahmat

      September 24, 2025

      Inflasi naik 1.3 peratus pada Ogos 2025 – DOSM

      September 23, 2025

      Bila beg Hermes dan jam Rolex jadi aset pelaburan 

      September 19, 2025

      5 matlamat kewangan selepas umur 30

      September 9, 2025
    • Pendidikan

      Sejarah 19 tahun pelayaran bantuan ke Gaza

      October 6, 2025

      Siapa 23 sukarelawan GSF ditahan Israel?

      October 3, 2025

      Global Sumud Flotilla: Apa yang kita tahu setakat ini

      October 3, 2025

      Global Sumud Flotilla: Israel langgar undang-undang laut antarabangsa

      October 2, 2025

      Global Sumud Flotilla: Jangan tertipu helah Israel

      October 2, 2025
    • Kerjaya

      Tujuh cara untuk menonjolkan diri dalam resume

      October 1, 2025

      4 kerja sambilan boleh dilakukan pelajar

      September 19, 2025

      Budaya hustle demi hasil ‘bunuh’ kesihatan mental

      September 17, 2025

      Apa langkah seterusnya selepas tamat pengajian?

      September 12, 2025

      Rajin bekerja sahaja tidak cukup, perlu tahu cara menjual kelebihan diri

      September 10, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Penanaman padi ketika cuaca panas dan cabaran pesawah

    Penanaman padi ketika cuaca panas dan cabaran pesawah

    By February 28, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    CUACA panas dan kekurangan air dalam tanah akan menyebabkan tekanan pada pokok padi. - Foto Wirestock/Freepik

    FENOMENA El Nino yang kini sedang melanda Malaysia sedikit sebanyak menjejaskan pengeluaran tanaman padi yang memerlukan sumber air banyak dan mengubah struktur tanah  sekali gus, memberi kesan kepada pengeluaran padi negara. 

    Pensyarah Jabatan Pengurusan Tanah, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr.  Muhammad Firdaus Sulaiman berkata, kekurangan bekalan air akan menjejaskan hasil padi kerana air bukan sahaja penting untuk proses fisiologi pokok padi malah membantu untuk  mengawal rumpai dan penyakit. 

    MUHAMMAD FIRDAUS

     

    “Cuaca panas dan kekurangan air dalam tanah akan menyebabkan tekanan pada pokok  padi dan apabila pokok padi mengalami tekanan ia akan menjejaskan pertumbuhan pokok,  seterusnya menjejaskan hasil. 

    “Antara langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini ialah menjalankan program pembiakbakaan bagi menghasilkan kepelbagaian padi yang lebih rintang terhadap  suhu  tinggi dan  tidak memerlukan penggunaan air yang banyak.

    “Salah satu kaedah yang boleh diamalkan oleh pengusaha sawah padi untuk mengurangkan  penggunaan air antaranya kaedah pengeringan dan pengairan bergantian (alternate wetting and  drying) dan pengeringan pertengahan musim (mid-season drainage),” katanya. 

    Jelas beliau, perbezaan kaedah pengeringan dan pengairan bergantian adalah di mana petak sawah tersebut akan dibiar untuk mengering sehingga paras air tanah berada pada para 15 sentimeter dari permukaan tanah dan kemudiannya petak sawah akan diairi  semula. 

    Kitaran ini akan berulang sehingga waktu menuai dan hanya dihentikan seketika sewaktu peringkat pembentukan bunga padi.

    Selain itu, bagi kaedah pengeringan pertengahan musim adalah petak  sawah akan dibiar mengering selama tujuh hari pada pertengahan pertumbuhan padi iaitu sekitar  hari ke-50 dan kemudiannya petak sawah tersebut akan diairi semula selepas itu. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Bersedia hadapi musim panas, ikuti 6 tip ini

    “Kajian yang dijalankan oleh UPM dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia  (MARDI) mendapati penggunaan kedua-dua kaedah itu menunjukkan bahawa ia dapat  mengurangkan penggunaan air serta tidak menjejaskan pertumbuhan padi dan pengeluaran  hasil.

    “Kefahaman sifat tanah adalah penting untuk menyesuaikan jenis tanah dengan tanaman  serta kaedah pengurusan tanah yang baik. 

    “Dari sudut pertanian, tanah bukan sahaja membekalkan air dan unsur nutrien yang diperlukan oleh tanaman malah merupakan tapak sokongan bagi akar tanaman untuk menampung berat  jisim tanaman tersebut,” ujarnya.

    Beliau yang juga mempunyai kepakaran dalam kesuburan dan pengurusan tanah berkata, tidak semua jenis tanah sesuai untuk semua jenis tanaman dan tanah yang tinggi kandungan lempung dan mempunyai topografi yang rata sangat sesuai untuk penanaman padi. 

    Pun begitu, tanah yang  sama tidak sesuai untuk tanaman pokok durian kerana kedua-dua tanaman ini mempunyai  keperluan air yang berbeza.

    Jelas Muhammad Firdaus lagi, nutrien yang diperlukan bagi tanah padi adalah  seperti tanaman lain iaitu memerlukan 16 unsur kimia untuk memberikan hasil yang terbaik.  

    “Dari 16 unsur tersebut, 13 unsur perlu dibekalkan melalui pembajaan sekiranya kandungan  unsur di dalam tanah tidak mencukupi untuk keperluan pokok padi dan keasidan tanah yang tinggi  akan merencatkan kesediaan unsur dalam tanah untuk diserap oleh pokok padi.

    “Umumnya, masyarakat beranggapan bahawa hanya unsur nitrogen, fosforus  dan kalium (NPK) sahaja yang diperlukan oleh pokok padi, tetapi keperluan bagi unsur surih  seperti mangan, boron, kuprum, zink dan molybdenum serin gkali diabaikan.  

    “Selain membekalkan unsur nutrien yang mencukupi untuk pokok padi, tahap keasidan tanah juga perlu berada pada tahap yang bersesuaian iaitu nilai pH antara 5.5 hingga 6.5,” terangnya.

    Tambah beliau, selain faktor perubahan iklim yang memberi cabaran kepada pesawah, mereka juga berdepan dengan kenaikan harga bahan input iaitu kapur dan baja. 

    Muhammad Firdaus berkata, buat masa ini kerajaan membekalkan secara percuma input pertanian tersebut, namun  mata  wang ringgit yang lemah pada ketika ini sedikit sebanyak memberi kesan kewangan yang besar  bagi kerajaan untuk terus memberi subsidi input pertanian kepada pesawah.

    Oleh itu, pesawah perlu  bersedia untuk mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk peroleh bahan input tersebut.- RELEVAN

    cuaca panas featured padi pertanian sawah

    Artikel berkaitan

    Sejarah 19 tahun pelayaran bantuan ke Gaza

    October 6, 2025

    Bahaya minum air botol ditinggalkan dalam kereta

    October 6, 2025

    Siapa 23 sukarelawan GSF ditahan Israel?

    October 3, 2025

    Global Sumud Flotilla: Apa yang kita tahu setakat ini

    October 3, 2025

    Global Sumud Flotilla: Israel langgar undang-undang laut antarabangsa

    October 2, 2025

    Global Sumud Flotilla: Jangan tertipu helah Israel

    October 2, 2025
    Artikel Terkini

    Sejarah 19 tahun pelayaran bantuan ke Gaza

    October 6, 2025

    Bahaya minum air botol ditinggalkan dalam kereta

    October 6, 2025

    Siapa 23 sukarelawan GSF ditahan Israel?

    October 3, 2025

    Global Sumud Flotilla: Apa yang kita tahu setakat ini

    October 3, 2025

    Global Sumud Flotilla: Israel langgar undang-undang laut antarabangsa

    October 2, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.