Facebook Twitter
    Trending
    • Tahi mata sebagai pelindung mata senyap
    • Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat
    • Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini
    • Senjata baru penipu siber bernama AI
    • Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16
    • Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini
    • Usah kecewa, cuba lagi tahun mendatang
    • 7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

      December 19, 2025

      Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

      December 19, 2025

      Kesan negatif penyedut minuman

      December 15, 2025

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025

      Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

      December 11, 2025
    • Kewangan

      Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

      December 18, 2025

      Senjata baru penipu siber bernama AI

      December 18, 2025

      5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia

      December 16, 2025

      Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

      December 15, 2025

      Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

      December 10, 2025
    • Pendidikan

      Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

      December 17, 2025

      7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

      December 16, 2025

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025
    • Kerjaya

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Latihan berfikir di luar kotak dengan 7 langkah mudah ini

    Latihan berfikir di luar kotak dengan 7 langkah mudah ini

    By February 16, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    BERFIKIR di luar kotak adalah metafora yang sering digunakan untuk menggambarkan pemikiran yang berbeza, luar daripada kebiasaan dan kreatif.

    Sebenarnya, kita semua boleh berfikir di luar kotak dan ia bukannya bakat yang lahir semula jadi untuk seseorang individu itu.

    Tahukah anda dengan latihan tertentu boleh menjadikan anda berfikir di luar kotak? Sehubungan itu, Relevan kongsikan tujuh latihan untuk mengasah otak anda berfikir di luar kotak seperti berikut:

    1.     Cuba latihan perkataan

    Profesor Madya dari Universiti Teknikal Denmark (DTU), Balder Onarheim, berkata, apabila kita meningkat dewasa, semakin sukar untuk berfikir secara kreatif dan menghubungkan dua perkara berbeza bersama-sama. Beliau memanggil ini sebagai “batasan bersekutu”.

    Sebagai contoh,  Onarheim menjelaskan bahawa dia tidak pernah terfikir untuk menggabungkan fungsi telefon dan komputer untuk mencipta telefon pintar tetapi ia telah dilakukan dan kini telefon pintar boleh ditemui di mana-mana sahaja.

    “Saya mahu anda semua melihat gambar berus gigi ini dan memikirkan tiga perkataan rawak dengan cepat. 

    “Semakin banyak perkataan yang tidak berkaitan, lebih baik,” kata Onarheim kepada penontonnya semasa sesi TEDx Talknya. 

    Menurut Onarheim, dia melakukan senaman ini setiap malam apabila dia menggosok gigi kerana ia meningkatkan keupayaan otak untuk mencari dan mengumpulkan maklumat berbeza yang mungkin kelihatan tidak relevan pada masa itu.

    1. Fikirkan mudah, jangan rumit

    Anda mungkin berfikir bahawa masalah itu terlalu kompleks dan memerlukan penyelesaian yang juga sama kompleks. Pendekatan ini sangat merumitkan dan bukannya membantu anda mencari penyelesaian.

    Anda perlu memudahkan masalah itu seberapa banyak yang boleh. Apabila anda memudahkan masalah itu, maka masalah itu akan dipecahkan kepada banyak masalah yang lebih kecil dan kemudian anda boleh berusaha untuk menyelesaikan setiap bahagian secara inovatif.

    ARTIKEL BERKAITAN:  5 cara untuk menjadi lebih bijak

    1. Belajar benda baharu

    Apabila anda bekerja dalam bidang tertentu untuk masa yang lama dan terus melakukan perkara yang serupa, maka cara pandang terhadap sesuatu situasi itu  berlegar dalam ruang lingkup yang sama dengan apa yang anda kerjakan.

    Oleh itu, apa kata anda cuba mendaftar kelas yang berbeza daripada bidang kerja atau kepakaran harian anda supaya mendapat perspektif baharu.

    Anda boleh menyertai kelas seperti muzik atau seni. Kelas sedemikian boleh membantu anda melatih otak untuk berfikir lebih santai dan tidak formal.

    1. Pergi berjalan-jalan

    Apabila anda menyelesaikan masalah terlalu lama, anda mungkin merasa sukar untuk memikirkan idea baharu dan berasa letih. Dalam situasi sedemikian, berjalan-jalan sangat membantu membuat fikiran kembali segar.

    Berjalan-jalan menggalakkan anda melakukan aktiviti fizikal dan meningkatkan aliran darah serta membolehkan anda mengalihkan perhatian daripada kerja anda.

    Berjalan-jalan di taman atau kawasan kejiranan yang tenang membantu anda kembali cergas dan boleh membantu anda menumpukan menyelesaikan masalah itu dengan tenaga yang diperbaharui dan perspektif yang segar.

    1. Bersikap terbuka kepada kritikan

    Kritikan adalah bahagian penting dalam mana-mana proses kreatif. Ia membantu kita meningkatkan kemahiran dan menjadi lebih baik dalam perkara yang dilakukan.

    Walau bagaimanapun, kadang-kadang orang mengkritik tanpa memikirkan sebab mengapa mereka berfikir sebegitu. Cuba untuk tidak mengambil kritikan ini secara peribadi. Sebaliknya, gunakannya sebagai peluang untuk mengetahui lebih lanjut tentang diri anda dan cara orang lain melihat anda.

    1. Mulakan dengan bertanya soalan kepada diri sendiri

    Salah satu cara paling mudah untuk menjadi lebih kreatif ialah mula berfikir secara berbeza. Tanya diri anda soalan tentang perkara yang anda lihat, dengar, hidu, rasa dan sentuh.

    Anda mungkin bertanya kepada diri sendiri mengapa ia kelihatan seperti itu? Atau apa yang membuatnya berbunyi begitu kuat? Soalan seperti ini akan membantu anda berfikir di luar kotak.

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 tip latih anak bijak urus kewangan

    1. Jangan terperangkap dalam satu idea

    Jika anda mendapati diri anda terperangkap dalam satu idea tertentu, cuba tanya diri anda soalan yang berbeza. Ini akan memaksa anda untuk berfikir secara kreatif dan menghasilkan jawapan baharu.- RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

    December 19, 2025

    Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

    December 19, 2025

    Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

    December 18, 2025

    Senjata baru penipu siber bernama AI

    December 18, 2025

    Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

    December 17, 2025

    Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

    December 17, 2025
    Artikel Terkini

    Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

    December 19, 2025

    Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

    December 19, 2025

    Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

    December 18, 2025

    Senjata baru penipu siber bernama AI

    December 18, 2025

    Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

    December 17, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.