Facebook Twitter
    Trending
    • Beli dulu baru menyesal kemudian
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Tarikh penting buat rakyat Malaysia
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    • Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca
    • 7 makanan mesra usus
    • Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik
    • 7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025
    • Kewangan

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025
    • Pendidikan

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Belum masuk tengah bulan poket dah kering? Hentikan boros dengan kaedah ini

    Belum masuk tengah bulan poket dah kering? Hentikan boros dengan kaedah ini

    By Umi FatehahJanuary 19, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Belum masuk tengah bulan poket dah kering? Hentikan boros dengan kaedah ini. - GAMBAR HIASAN NICOLA BARTS/PEXELS

    FIKIRKAN kembali semua pembelian yang dibuat sebelum-sebelum ini. Berapa banyak daripada barang yang dibeli itu benar-benar berfaedah? 

    Sedar atau tidak, sebahagian besar daripada pembelian yang kita buat sebenarnya tidak berfaedah pun. Sebaliknya, kita cenderung untuk membeli barangan yang dianggap akan menggembirakan atas dasar self-reward tetapi menjadi satu pembaziran.

    Jangan salah faham. Tidak salah untuk membeli barangan atas dasar ganjaran kepada diri sendiri tetapi pastikan ia munasabah. 

    Cara terbaik untuk memastikan bahawa anda membelanjakan wang hasil titik peluh untuk perkara yang sebenarnya diperlukan ialah berhenti membeli-belah secara impulsif. Pembelian impulsif ialah barangan yang dibeli tanpa rancangan. Nampak sahaja ada diskaun, anda terus terpukau untuk membelinya. 

    Berikut ialah lima cara untuk anda hentikan pembelian impulsif dan boros.

    1. Jangan tatal media sosial sebelum tidur

    Platform media sosial tidak lagi bertujuan untuk menghubungkan orang dengan satu sama lain tetapi telah berkembang menjadi rangkaian pemasaran. Hampir mustahil untuk melayari media sosial tanpa dihujani oleh iklan.

    Iklan media sosial juga boleh menjadi lebih berkesan daripada iklan tradisional. Daripada melihat iklan yang penuh dengan orang yang tidak dikenali, anda disasarkan oleh akaun yang diikuti.

    Bagi kebanyakan kita, susah untuk berhenti melayari media sosial sepenuhnya. Tetapi apa yang anda mampu untuk lakukan ialah elakkan melayari media sosial sebelum waktu tidur. Gantikan masa yang ada dengan mendengar lagu atau menonton drama kegemaran.

    1. Elakkan membeli belah secara dalam talian

    Membeli-belah dalam talian ialah cara paling mudah untuk lakukan pembelian impulsif. Dengan membeli-belah dalam talian, anda mengurangkan masa dan tenaga yang diperlukan untuk membuat pembelian. 

    Daripada perlu pergi ke kedai, memilih sesuatu dan kemudian membelinya, anda boleh membeli-belah di mana-mana dan pada bila-bila masa.

    Anda juga terdedah kepada lebih banyak jenis pemasaran apabila membeli-belah dalam talian. Sebagai contoh, jenama menjual pakaian dalam talian bukan sahaja menjual pakaian, mereka juga menjual gaya hidup kepada anda. 

    Jenama atau syarikat tersebut mahu pelanggannya berfikir sekiranya membeli pakaian daripada mereka, anda akan kelihatan seperti model yang dipaparkan. 

    Selain terpukau untuk membeli pakaian yang digayakan, anda juga mungkin mempunyai perasaan mahu membeli segala aksesori yang dipakai untuk kelihatan seperti mereka.

    1. Tetapkan matlamat simpanan

    Menetapkan matlamat kewangan untuk diri sendiri adalah cara terbaik untuk menjimatkan wang. Cabar diri sendiri untuk menyimpan jumlah tertentu setiap bulan dan pastikan anda mencapai matlamat itu. 

    Melibatkan orang yang di sekeliling juga adalah cara terbaik untuk memastikan diri anda bertanggungjawab juga.

    Mulakan cabaran tanpa membeli-belah dengan rakan. Pastinya anda akan lebih mudah untuk berhenti membeli-belah secara impulsif dengan sokongan orang sekeliling.

    1. Cari cara untuk lakukan ganjaran diri secara percuma

    Apabila berjaya mencapai matlamat penjimatan wang bulanan, cara terbaik untuk memastikan anda terus berada di landasan yang betul adalah dengan memberi ganjaran kepada diri sendiri. 

    Daripada memberi ganjaran kepada diri sendiri dengan membeli sesuatu yang akan menggunakan wang simpanan, cuba cari cara percuma untuk memberi ganjaran kepada diri sendiri.

    Antara aktiviti yang boleh dilakukan secara percuma ialah meluangkan masa dengan berjalan-jalan di taman sambil melihat alam sekitar.

    1. Lakukan peraturan 30 hari

    Peraturan 30 hari ini lebih mudah daripada yang disangkakan. Sebelum anda membeli sesuatu kehendak, tunggu 30 hari untuk memastikan anda benar-benar menginginkannya. Ini akan memastikan bahawa ia bukan pembelian impulsif.

    Buat senarai apa yang mahu dibeli dalam telefon bimbit. Catat tarikh anda mula fikir mahu membeli barangan itu juga. Dengan cara ini, anda boleh memastikan sudah menunggu selama 30 hari penuh sebelum membuat keputusan untuk membelinya.

    Sekiranya dalam tempoh 30 hari itu anda masih terbayang-bayang mahu membeli barangan kehendak itu, mulakan tabung mini. Jadi, walaupun membeli barang kehendak, ia tidak dianggap pembelian impulsif kerana anda menabung terlebih dahulu sebelum mendapatkannya. – RELEVAN

    Previous ArticleSelalu rasa malas? Lakukan 5 kaedah ini untuk buang kemalasan
    Next Article Buang rasa malas dengan 8 teknik popular Jepun, produktiviti meningkat

    Artikel berkaitan

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026
    Artikel Terkini

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.