Facebook Twitter
    Trending
    • Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun
    • Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli
    • 10 cara paling salah untuk turunkan berat badan
    • Tip ketika temu duga kursus universiti
    • Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?
    • Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?
    • Jangan buang! Ini boleh dijual 
    • Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

      April 10, 2026

      Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula

      April 7, 2026

      Organ dalaman paling mudah diserang kanser

      April 6, 2026

      Lapan gelas air sehari? Ini fakta sebenar tentang keperluan air untuk tubuh

      April 6, 2026

      Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

      April 1, 2026
    • Kewangan

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026

      Cara berjimat ketika harga barang naik 

      April 2, 2026

      Persiapan kewangan untuk orang muda

      April 2, 2026
    • Pendidikan

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Kerjaya

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Pomodoro: Teknik untuk belajar dan bekerja dengan lebih fokus

    Pomodoro: Teknik untuk belajar dan bekerja dengan lebih fokus

    By KU SYAFIQ KU FOZIJanuary 9, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    TEKNIK Pomodoro membantu kita fokus ketika belajar atau membuat tugasan. - GAMBAR HIASAN/BONNIE KITTLE (Unsplash)

    DI sekeliling kita ada banyak gangguan. Ditambah dengan kemajuan teknologi, gangguan sentiasa wujud selagi telefon pintar ada di sisi.

    Untuk mengatasi gangguan yang ada bukan senang. Sudah tabiat, selang 10 atau lima minit, tangan akan capai telefon untuk memeriksa mesej atau media sosial.

    Sebenarnya, kira-kira 40 tahun lalu, penyelesaian untuk isu gangguan ketika belajar atau menyiapkan kerja ini sudah ada. Ia ditemui pakar keberkesanan dan produktiviti, Francesco Cirillo pada dekad 1980-an.

    Ilhamnya – sebuah pemasa (timer) dapur berbentuk tomato. Teknik untuk memberikan tumpuan penuh tanpa gangguan semasa bekerja atau belajar itu dinamakan sebagai Pomodoro.

    Mengenali Pomodoro

    Nama Pomodoro itu, secara harfiah, bermaksud tomato dalam bahasa Itali. Ia diambil sempena pemasa dapur milik Cirillo.

    Teknik Pomodoro menggalakkan kita untuk memecahkan tugasan kepada beberapa selang masa supaya perhatian penuh dapat diberikan kepada tugasan tersebut. 

    Selain itu, Teknik Pomodoro juga digunakan untuk mengetahui jumlah masa yang diperlukan untuk menyelesaikan satu-satu tugas.

    Oleh itu, anda memerlukan sehelai kertas (atau guna saja aplikasi nota di telefon bimbit) untuk merekodkan masa yang diambil bagi menyelesaikan satu-satu tugas, selain sebuah pemasa (juga boleh guna aplikasi di telefon).

    Langkah-langkahnya, secara asas, begini: 

    • Pilih satu tugas untuk diselesaikan
    • Tetapkan masa 25 minit untuk sepenuhnya fokus pada tugasan tersebut
    • Cukup 25 minit, tanda pada kertas untuk merekod berapa pusingan Pomodoro yang telah selesai.
    • Ambil rehat pendek selama kira-kira 5 minit.
    • Mulakan semula 25 minit yang baharu.
    • Ulang langkah sama.
    • Pada setiap empat pusingan Pomodoro, ambil rehat yang lebih lama (15 ke 30 minit).

    Fungsi Pomodoro

    Menurut laman web rasmi Teknik Pomodoro, teknik ini berguna kerana masa adalah terhad. Kesempitan masa menyebabkan kita memilih tindakan-tindakan yang kurang berkesan.

    Melalui Teknik Pomodoro, kita boleh melatih otak untuk mengenal pasti dan memerhati detik-detik ‘gelabah’ apabila kesempitan masa, seterusnya belajar cara untuk menguruskannya dengan cekap.

    Penulis tentang produktiviti dan kepemimpinan, Bryan Collins berkata, Teknik Pomodoro mempunyai dua fungsi: untuk membantu mengetepikan gangguan ketika bekerja dan untuk memahami tempoh yang diperlukan untuk menyelesaikan satu-satu tugasan.

    Sehubungan itu, bagi pelajar yang mahu menumpukan lebih perhatian mengulang kaji, – terutamanya dalam musim peperiksaan – teknik ini sangat membantu.

    Begitu juga untuk pekerja yang mahu menyelesaikan tugasan – terutamanya tugasan rutin yang membosankan – teknik ini juga membantu.

    Selepas buat lebih daripada sekali, anda akan lebih faham cara anda menyelesaikan tugasan melalui rekod yang telah diambil.

    Sebagai contoh, untuk mengulang kaji satu bab separa susah, anda memerlukan empat pusingan Pomodoro (setiap fasa fokus 25 minit dikira sebagai satu pusingan). Setelah tahu, anda sudah boleh bahagikan masa dengan lebih baik untuk ulang kaji yang seterusnya.

    Jadi fleksibel

    Walau bagaimanapun, jangan terlalu terikat dengan  masa-masa yang ditetapkan, ia sekadar panduan. 

    Kalau anda fikir masa untuk fokus terlalu sedikit, tambahkan. Kalau terlalu lama, kurangkan. Begitu juga dengan waktu rehat, sesuaikan mengikut keselesaan sendiri.

    Dr. Amrita Mandal berkata, asas idea teknik itu adalah untuk memecahkan tugasan-tugasan besar menjadi fasa kecil dengan tumpuan yang tinggi, diikuti dengan rehat untuk menenangkan minda.

    Walau berapa minit fasa tumpuan dan rehat, ia tetap akan berhasil. Cuma jangan ambil rehat yang terlalu panjang sehingga hilang fokus apabila masuk ke fasa seterusnya.

    Untuk lebih berkesan, anda boleh gunakan aplikasi yang memutuskan hubungan anda dengan dunia luar. Contohnya aplikasi yang menghalang talian internet untuk tempoh tertentu atau menggunakan fon kepala untuk mendengar muzik ambien, seperti yang dilakukan Collins.

    Ambil apa sahaja langkah untuk mencapai matlamat Teknik Pomodoro: untuk kekal fokus dalam tempoh masa tertentu dan berehat secukupnya untuk tempoh yang lain. – RELEVAN

    Previous Article5 petanda sudah capai perkembangan kerjaya
    Next Article Kadar pengangguran sepenuhnya pulih, kembali ke tahap sebelum pandemik

    Artikel berkaitan

    Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

    April 10, 2026

    Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

    April 10, 2026

    10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

    April 10, 2026

    Tip ketika temu duga kursus universiti

    April 9, 2026

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    April 9, 2026

    Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

    April 8, 2026
    Artikel Terkini

    Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

    April 10, 2026

    Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

    April 10, 2026

    10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

    April 10, 2026

    Tip ketika temu duga kursus universiti

    April 9, 2026

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    April 9, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.