Facebook Twitter
    Trending
    • Bau badan, petunjuk kesihatan yang sering diabaikan
    • Kemerdekaan dan tanggungjawab di alam maya
    • Adab dan pantang larang menggunakan Jalur Gemilang
    • Ketagih kopi? 8 golongan ini perlu elak kopi demi kesihatan
    • Memartabatkan bahasa melayu, memaknai kemerdekaan
    • 7 Makanan kegemaran ramai yang diam-diam tingkatkan kolesterol
    • Umur persaraan 65 tahun: merdeka atau terikat?
    • Cikgu marah bukan kerana benci
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bau badan, petunjuk kesihatan yang sering diabaikan

      August 18, 2025

      Ketagih kopi? 8 golongan ini perlu elak kopi demi kesihatan

      August 15, 2025

      7 Makanan kegemaran ramai yang diam-diam tingkatkan kolesterol

      August 14, 2025

      Ancaman kanser prostat, tanda awal kanser prostat dan langkah mengatasinya

      August 11, 2025

      Makin ramai sakit tetapi masih tak jaga makan

      August 7, 2025
    • Kewangan

      Merdekakan diri daripada hidup jadi hamba hutang

      August 11, 2025

      Gaji tak cukup, komitmen makin tinggi. Apa nak jadi?

      August 5, 2025

      RMK13: Beri peluang dan bantuan untuk rakyat miliki rumah sendiri

      August 1, 2025

      RMK13: Bantuan kewangan, gaji lebih tinggi dan subsidi bersasar

      July 31, 2025

      RMK13: Tiga fokus utama RMK13

      July 31, 2025
    • Pendidikan

      Kemerdekaan dan tanggungjawab di alam maya

      August 18, 2025

      Adab dan pantang larang menggunakan Jalur Gemilang

      August 18, 2025

      Memartabatkan bahasa melayu, memaknai kemerdekaan

      August 15, 2025

      Cikgu marah bukan kerana benci

      August 13, 2025

      Carilab perkenal platform digital carian makmal pertama negara

      August 13, 2025
    • Kerjaya

      Umur persaraan 65 tahun: merdeka atau terikat?

      August 14, 2025

      Merdekakan diri daripada beban kerja tak berkesudahan

      August 8, 2025

      Cara ‘tackle’ bos suka mengkritik

      July 25, 2025

      Bermula dengan skru basikal, diteruskan sebagai legasi permotoran global

      July 23, 2025

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 6.3 juta bersara dengan RM42 sebulan, ini kelemahan lain perlindungan sosial warga emas di Malaysia

    6.3 juta bersara dengan RM42 sebulan, ini kelemahan lain perlindungan sosial warga emas di Malaysia

    By November 21, 2023Updated:November 21, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PERLINDUNGAN sosial warga emas menjadi perkara mustahak apabila Malaysia menjadi negara menua bermula 2020. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    SETAKAT 30 September 2023, seramai 6.3 juta atau 48 peratus daripada ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berumur bawah 55 mempunyai baki simpanan kurang daripada RM10,000.

    Dengan simpanan tersebut, mereka dijangka hanya mempunyai pendapatan persaraan kurang daripada RM42 sebulan untuk tempoh 20 tahun.

    Data dan jangkaan itu didedahkan Kementerian Kewangan dalam Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat pada 20 November.

    Jumlah tersebut meningkat berbanding 4.7 juta atau 37 peratus yang dicatatkan pada April 2020, sebelum pengeluaran-pengeluaran khas berkaitan Covid-19 diperkenalkan.

    Data itu membuktikan kelemahan perlindungan sosial untuk warga emas di Malaysia. Ia menjadi lebih serius apabila pada 2020, Malaysia mula menjadi negara masyarakat menua dengan 2.3 juta atau tujuh peratus daripada populasi menjejak usia 65 tahun ke atas.

    Pada 2045, negara dijangka menjadi negara tua apabila populasi warga emas berkembang kepada 14 peratus dan pada 2060, ketika 20 peratus populasi berusia 65 tahun ke atas, Malaysia bakal menjadi negara supertua.

    Piawaian antarabangsa

    Beberapa siri pengeluaran khas berkaitan Covid-19 yang diberikan sebelum ini memberi kesan kepada perlindungan sosial warga emas di Malaysia. 

    Namun, bukan itu sahaja masalah yang kita ada. Masalah yang utama lebih struktural.

    Seperti yang dicatatkan dalam artikel Social Insurance Pension: Saving for retirement collectively oleh Hawati Abdul Hamid dan Puteri Marjan Megat Muzafar terbitan Insititut Penyelidikan Khazanah, peruntukan pencen di Malaysia masih banyak kekurangan, jika dinilai dengan piawaian antarabangsa.

    Ini termasuk perlindungan pendapatan asas yang membolehkan pesara “hidup dengan bermaruah”, manfaat persaraan yang sekurang-kurangnya setara dengan garis kemiskinan per kapita dan pendapatan persaraan mencukupi untuk menanggung penggunaan semasa tempoh ketidaktentuan pendapatan.

    Tiga tingkat perlindungan

    Menurut Hawati dan Puteri Marjan, peruntukan pencen untuk warga emas di Malaysia mempunyai tiga komponen.

    Pada tingkat pertama ialah peruntukan yang dibiayai cukai untuk menjamin piawaian minimum kehidupan seperti Bantuan Warga Emas. Tingkat kedua pula melibatkan akaun individu mandatori yang menyasarkan penggantian pendapatan, seperti KWSP dan pencen perkhidmatan awam.

    Tingkat terakhir, iaitu ketiga ialah simpanan persaraan sukarela seperti Skim Persaraan Swasta (PRS).

    Perlindungan tingkat pertama seperti Bantuan Warga Emas berkesan untuk memastikan golongan tertentu mendapat bantuan selepas bersara. 

    Namun, ia terhad kepada golongan yang di bawah paras kemiskinan dan tidak mempunyai sokongan keluarga. Ia tidak menyeluruh.

    Ketika ini, menurut Hawati dan Puteri Marjan, hanya 4.2 peratus warga emas dilindungi skim tersebut.

    Satu lagi perlindungan yang dibiayai cukai ialah pencen perkhidmatan awam yang menyasarkan bekas pekerja dalam perkhidmatan awam. 

    Jika kita kelompokkan penerima Bantuan Warga Emas dengan penerima pencen perkhidmatan awam, hanya 24 peratus warga emas di Malaysia dilindungi pencen gaya lama (old-age pension). Hanya satu perempat, rendah berbanding purata dunia pada satu perdua.

    Malah, simpanan persaraan mandatori seperti KWSP juga belum mencukupi, dari segi kelebaran dan kedalaman liputannya.

    Jelas Hawati dan Puteri Marjan, pada 2020, lebih separuh ahli KWSP berumur 54 tahun mempunyai kurang daripada RM50,000 dalam akaun mereka.

    “Ini kurang daripada sasaran yang ditetapkan pada 2019, iaitu RM240,000 simpanan menjelang umur 55 tahun yang memberikan RM1,000 sebulan untuk 20 tahun persaraan, selari dengan jangkaan hayat di Malaysia.

    “Malah, kadar ini jauh rendah berbanding jangkaan perbelanjaan bulanan sebanyak RM2,450 yang diperlukan seorang warga emas untuk mengekalkan kehidupan yang wajar.

    “Lebih teruk, simpanan yang sedia tidak mencukupi dikurangkan lagi sebanyak RM145 bilion melalui empat skim pengeluaran Covid-19 pada 2021 dan 2022,” katanya.

    Tengah yang hilang

    Konsep perlindungan sosial pelbagai tingkat yang dijelaskan Hawati dan Puteri Marjan boleh difahami dengan rajah di bawah.

    RAJAH OLEH INSTITUT PENYELIDIKAN KHAZANAH

    Yang dirisaukan – selain masalah-masalah yang telah dinyatakan – ialah bahagian dengan lorekan oren yang disebut sebagai ‘tengah yang hilang’.

    Jelas Hawati dan Puteri Marjan, peruntukan yang tidak menyeluruh menyebabkan wujudnya jurang tersebut, diisi golongan yang bukan sebahagian daripada skim persaraan mandatori dan tidak juga layak untuk bantuan pencen gaya lama.

    Mereka menjangkakan pada 2019, terdapat 60 peratus individu dalam umur bekerja yang berada dalam jurang tersebut.

    “Kebanyakan individu ini perlu bergantung kepada simpanan peribadi dan aset, atau warisan keluarga untuk terus hidup selepas persaraan.

    “Bagaimanapun, kadar kesuburan yang menurun, saiz isi rumah yang mengecil, jumlah isi rumah pelbagai generasi yang berkurang dan peningkatan kos hidup serta hutang isi rumah menandakan masa hadapan yang mana perlindungan pendapatan kurang bergantung kepada warisan keluarga,” katanya. – RELEVAN

    featured Institut Penyelidikan Khazanah kewangan kwsp pencen perlindungan sosial

    Artikel berkaitan

    Bau badan, petunjuk kesihatan yang sering diabaikan

    August 18, 2025

    Kemerdekaan dan tanggungjawab di alam maya

    August 18, 2025

    Adab dan pantang larang menggunakan Jalur Gemilang

    August 18, 2025

    Ketagih kopi? 8 golongan ini perlu elak kopi demi kesihatan

    August 15, 2025

    Memartabatkan bahasa melayu, memaknai kemerdekaan

    August 15, 2025

    7 Makanan kegemaran ramai yang diam-diam tingkatkan kolesterol

    August 14, 2025
    Artikel Terkini

    Bau badan, petunjuk kesihatan yang sering diabaikan

    August 18, 2025

    Kemerdekaan dan tanggungjawab di alam maya

    August 18, 2025

    Adab dan pantang larang menggunakan Jalur Gemilang

    August 18, 2025

    Ketagih kopi? 8 golongan ini perlu elak kopi demi kesihatan

    August 15, 2025

    Memartabatkan bahasa melayu, memaknai kemerdekaan

    August 15, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.