Facebook Twitter
    Trending
    • Cara elak duit habis sebelum masanya
    • Tahi mata sebagai pelindung mata senyap
    • Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat
    • Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini
    • Senjata baru penipu siber bernama AI
    • Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16
    • Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini
    • Usah kecewa, cuba lagi tahun mendatang
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

      December 19, 2025

      Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

      December 19, 2025

      Kesan negatif penyedut minuman

      December 15, 2025

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025

      Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

      December 11, 2025
    • Kewangan

      Cara elak duit habis sebelum masanya

      December 22, 2025

      Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

      December 18, 2025

      Senjata baru penipu siber bernama AI

      December 18, 2025

      5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia

      December 16, 2025

      Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

      December 15, 2025
    • Pendidikan

      Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

      December 17, 2025

      7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

      December 16, 2025

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025
    • Kerjaya

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Ekonomi Malaysia berkembang 3.3% pada suku ketiga, dijangka capai 4% sepanjang tahun

    Ekonomi Malaysia berkembang 3.3% pada suku ketiga, dijangka capai 4% sepanjang tahun

    By November 17, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    EKONOMI Malaysia berkembang 3.3 peratus pada suku ketiga 2023, meningkat berbanding 2.9 peratus pada suku sebelumnya.

    Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), pertumbuhan tersebut disokong permintaan dalam negeri yang berdaya tahan manakala perbelanjaan isi rumah terus disokong oleh pertumbuhan selanjutnya dari segi guna tenaga dan upah.

    Kata bank pusat itu, aktiviti pelaburan pula disokong kemajuan projek berbilang tahun dan pengembangan kapasiti oleh syarikat.

    “Eksport lembap berikutan kelemahan permintaan luaran yang berpanjangan.

    “Walau bagaimanapun, keadaan ini sebahagiannya diimbangi kemasukan pelancong asing yang kembali pulih,” katanya dalam kenyataan pada 17 Oktober.

    Jelas BNM, dari segi penawaran, sektor perkhidmatan, pembinaan dan pertanian terus menyokong pertumbuhan yang sebahagiannya diimbangi penurunan pengeluaran dalam sektor perkilangan disebabkan permintaan yang lemah terhadap produk elektrik dan elektronik serta pengeluaran produk petroleum bertapis yang rendah.

    “Pada asas suku tahunan terlaras secara bermusim, ekonomi berkembang sebanyak 2.6 peratus berbanding 1.5 peratus pada suku kedua 2023.

    “Secara keseluruhannya, ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 3.9 peratus pada tiga suku pertama 2023,” jelasnya.

    Jangkaan masa hadapan

    Menurut Gabenor BNM, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour, walaupun dalam persekitaran ekonomi global yang mencabar, ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang sekitar empat peratus pada 2023 dan empat hingga lima peratus pada 2024.

    Kata beliau, pertumbuhan akan terus didorong oleh permintaan dalam negeri yang berkembang berikutan prospek pekerjaan dan pendapatan yang stabil, terutamanya dalam sektor berorientasikan dalam negeri.

    “Prestasi pertumbuhan ini bersama-sama dengan perkembangan ekonomi menggalakkan yang lain akan memberikan sokongan kepada ringgit,” katanya.

    Pada masa hadapan, ketibaan dan perbelanjaan pelancong dijangka terus bertambah baik manakala pelaburan akan disokong kemajuan selanjutnya dalam projek infrastruktur berbilang tahun dan pelaksanaan inisiatif pemangkin.

    Jelas BNM, langkah-langkah di bawah Belanjawan 2024 juga akan memberikan dorongan tambahan kepada kegiatan ekonomi.

    “Prospek pertumbuhan terus cenderung ke arah risiko pertumbuhan menjadi lebih perlahan yang berpunca terutamanya daripada permintaan luar yang lebih lemah daripada jangkaan serta penurunan pengeluaran komoditi yang lebih besar dan berpanjangan.

    “Walau bagaimanapun, wujud faktor yang mungkin menyebabkan pertumbuhan menjadi lebih tinggi, iaitu aktiviti pelancongan yang lebih giat daripada jangkaan, permintaan dalam sektor elektrik dan elektronik yang pulih dengan lebih kukuh serta pelaksanaan projek pelaburan sedia ada dan baharu yang lebih pantas,” katanya.

    Inflasi

    Menurut BNM, inflasi keseluruhan pada suku ketiga terus menurun kepada dua peratus, berbanding 2.8 peratus pada suku sebelumnya. Penurunan turut dicatatkan oleh kedua-dua inflasi teras dan bukan teras.

    Katanya, bagi inflasi bukan teras, penurunannya disumbangkan makanan segar dan bahan api.

    “Inflasi teras terus menurun kepada 2.5 peratus berbanding 3.4 peratus pada suku kedua tetapi kekal melebihi purata jangka panjang 2011 hingga 2019, iaitu dua peratus. 

    “Inflasi teras yang menurun sebahagian besarnya disumbangkan oleh perkhidmatan terpilih termasuk makanan di luar rumah, perbelanjaan di restoran dan kafe serta pembaikan dan penyelenggaraan pengangkutan persendirian.

    “Rebakan inflasi berkurang apabila bahagian item Indeks Harga Pengguna (IHP) yang mencatatkan kenaikan harga bulanan menurun kepada 40.8 peratus pada suku ketiga, iaitu dibawah purata jangka panjang suku ketiga 2011 hingga 2019 sebanyak 44.5 peratus,” jelasnya.

    Penurunan inflasi keseluruhan sepanjang 2023 dijangka berterusan untuk baki tahun ini.

    Jelas BNM, secara menyeluruh, inflasi keseluruhan dijangka berpurata antara 2.5 peratus hingga tiga peratus pada 2023.

    “Pada masa hadapan, risiko terhadap prospek inflasi kekal sangat bergantung pada perubahan dasar dalam negeri mengenai subsidi dan kawalan harga serta harga komoditi global dan perkembangan pasaran kewangan,” katanya. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Cara elak duit habis sebelum masanya

    December 22, 2025

    Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

    December 19, 2025

    Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

    December 19, 2025

    Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

    December 18, 2025

    Senjata baru penipu siber bernama AI

    December 18, 2025

    Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

    December 17, 2025
    Artikel Terkini

    Cara elak duit habis sebelum masanya

    December 22, 2025

    Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

    December 19, 2025

    Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

    December 19, 2025

    Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

    December 18, 2025

    Senjata baru penipu siber bernama AI

    December 18, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.