Facebook Twitter
    Trending
    • Kubis goreng boleh mengundang kanser?
    • 8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi
    • 5 tabiat pagi yang merosakkan otak
    • 4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah
    • Fenomena alam luar biasa sepanjang bulan ini
    • Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya
    • Rasa diri ketinggalan di belakang?
    • Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kubis goreng boleh mengundang kanser?

      February 5, 2026

      5 tabiat pagi yang merosakkan otak

      February 4, 2026

      4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

      February 4, 2026

      Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

      February 2, 2026

      Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

      January 30, 2026
    • Kewangan

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026
    • Pendidikan

      Fenomena alam luar biasa sepanjang bulan ini

      February 4, 2026

      Jangan cas telefon sebelah bantal!

      February 2, 2026

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026
    • Kerjaya

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Venir untuk gigi lebih putih dan rapi

    Venir untuk gigi lebih putih dan rapi

    By Umi FatehahNovember 16, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Venir untuk gigi lebih putih dan rapi. - GAMBAR HIASAN

    MUTAKHIR ini, nampaknya persepsi kita terhadap kesihatan dan kecantikan pergigian telah berubah. Semakin ramai yang impikan barisan senyuman yang sempurna dan berkilau seperti dalam iklan ubat gigi.

    Perkembangan ilmu dan teknologi dalam bidang perubatan gigi telah memberikan kita peluang untuk menaik taraf kesihatan dan penampilan gigi. Salah satunya ialah melalui pemakaian venir (veneer).

    DR. Yasmin Lukman

    Menurut seorang doktor gigi dari Klinik Pergigian Humaira Plus dan Persada Dental, Dr. Yasmin Lukman, venir merupakan satu lapisan nipis bahan pemulihan yang ditampal pada bahagian hadapan gigi asal.

    Estetika gigi

    “Ia adalah kaedah konservatif untuk meningkatkan estetika gigi dari segi susunan barisan gigi yang lebih rapi dan warna yang lebih putih. Ia juga berfungsi untuk melindungi permukaan gigi yang rosak.

    “Terdapat dua jenis venir
    iaitu komposit dan porselin, juga dikenali sebagai seramik. Venir jenis komposit ditampal secara langsung ke atas permukaan gigi.

     

    “Manakala venir seramik dibuat oleh juruteknik pergigian di makmal pergigian,” jelas beliau.

    Tambahnya, ramai yang lebih memilih venir jenis seramik kerana ia lebih cantik dan kemas. Pesakit juga bebas memilih reka bentuk yang diinginkan.

    Sebagai contoh, pesakit bebas memilih sama ada mahu mencantikkan bentuk gigi taringnya atau mengubah bentuk gigi taring tersebut.

    Prosedur pemasangan venir

    Menurut Yasmin, pertama sekali doktor gigi akan memeriksa keadaan gigi terlebih dahulu sebelum meneruskan pemakaian venir.

    “Sekiranya ada apa-apa bahagian gigi yang mengalami kerosakan seperti berlubang dan sebagaianya, semua itu perlu diperbaiki terlebih dahulu. Jika tiada kerosakan, doktor gigi akan terus mencuci gigi dan bersedia untuk pemakaian venir.

    “Doktor gigi juga mungkin perlu menghakis lapisan nipis enamel untuk membantu bahan penampalan boleh melekat pada gigi. Namun, tidak semua orang perlu melakukan prosedur ini, terpulang kepada keadaan gigi masing-masing.

    “Perlu diingatkan, sekiranya enamel gigi perlu dihakis (dengan nipis), anda mungkin akan mengalami sensitiviti terhadap makanan sejuk atau panas dan sebagainya. Tetapi jangan risau, ia adalah perkara yang normal dan rasa sensitif itu tidaklah terlalu ketara,” tambahnya.

    Bagi yang berminat untuk memakai venir perkara utama yang perlu ada tahu ialah kos. Dedah Yasmin, anggaran kos untuk membuat venir ialah lingkungan RM1,000 per gigi.

    Kebiasaannya, orang ramai akan membuat venir untuk gigi hadapan sahaja. Tetapi sekiranya anda mempunyai bajet yang berlebihan, boleh membuat venir untuk empat atau enam gigi hadapan bahagian atas dan bawah juga sudah cukup memadai.

    “Paling penting, pastikan anda mendapatkan khidmat doktor gigi, bukan beautician yang menawarkan harga murah. Ada pelbagai potensi untuk mendapat komplikasi sekiranya anda membuat venir dengan individu lain selain doktor gigi yang bertauliah,” pesannya.

    Rutin penjagaan venir

    Menurut Yasmin, rutin penjagaan venir sama sahaja seperti gigi biasa. Untuk gigi biasa, pakar menyarankan untuk kita berjumpa dengan doktor gigi setiap enam bulan sekali untuk scaling dan rawatan gigi yang lain, sama juga seperti venir.

    Pesakit perlu datang setiap enam bulan sekali untuk pembersihan, pembaik bulih sekiranya ada venir yang retak, pecah dan sebagainya.

    Kongsi Yasmi, apabila memakai venir, pemakanan juga perlu dijaga. Seeloknya elakkan makan atau gigit makanan yang keras seperti ketam, kunyah ais dan menggigit epal.

    Selain memberus gigi dua kali sehari, anda juga disarankan untuk floss bagi membersihkan setiap sisa makanan yang mungkin tersangkut di celah-celah venir. Sekiranya dibiarkan, sisa makanan tersebut berpotensi untuk menyebabkan venir berlubang.

    Sekiranya dijaga dengan betul, venir jenis komposit akan bertahan kira-kira lima tahun. Manakala venir jenis seramik akan bertahan kira-kira 10 tahun. – RELEVAN

    Previous Article5 kesalahan yang biasa dilakukan ketika menurunkan berat badan
    Next Article Mahu cantik, jangan sampai obses

    Artikel berkaitan

    Kubis goreng boleh mengundang kanser?

    February 5, 2026

    8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

    February 5, 2026

    5 tabiat pagi yang merosakkan otak

    February 4, 2026

    4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

    February 4, 2026

    Fenomena alam luar biasa sepanjang bulan ini

    February 4, 2026

    Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

    February 3, 2026
    Artikel Terkini

    Kubis goreng boleh mengundang kanser?

    February 5, 2026

    8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

    February 5, 2026

    5 tabiat pagi yang merosakkan otak

    February 4, 2026

    4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

    February 4, 2026

    Fenomena alam luar biasa sepanjang bulan ini

    February 4, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.