Facebook Twitter
    Trending
    • Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya
    • ‘Craving’ sesuatu? Ini petanda yang perlu diberi perhatian
    • Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini
    • Cara detoks badan selepas pesta makan Aidiladha
    • Manfaat daging korban dan cara menikmatinya dengan selamat
    • Foundayo: Pil kurus sekali sehari keluaran Eli Lilly dapat kelulusan FDA
    • 5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian
    • Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      ‘Craving’ sesuatu? Ini petanda yang perlu diberi perhatian

      May 28, 2026

      Cara detoks badan selepas pesta makan Aidiladha

      May 27, 2026

      Manfaat daging korban dan cara menikmatinya dengan selamat

      May 26, 2026

      Foundayo: Pil kurus sekali sehari keluaran Eli Lilly dapat kelulusan FDA

      May 26, 2026

      Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti

      May 22, 2026
    • Kewangan

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026

      Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu

      May 6, 2026
    • Pendidikan

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026

      10 pusat beli-belah terbesar Malaysia, salah satunya paling besar serantau ASEAN

      May 18, 2026

      Guru bukan pengganti ibu bapa

      May 15, 2026

      10 menara tertinggi di dunia, Malaysia di tangga kedua

      May 12, 2026
    • Kerjaya

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026

      Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

      May 20, 2026

      Tunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar

      May 19, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 15 bentuk sokongan yang senior boleh beri kepada junior

    15 bentuk sokongan yang senior boleh beri kepada junior

    By KU SYAFIQ KU FOZIOctober 24, 20235 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    BANYAK kelebihan dapat dijana jika senior dengan junior bekerjasama dengan baik. - GAMBAR HIASAN/ANDREA PIACQUADIO (Pexels)

    PERJALANAN kerjaya akan menjadi berganda mudah apabila persekitaran pejabat cukup selesa dan menyenangkan, termasuk dari segi hubungan dengan rakan sekerja.

    Ada masa, hubungan kerja menjadi kekok dan tegang, sebahagiannya kerana perselisihan generasi. Pekerja senior ada ego, pekerja junior ada degilnya sendiri.

    Jika hubungannya damai, banyak kelebihan boleh diperoleh daripada dinamik pekerja senior dan junior. Yang senior boleh jadi mentor dan yang junior membantu pekerja lain menghadapi peredaran zaman.

    Sehubungan itu, Relevan ingin membantu anda membaja hubungan damai antara senior-junior di pejabat. Kami kongsikan 15 bentuk sokongan yang boleh diberikan seorang senior kepada junior, menurut 15 ahli Majlis Jurulatih Forbes. 

    • Fahami nilai dan wawasan

    Seorang pemimpin perlu mengutamakan kefahaman terhadap nilai teras dan wawasan setiap individu dalam pasukannya, kata Chris Yonker dari CJY Enterprises.

    Kata beliau, dengan kefahaman itu, pemimpin atau senior boleh mengikat nilai dan wawasan pekerja dengan wawasan syarikat, seterusnya membantu mereka terus maju dalam syarikat.

    • Pastikan suara didengari

    Pekerja baharu biasanya takut nak bersuara. Sebagai senior, galakkan mereka untuk bersuara dan dengari idea mereka. Jangan terus dipangkah apa-apa pendapat.

    Jangan jadi bossy dengan menentukan apa yang mereka patut fikir, sebaliknya kembangkan idea mereka dengan soalan-soalan. Paling penting, kata Lisa Christen dari Christen Coaching & Consulting, lihat mereka sebagai penyumbang berharga dalam pasukan.

    • Selalu berbincang

    Dari awal berjumpa, kata Emily Kapit dari ReFresh Your Step, selalu adakah perbincangan dengan pekerja junior. Tanya mereka: apa kemahiran yang mahu dikembangkan, apa projek yang mahu ditumpu dan sebagainya.

    Sejak awal, tetapkan jangkaan yang jelas dan buat perjumpaan berkala; mungkin dua minggu sekali atau setiap bulan.

    • Beri hormat

    Jangan mudah memandang rendah kepada pekerja baharu. Mereka, seperti pekerja lain, layak diberikan penghormatan.

    Menurut Gregg Ward dari The Gregg Ward Group, hormat juga ciri penting untuk membentuk hubungan. Maka, layan junior anda dengan hormat.

    • Izinkan mereka buat salah

    Pesan Shelley Willingham, beri peluang kepada pekerja baharu untuk buat silap. Hargai idea dan pandangan mereka, buat mereka rasa didengari dan bekalkan peluang untuk mereka berkembang.

    Jangan biar junior rasa takut kena marah.

    • Berikan tugas yang bermakna

    Idea dari pekerja baharu boleh mencabar cara dan budaya kerja sedia ada di syarikat secara positif. Maka jangan perkecilkan kemampuan mereka semata-mata kerana mereka kurang pengalaman.

    Kata Ruchi Motial-Suri dari Success Culture, beri mereka peluang dan libatkan mereka dalam pasukan. Caranya: beri tugas yang bermakna dan penting.

    • Buat program pementoran

    Cha Tekeli dari Chalamode mencadangkan program pementoran dalam organisasi. Lantik senior yang berpengalaman untuk menjadi mentor kepada pekerja baharu.

    Ini supaya pekerja baharu ada individu yang boleh dijadikan rujukan, untuk mereka bertanya soalan dan berbincang. Mentor pula perlu selalu bertanya keadaan mentee dan bantu mereka dengan cara yang sesuai.

    • Jangan curi kredit

    Ini perbuatan bacul. Sebagai senior dan pemimpin, kita ada akses kepada hasil kerja pekerja bawahan tetapi jangan ambil kesempatan dengan mencuri idea mereka dan ambil kredit untuk diri sendiri.

    Senior yang baik akan mengiktiraf idea dan hasil kerja pekerja lain dan membantu mereka mendaki tangga kerjaya yang lebih tinggi.

    • Minta pandangan junior

    Walaupun berpengalaman, tak semua perkara kita tahu. Jangan segan minta bantuan dan pandangan junior, dan minta pandangan dengan beradab. 

    Begitu juga dengan cara kita memberi respons. Menurut Erica McCurdy dari McCurdy Solutions Group, kebiasaannya junior akan gementar dengan respons kita terhadap idea mereka, maka responslah dengan baik.

    • Percaya dan jangkakan yang terbaik

    Jadi penginspirasi yang baik. Kata Rebecca Lea Ray dari The Conference Board, jangan pernah memandang rendah keupayaan anda untuk menginspirasi orang lain.

    Beri panduan dan sokong pekerja junior untuk hasilkan sesuatu yang signifikan dan memberi impak. Ia akan memberi keyakinan untuk mereka menghasilkan perkara penting lain selepas itu – sesuatu yang penting untuk mereka yang di awal kerjaya.

    • Fahami pengiktirafan yang dimahukan

    Tak semua pekerja gembira dengan sekotak pizza sebagai penghargaan. Pekerja senior atau pemimpin perlu faham apa bentuk pengiktirafan yang dimahukan pekerja baharu.

    Ada yang boleh dimotivasi dengan wang, dengan prestij, dengan tanggungjawab atau dengan perhatian. Pesan Kate Peters dari Bright Voyage Leadership, ketahui bagaimana pekerja mahu diiktiraf.

    • Nyatakan kekuatan dan kemampuan

    Pekerja baharu biasanya masih keliru dengan kekuatan sendiri. Senior atau pemimpin yang baik boleh bantu mereka dengan menyatakan kekuatan serta kemampuan mereka.

    Christian Muntean dari Vantage Consulting berkata, senior atau pemimpin boleh gambarkan potensi pekerja baharu yang belum mereka sendiri sedari.

    • Buka jalan untuk menumbuh

    Menurut Dave Ursillo dari Lead Without Followers, pekerja yang lebih muda telah ditanam dengan jangkaan tertentu oleh masyarakat, memberikan mereka kelebihan yang besar dan rasa tanggungjawab untuk mencipta perubahan yang sihat dan positif kepada dunia.

    Senior yang baik akan membuka jalan untuk pertumbuhan dan perkembangan mereka, baik dalam atau luar kerjaya. Ini akan memperkasa mereka untuk menemui makna peribadi yang mendalam terhadap tugas mereka.

    • Berbual tentang kerjaya

    Jangan canggung untuk berbual tentang kerjaya dengan pekerja baharu. Ini dapat membantu anda mempelajari minat mereka dan mereka pula dapat mengetahui peluang-peluang yang ada dalam organisasi.

    Kata Kathy Bernhard dari KFB Leadership Solutions, ini bukan cara untuk membina hubungan, malah strategi untuk mengekalkan bakat yang baik dalam syarikat. 

    • Mentor kilas

    Bukan senior saja boleh menjadi mentor kepada junior, yang sebaliknya juga boleh berlaku, terutamanya dalam perkara-perkara melibatkan ilmu baharu.

    Peluang untuk mentor kilas (reverse-mentor), menurut Arthi Rabikrisson dari Prerna Advisory, boleh melonjakkan keyakinan dan rasa didengari dalam kalangan pekerja baharu. Ia juga peluang untuk senior dan pemimpin mencermin diri dan mengambil tindakan yang bersesuaian. – RELEVAN

    Previous ArticlePerbandingan kos pengajian di 4 buah negara
    Next Article Kenal pasti perbezaan penat dan keletihan, jangan ambil ringan gejala ini

    Artikel berkaitan

    Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

    May 29, 2026

    ‘Craving’ sesuatu? Ini petanda yang perlu diberi perhatian

    May 28, 2026

    Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

    May 28, 2026

    Cara detoks badan selepas pesta makan Aidiladha

    May 27, 2026

    Manfaat daging korban dan cara menikmatinya dengan selamat

    May 26, 2026

    Foundayo: Pil kurus sekali sehari keluaran Eli Lilly dapat kelulusan FDA

    May 26, 2026
    Artikel Terkini

    Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

    May 29, 2026

    ‘Craving’ sesuatu? Ini petanda yang perlu diberi perhatian

    May 28, 2026

    Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

    May 28, 2026

    Cara detoks badan selepas pesta makan Aidiladha

    May 27, 2026

    Manfaat daging korban dan cara menikmatinya dengan selamat

    May 26, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.