Facebook Twitter
    Trending
    • Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun
    • Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli
    • 10 cara paling salah untuk turunkan berat badan
    • Tip ketika temu duga kursus universiti
    • Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?
    • Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?
    • Jangan buang! Ini boleh dijual 
    • Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

      April 10, 2026

      Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula

      April 7, 2026

      Organ dalaman paling mudah diserang kanser

      April 6, 2026

      Lapan gelas air sehari? Ini fakta sebenar tentang keperluan air untuk tubuh

      April 6, 2026

      Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

      April 1, 2026
    • Kewangan

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026

      Cara berjimat ketika harga barang naik 

      April 2, 2026

      Persiapan kewangan untuk orang muda

      April 2, 2026
    • Pendidikan

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Kerjaya

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Belanjawan 2024: Peluang pekerjaan diperluas, kebajikan pekerja diberi perhatian

    Belanjawan 2024: Peluang pekerjaan diperluas, kebajikan pekerja diberi perhatian

    By Zubaidah IbrahimOctober 14, 2023Updated:October 16, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KADAR pengangguran berjaya turun kepada kadar 3.4 peratus setakat Ogos 2023 iaitu terendah hampir menyamai kadar sebelum COVID-19 (3.3 peratus).- GAMBAR HIASAN/IQBAL HAMDAN/KOSMO

    BELANJAWAN MADANI Kedua menghamparkan tekad dan kesungguhan Kerajaan Perpaduan dalam memaknai sebuah cetusan nurani bagi mengangkat darjat harakat ekonomi negara dan rakyat.

    Salah satu perkembangan positif itu dapat dilihat dalam sektor pekerjaan apabila kadar pengangguran berjaya turun kepada kadar 3.4 peratus setakat Ogos 2023 iaitu terendah hampir menyamai kadar sebelum COVID-19 (3.3 peratus).

    Berikut Relevan senaraikan 11 inisiatif berkaitan pekerjaan seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2024.

    1. Lantikan MySTEP

    Kerajaan bersetuju untuk semua lantikan MySTEP disediakan tawaran mengikuti program peningkatan kemahiran di bawah platform MyFutureJobs.

    MyFutureJobs juga akan membuat padanan pekerjaan kepada mereka untuk membina kerjaya masa depan dan meraih pendapatan yang lebih tinggi.

    Inisiatif ini akan menawarkan 50 ribu peluang pekerjaan secara kontrak dalam sektor awam dan Syarikat Berkaitan Kerajaan atau GLC bermula Januari 2024.

    2. Menggaji OKU, bekas banduan dan warga emas

    Kerajaan akan terus menggalakkan golongan mudah terjejas seperti Orang Kelainan Upaya (OKU), bekas banduan dan warga emas mendapat pekerjaan dengan gaji bermakna dengan menggerakkan langkah berikut:

    • Bagi menggalakkan majikan swasta menggaji golongan rentan, PERKESO akan menyediakan insentif khas sebanyak RM1,500 sebulan selama enam bulan untuk menyokong kemasukan lebih 3,300 pencari kerja dengan peruntukan RM30 juta ringgit.
    • Dasar 1 Peratus Peluang Pekerjaan kepada OKU akan diperluas kepada golongan bekas banduan dan warga emas melalui padanan pekerjaan MYFutureJobs dan program MySTEP. 
    • Golongan rentan yang mengikuti MySTEP akan ditawarkan penempatan secara kontrak dengan elaun RM1,500 ringgit untuk tempoh enam bulan di pelbagai kementerian, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan GLC serta rakan strategik Kerajaan.

    3. Program PEKA (Peluang Kedua Anda)

    Program PEKA (Peluang Kedua Anda) oleh Jabatan Penjara telah berjaya menyediakan peluang pekerjaan kepada para pesalah yang mengakhiri tempoh hukuman.

    Tahun hadapan, selain meneruskan kerjasama dengan syarikat untuk menjayakan program PEKA, sebanyak RM10 juta turut disediakan bagi melaksanakan Program PEKA TVET untuk menyediakan latihan kompetensi yang diakreditasi oleh CIDB kepada para pesalah.

    4. PROTEGE-RTW

    Kerajaan akan terus menggiatkan inisiatif PROTEGE-RTW yang merupakan penempatan latihan pekerjaan dengan kerjasama syarikat penerima kontrak kerajaan dan meluaskan skop kepada golongan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di bawah kontrak yang dimeterai oleh Kementerian Pertahanan.

    5. Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera

    Sejak dilaksanakan, Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) telah melahirkan lebih 7,000 usahawan belia Bumiputera dan mewujudkan hampir 14 ribu peluang pekerjaan.

    Program ini akan diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM20 juta. Skim TEKUN Belia Mobilepreneur turut diteruskan dengan peruntukan RM10 juta bagi membiayai modal anak muda terlibat dalam perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal.

    6. Latihan untuk pekerja tidak formal

    Kerajaan akan meneruskan Program Bina Kerjaya PERKESO bagi memastikan pekerja tidak formal khususnya yang terlibat dalam ekonomi gig mempunyai peluang mengikuti program pembangunan kerjaya dan latihan kemahiran microcredential. 

    Sebanyak RM35 juta disediakan antaranya, untuk membiayai yuran latihan dan insentif gantian pendapatan kepada 9,000 pekerja gig yang menghadiri program latihan.

    7. Academy in Industry

    Program Academy in Industry akan dilaksanakan untuk menyediakan kemahiran sambil bekerja dalam tempoh
    sehingga 18 bulan dengan peruntukan RM70 juta.

    8. Siling gaji bulanan

    Selanjutnya, kerajaan juga akan meningkatkan siling gaji bulanan bagi caruman PERKESO daripada RM5,000 kepada RM6,000. Peningkatan ini akan meningkatkan faedah tunai pada kadar 20.2 peratus untuk manfaat 1.45 juta pekerja dan orang tanggungan mereka.

    9. Skim Ex-Gratia Bencana Kerja ditambah baik

    Bagi memastikan nasib penjawat awam terbela, kerajaan bersetuju supaya liputan Skim Ex-Gratia Bencana Kerja ditambah baik dan had siling gaji ditingkatkan daripada RM4,000 ringgit kepada RM6,000 ringgit selaras dengan pindaan Skim PERKESO bagi sektor swasta. 

    Kenaikan had siling gaji ini membolehkan kadar bayaran faedah di bawah Skim Ex-Gratia Bencana Kerja meningkat sehingga 50 peratus atau sekitar RM1.6 juta. Dengan kata lain, penjawat awam atau waris akan menikmati tuntutan pampasan yang lebih tinggi sekiranya berlaku kemalangan semasa bertugas

    10. Skim gaji dan elaun tetap penjawat awam

    Kerajaan sedang menyemak semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam yang kali terakhir dilaksanakan pada tahun 2012. Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) ini akan meneliti keperluan semua skim perkhidmatan dan dijangka akan dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan.

    Kerajaan bersetuju untuk memberi Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 ringgit kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak dan RM1,000 kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam melibatkan semua termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.

    11. Insentif untuk pesara kerajaan

    Bayaran Insentif RM1,000 turut dipanjangkan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen. Bayaran ini akan dibuat secara sekali gus, pada akhir Februari 2024 bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal.

    – RELEVAN

    Previous ArticleBelanjawan 2024: Cukai perkhidmatan meningkat, cukai keuntungan modal diperkenal
    Next Article 8 inisiatif kerajaan tingkatkan kualiti hidup rakyat

    Artikel berkaitan

    Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

    April 10, 2026

    Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

    April 10, 2026

    10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

    April 10, 2026

    Tip ketika temu duga kursus universiti

    April 9, 2026

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    April 9, 2026

    Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

    April 8, 2026
    Artikel Terkini

    Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

    April 10, 2026

    Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

    April 10, 2026

    10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

    April 10, 2026

    Tip ketika temu duga kursus universiti

    April 9, 2026

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    April 9, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.