Facebook Twitter
    Trending
    • Hibah vs faraid? Fahami perbezaannya demi kesejahteraan keluarga
    • Urus pusaka tanpa tekanan
    • Guru bukan pembantu peribadi anak
    • Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia
    • Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh
    • Gaji hampir RM4,000 tetapi masih tak cukup, salah ekonomi atau gaya hidup?
    • ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda
    • Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025

      Bukan semua pewangi selamat, ini risiko yang anda perlu tahu

      April 17, 2025

      Kenapa masih penat walaupun dah tidur 8 jam? Ini penjelasannya

      April 14, 2025

      ‘Healing’ tak semestinya melancong, ini 5 aktiviti lain yang anda boleh buat

      April 10, 2025
    • Kewangan

      Hibah vs faraid? Fahami perbezaannya demi kesejahteraan keluarga

      May 19, 2025

      Urus pusaka tanpa tekanan

      May 19, 2025

      Gaji hampir RM4,000 tetapi masih tak cukup, salah ekonomi atau gaya hidup?

      May 12, 2025

      Apa itu tarif dan kesannya kepada pengguna

      April 11, 2025

      Raya dah habis, dompet pun nipis, ini 7 cara untuk kembali stabil

      April 7, 2025
    • Pendidikan

      Guru bukan pembantu peribadi anak

      May 16, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Jangan ikut kawan, pilih jurusan sesuai dengan minat

      April 28, 2025

      Kecewa dengan keputusan SPM 2024? Semak semula dengan cara ini

      April 24, 2025

      Syarat dan cara memohon patching sijil SPM

      April 24, 2025
    • Kerjaya

      Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia

      May 14, 2025

      Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh

      May 13, 2025

      ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda

      May 12, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja

      May 2, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Hampir 28,000 unit rumah tidak terjual, ini faktor-faktornya

    Hampir 28,000 unit rumah tidak terjual, ini faktor-faktornya

    By KU SYAFIQ KU FOZISeptember 13, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    RUMAH pangsapuri atau kondominium antara yang kurang mendapat permintaan pengguna. - GAMBAR HIASAN/ALEX BLOCK (Unsplash)

    ISU berkenaan perumahan sering diutarakan namun sehingga kini, belum ada penyelesaian tuntas dapat dijelmakan.

    Isunya bukan sekadar tentang kepayahan rakyat membeli rumah, malah kesukaran syarikat pemaju menjual rumah sehingga berlaku lambakan unit rumah yang tidak terjual.

    Laporan Tahunan Pasaran Hartanah 2022 oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Kebangsaan (NAPIC) mendedahkan terdapat 27,746 unit rumah tidak terjual pada 2022 yang keseluruhannya bernilai RM18.41 bilion.

    Bagaimana ketika orang ramai sukar untuk membeli rumah (maknanya permintaan ada), boleh wujud sebegitu banyak unit rumah yang tidak terjual?

    Sebahagian jawapannya ada dalam artikel pandangan oleh penyelidik Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), Theebalakshmi Kunasekaran. Relevan ringkaskan untuk anda.

    Banyak rumah mahal

    Menurut Theebalakshmi dalam artikel yang bertajuk Curbing Overhang dan Vacancy: The Case for a Vacancy Tax in Malaysia, kebanyakan unit yang tidak terjual adalah yang berharga mahal.

    Data daripada NAPIC dan perkiraannya menunjukkan, 76.5 peratus daripada keseluruhan jumlah unit tidak terjual merupakan yang berharga RM300,000 ke atas. Daripada jumlah itu, yang tertinggi ialah rumah dengan harga RM300,000 hingga RM500,000, iaitu sebanyak 43.2 peratus atau 11,988 unit.

    SUMBER: Curbing Overhang dan Vacancy: The Case for a Vacancy Tax in Malaysia, Institut Penyelidikan Khazanah

    Pada 2022, rumah yang paling banyak terjual adalah dalam julat harga RM300,000 dan ke bawah, iaitu sebanyak 135,616 unit atau 55.8 peratus. 

    Rumah dalam julat harga itu juga yang paling sedikit peratus unit tidak terjualnya, iaitu 4.6 peratus atau 6,509 unit. Untuk rumah berhara RM500,000 sehingga RM1 juta dan RM1 juta ke atas, walaupun jumlah lebih sedikit, peratusnya lebih besar.

    SUMBER: Curbing Overhang dan Vacancy: The Case for a Vacancy Tax in Malaysia, Institut Penyelidikan Khazanah

    Menurut Theebalakshmi, data-data tersebut menunjukkan bahawa terdapat permintaan yang tinggi untuk rumah mampu milik. Ia sekali gus memberi cabaran kepada pemaju rumah berharga tinggi untuk mendapatkan pembeli.

    Kurang minat, kurang beli

    Antara punca terlalu banyak unit rumah yang tidak dibeli ialah ketidaksepadanan penawaran dengan permintaan. 

    Theebalakshmi berkata, ia berlaku apabila pemaju tidak membuat analisis yang mencukupi terhadap permintaan pasaran, menyebabkan mereka menawarkan rumah yang tidak menepati kemahuan pembeli, baik dari segi saiz, reka bentuk atau kemudahan.

    Menurut beliau, data daripada NAPIC menunjukkan hampir dua pertiga daripada unit berharga RM300,000 ke atas yang tidak terjual merupakan unit jenis pangsapuri atau kondominium. Ini menunjukkan minat yang kurang dalam kalangan pembeli terhadap kediaman jenis itu.

    “Ada kemungkinan juga rumah-rumah dalam kategori mampu milik masih tidak terjual kepada lokasi yang tidak digemari atau akses terhadap kemudahan utama yang kurang.

    “Hartanah yang terletak jauh dari pusat bandar, tempat kerja atau sekolah mungkin menghalang pembeli daripada membuat pembelian memandangkan ia tidak selari dengan kehendak dan keselesaan,” katanya.

    Lebih merisaukan, data daripada NAPIC juga menunjukkan jumlah rumah yang baru dilancarkan sudah mengunjur kepada unit berharga tinggi.

    Menurut Theebalakshmi, pada 2009, rumah mampu milik berharga RM200,000 ke bawah merangkumi 55 peratus daripada keseluruhan unit baharu. Namun, pada 2022, peratusnya menyusut kepada hanya 11 peratus.

    Rumah berharga RM200,000 hingga RM300,000 adalah yang terbanyak, iaitu 44 peratus daripada jumlah keseluruhan, diikuti RM300,000 hingga RM500,000 (31 peratus) dan atas RM500,000 (25 peratus).

    SUMBER: Curbing Overhang dan Vacancy: The Case for a Vacancy Tax in Malaysia, Institut Penyelidikan Khazanah

    Beli-kemudian-bina

    Apa yang berlaku ketika ini ialah kekurangan penawaran unit mampu milik. Permintaan wujud tetapi trend pembinaan unit baharu tidak menepati permintaan kerana lebih mengutamakan unit berharga tinggi.

    Jelas Theebalakshmi, selain ketidakmampuan dan kehendak pembeli, satu lagi faktor yang yang menyumbang kepada lambakan rumah tidak terjual ialah sistem rumah beli-kemudian-bina (STB). 

    Kata beliau, di bawah sistem ini, pemaju dibenarkan untuk menjual unit terlebih dahulu untuk menjamin keuntungan sebelum menyiapkan projek dalam tempoh dua atau tiga tahun.

    “Untuk memulakan projek, mereka hanya perlu mendapatkan beberapa peratus pembeli ketika pelancaran awal.

    “Walau bagaimanapun, dalam beberapa kes, pemaju mungkin tidak mampu mencapai sasaran jualan penuh apabila projek sudah hampir siap dan harga rumah pula lazimnya sedikit meningkat selepas projek siap.

    “Jika harga tersebut tidak mampu dibayar pembeli berpotensi, unit itu akan kekal tidak terjual,” katanya. – RELEVAN

    featured hartanah Institut Penyelidikan Khazanah kewangan rumah
    Artikel Terkini

    Hibah vs faraid? Fahami perbezaannya demi kesejahteraan keluarga

    May 19, 2025

    Urus pusaka tanpa tekanan

    May 19, 2025

    Guru bukan pembantu peribadi anak

    May 16, 2025

    Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia

    May 14, 2025

    Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh

    May 13, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.