Facebook Twitter
    Trending
    • Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun
    • Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli
    • 10 cara paling salah untuk turunkan berat badan
    • Tip ketika temu duga kursus universiti
    • Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?
    • Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?
    • Jangan buang! Ini boleh dijual 
    • Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

      April 10, 2026

      Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula

      April 7, 2026

      Organ dalaman paling mudah diserang kanser

      April 6, 2026

      Lapan gelas air sehari? Ini fakta sebenar tentang keperluan air untuk tubuh

      April 6, 2026

      Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

      April 1, 2026
    • Kewangan

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026

      Cara berjimat ketika harga barang naik 

      April 2, 2026

      Persiapan kewangan untuk orang muda

      April 2, 2026
    • Pendidikan

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Kerjaya

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Cara buat pengesahan setuju terima dan permohonan rayuan UPU

    Cara buat pengesahan setuju terima dan permohonan rayuan UPU

    By KU SYAFIQ KU FOZISeptember 7, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PERMOHONAN rayuan UPUOnline dibuka selama 10 hari sehingga 16 September. - GAMBAR HIASAN/RELEVAN

    TAHNIAH diucapkan kepada 70,156 calon lepasan STPM/Setaraf yang telah berjaya mendapat tawaran kemasukan ke universiti awam.

    Kejayaan tersebut bermakna anda selangkah lagi untuk memasuki fasa kehidupan yang penting dan penuh warna, iaitu kehidupan universiti. Dalam fasa hidup ini, anda akan meneroka dan belajar banyak benda.

    Namun, sebelum itu, ada perkara yang perlu dilakukan sebelum tempat anda di universiti disahkan. Sebilangan calon terleka dan tidak memberi perhatian kepada perkara ini, menyebabkan mereka terlepas peluang untuk melanjutkan pengajian.

    Setuju terima dan tolak tawaran

    Perkara yang dimaksudkan ialah pengesahan setuju terima atau tolak tawaran. Calon yang menerima tawaran perlu membuat pengesahan ini supaya pihak universiti maklum dengan persetujuan anda untuk menerima atau menolak tawaran.

    Selepas mendapat pengesahan, baru universiti menyediakan tempat untuk anda. Langkah seterusnya adalah untuk mendaftar.

    Calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan setuju terima atau tolak tawaran melalui laman web universiti yang menawarkan tempat dalam tempoh yang ditetapkan selepas keputusan permohonan diumumkan.

    Menurut Jabatan Pendidikan Tinggi, pengesahan setuju terima atau tolak tawaran akan bermula pada 8 September hingga 16 September.

    Selepas calon membuat pengesahan setuju terima tawaran, universiti akan mengeluarkan surat tawaran, bermula pada 8 September ini.

    Buat yang berjaya mendapatkan tawaran, pastikan anda membuat pengesahan ini supaya anda boleh menerima surat tawaran, seterusnya mendaftar di universiti pada tarikh yang ditetapkan.

    Rayuan

    Bagi calon yang tidak berjaya pula, anda dipelawa untuk membuat permohonan rayuan melalui UPUOnline.

    Permohonan rayuan akan dibuka selama 10 hari bermula pukul 12 tengah hari 7 September hingga pukul 5 petang 16 September.

    Menurut Jabatan Pendidikan Tinggi, dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.

    Ingat, permohonan rayuan hanya dibuka kepada calon yang tidak berjaya mendapatkan pengajian sahaja. Calon yang berjaya tetapi tidak mendapat jurusan yang tidak diingini tidak dibolehkan untuk membuat rayuan.

    Jika keliru, kemukakan pertanyaan kepada Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) Jabatan Pendidikan Tinggi. Mereka boleh dihubungi dengan cara berikut:

    1. Telefon: 03-8870 6605/5086/6121
    2. Emel: [email protected]
    3. Sistem maklum balas: https://ipt.mohe.gov.my
    4. UPUChat: http://upu-chat.ml/UPUChat/

    Selamat berjaya Relevan ucapkan buat semua! – RELEVAN

    Previous ArticleTanam bakau, semai rasa sayang pada alam
    Next Article OPR kekal 3.00 peratus

    Artikel berkaitan

    Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

    April 10, 2026

    Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

    April 10, 2026

    10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

    April 10, 2026

    Tip ketika temu duga kursus universiti

    April 9, 2026

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    April 9, 2026

    Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

    April 8, 2026
    Artikel Terkini

    Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

    April 10, 2026

    Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

    April 10, 2026

    10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

    April 10, 2026

    Tip ketika temu duga kursus universiti

    April 9, 2026

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    April 9, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.