Facebook Twitter
    Trending
    • Sejarah 19 tahun pelayaran bantuan ke Gaza
    • Bahaya minum air botol ditinggalkan dalam kereta
    • Siapa 23 sukarelawan GSF ditahan Israel?
    • Global Sumud Flotilla: Apa yang kita tahu setakat ini
    • Global Sumud Flotilla: Israel langgar undang-undang laut antarabangsa
    • Global Sumud Flotilla: Jangan tertipu helah Israel
    • Global Sumud Flotilla: Kapal bantuan disekat, doa dan solidariti dituntut
    • Apa yang perlu anda tahu mengenai kanser payudara 
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bahaya minum air botol ditinggalkan dalam kereta

      October 6, 2025

      Apa yang perlu anda tahu mengenai kanser payudara 

      October 1, 2025

      Lelaki juga boleh jadi mangsa kanser payudara?

      September 30, 2025

      Ramen berlebihan jejaskan kesihatan?

      September 26, 2025

      Produk bayi yang boleh bawa mudarat tetapi dijual berleluasa

      September 25, 2025
    • Kewangan

      Panduan BUDI95 yang wajib anda tahu

      September 25, 2025

      Satu kad yang membawa pelbagai rahmat

      September 24, 2025

      Inflasi naik 1.3 peratus pada Ogos 2025 – DOSM

      September 23, 2025

      Bila beg Hermes dan jam Rolex jadi aset pelaburan 

      September 19, 2025

      5 matlamat kewangan selepas umur 30

      September 9, 2025
    • Pendidikan

      Sejarah 19 tahun pelayaran bantuan ke Gaza

      October 6, 2025

      Siapa 23 sukarelawan GSF ditahan Israel?

      October 3, 2025

      Global Sumud Flotilla: Apa yang kita tahu setakat ini

      October 3, 2025

      Global Sumud Flotilla: Israel langgar undang-undang laut antarabangsa

      October 2, 2025

      Global Sumud Flotilla: Jangan tertipu helah Israel

      October 2, 2025
    • Kerjaya

      Tujuh cara untuk menonjolkan diri dalam resume

      October 1, 2025

      4 kerja sambilan boleh dilakukan pelajar

      September 19, 2025

      Budaya hustle demi hasil ‘bunuh’ kesihatan mental

      September 17, 2025

      Apa langkah seterusnya selepas tamat pengajian?

      September 12, 2025

      Rajin bekerja sahaja tidak cukup, perlu tahu cara menjual kelebihan diri

      September 10, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Huraian prinsip Rukun Negara

    Huraian prinsip Rukun Negara

    By Umi FatehahAugust 24, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    HURAIAN prinsip Rukun Negara. - GAMBAR HIASAN FAISOL MUSTAFA

    RUKUN Iman berfungsi untuk menjadikan kita umat yang taat kepada Tuhan dan menyembah satu-satunya Tuhan. Rukun Islam berfungsi sebagai panduan menjadi umat Islam yang baik. Kedua-dua rukun ini wajib dihayati dan dipercayai oleh orang Islam. 

    Sama juga  seperti Rukun Negara. Prinsip Rukun Negara juga perlu dihayati oleh setiap warganegara agar kita menjadi rakyat yang taat dan mengekalkan perpaduan yang lebih jitu. 

    Sehubungan itu, merujuk kepada dokumen lengkap Rukun Negara yang dimuatkan dalam buku Rukun Negara: Selayang Pandang oleh Eddin Khoo, Relevan mencatatkan semula prinsip dalam Rukun Negara untuk anda di bulan kemerdekaan ini.

    1. Kepercayaan kepada tuhan

    Bangsa dan negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Sesungguhnya dengan nama Tuhanlah bangsa dan negara ini telah diwujudkan sebagai sebuah bangsa dan negara yang berdaulat.

    Islam ialah agama rasmi persekutuan. Agama-agama dan kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang.

    2. Kesetiaan kepada raja dan negara

    Malaysia ialah sebuah pemerintahan beraja yang berperlembagaan dan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong (YDPA) ialah ketua negara yang berdaulat. 

    Selaras dengan kedudukan YDPA sebagai seorang raja di bawah perlembagaan maka demikianlah juga sistem beraja akan berlangsung dengan baginda raja-raja sebagai ketua negeri masing-masing.

    YDPA, raja-raja dan gabenor-gabenor merupakan lambang perpaduan dan oleh kerana itu berada di luar politik.

    Kesetiaan yang dikehendaki daripada setiap warganegara ialah menumpukan sepenuh-penuh taat setia yang benar-benar jujur kepada YDPA dan sebagai warganegara persekutuan bersikap benar-benar jujur, taat dan setia. 

    Selain daripada itu, mereka yang menjadi rakyat hendaklah juga menumpukan taat setia kepada raja masing-masing tetapi dengan tidak mengurangkan taat setia mereka kepada YDPA dan persekutuan.

    Kesetiaan ialah jiwa kebangsaan kita. Kesetiaan dari hati sanubari kepada raja dan tanah air inilah yang menyatukan kita semua daripada pelbagai kaum menjadi satu bangsa yang bersatu padu. Kesetiaan pada negara-negara lain adalah bertentangan dengan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada negara ini.

    3. Keluhuran perlembagaan

    Kewarganegaraan memberi kepada seseorang itu taraf keanggotaan sebuah negara. Perlembagaan memberi kepada seorang warganegara hak-hak dan keistimewaan tertentu. Perlembagaan juga meletakkan padanya tanggungjawab-tanggungjawab dan kewajipan-kewajipan tertentu terhadap bangsa dan negara.

    Setiap warganegara wajib menghormati dan menghargai kandungan, maksud dan latar sejarah perlembagaan. 

    Latar sejarah inilah yang telah menyebabkan termaktubnya beberapa fasal dalam perlembagaan seperti yang berkaitan dengan kedudukan YDPA dan raja-raja, kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan kaum-kaum asal yang lain, hak-hak yang adil bagi kaum-kaum lain dan soal pemberian taraf kewarganegaraan. 

    Tanggungjawab mulia dan suci seorang warganera ialah mempertahankan dan menjunjung perlembagaan. 

    4. Kedaulatan undang-undang

    Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang. Setiap rakyat tarafnya sama di sisi undang-undang. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara. 

    Kebebasan ini termasuklah kebebasan seseorang, perlindungan sama di sisi undang-undang, kebebasan beragama, kebebasan memiliki harta benda dan perlindungan daripada dibuang negeri.

    Perlembagaan memberi kepada seseorang rakyat hak mengeluarkan fikiran, hak berhimpun dan hak menubuhkan persatuan. 

    Hak-hak ini boleh digunakan dengan bebas asalkan tidak melanggar sekatan-sekatan yang dikenakan oleh undang-undang. 

    Hak-hak dan kebebasan yang dijamin oleh perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut perlembagaan.

    Kedaulatan undang-undang terjamin dengan adanya sebuah badan kehakiman yang bebas serta mempunyai kuasa bagi memutuskan sama ada sesuatu perbuatan pemerintah itu sah atau tidak dari segi perlembagaan dan undang-undang.

    5. Kesopanan dan kesusilaan

    Setiap orang dan setiap golongan hendaklah mengurus hal masing-masing dengan cara yang tidak melanggar tatasusila. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan sesuatu golongan. 

    Seorang warganegara tidak boleh menyoal kesetiaan seorang warganegara yang lain dengan alasan bahawa ia berasal dari keturunan tertentu. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan awam kita. – RELEVAN

    featured pendidikan prinsip Rukun Negara

    Artikel berkaitan

    Sejarah 19 tahun pelayaran bantuan ke Gaza

    October 6, 2025

    Bahaya minum air botol ditinggalkan dalam kereta

    October 6, 2025

    Siapa 23 sukarelawan GSF ditahan Israel?

    October 3, 2025

    Global Sumud Flotilla: Apa yang kita tahu setakat ini

    October 3, 2025

    Global Sumud Flotilla: Israel langgar undang-undang laut antarabangsa

    October 2, 2025

    Global Sumud Flotilla: Jangan tertipu helah Israel

    October 2, 2025
    Artikel Terkini

    Sejarah 19 tahun pelayaran bantuan ke Gaza

    October 6, 2025

    Bahaya minum air botol ditinggalkan dalam kereta

    October 6, 2025

    Siapa 23 sukarelawan GSF ditahan Israel?

    October 3, 2025

    Global Sumud Flotilla: Apa yang kita tahu setakat ini

    October 3, 2025

    Global Sumud Flotilla: Israel langgar undang-undang laut antarabangsa

    October 2, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.