Facebook Twitter
    Trending
    • Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?
    • 10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi
    • Cara terbaik pujuk anak kenal minat mereka
    • Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?
    • Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini
    • 5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan
    • Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan
    • 10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

      February 19, 2026

      7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

      February 19, 2026

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026

      Elak makanan ini jika sedang haus

      February 13, 2026

      Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

      February 13, 2026
    • Kewangan

      Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?

      February 26, 2026

      Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?

      February 25, 2026

      5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

      February 23, 2026

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026
    • Pendidikan

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026

      Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

      February 23, 2026

      10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

      February 20, 2026

      Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

      February 20, 2026

      Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

      February 18, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 4 langkah ini kunci kejayaan dalam temu duga

    4 langkah ini kunci kejayaan dalam temu duga

    By Zubaidah IbrahimJuly 13, 2023Updated:July 13, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    MENDAPATKAN pekerjaan tidaklah semudah yang disangka kerana anda perlu bersaing dengan ribuan calon yang mungkin mempunyai kelayakan lebih baik berbanding anda.- GAMBAR HIASAN/YANALYA/FREEPIK

    SETELAH menamatkan pengajian, kini tibalah masanya untuk anda meneroka peluang pekerjaan dan menjalani kehidupan dewasa yang berdikari dengan menjana pendapatan sendiri. 

    Mendapatkan pekerjaan tidaklah semudah yang disangka kerana anda perlu bersaing dengan ribuan calon yang mungkin mempunyai kelayakan lebih baik berbanding anda.

    Usah bimbang, anda boleh menonjolkan diri untuk mendapatkan pekerjaan yang diidamkan dengan melakukan empat perkara ini:

    1. Tingkat ilmu dan kemahiran anda

    Walaupun anda mengucapkan selamat tinggal kepada universiti, tetapi pembelajaran sebenarnya berterusan sehingga akhir hayat. Untuk bersaing dengan calon-calon hebat yang lain, anda perlu sentiasa tambah ilmu dan tingkat kemahiran.

    ARTIKEL BERKAITAN: Gementar pada hari pertama bekerja? Ini 6 tip untuk anda lebih bersedia

    Kuasai kemahiran terkini dan perisian berkaitan industri yang anda mahu ceburi. Jangan lupa kembangkan juga kemahiran insaniah anda.

    Perkara ini dapat membantu anda sekiranya sukar mendapatkan temu duga kerja kerana kekurangan set kemahiran tertentu.

    Kini , banyak kursus online yang boleh membantu anda tingkatkan kemahiran seperti Coursera dan Alison yang menawarkan banyak kursus percuma daripada beberapa institusi terkemuka.

    Malah, ada beberapa kursus yang menawarkan pensijilan yang boleh menjadi nilai tambah dalam resume anda.

    2. Buat resume yang unik dan menarik

    Bahagian sumber manusia, pengurus pengambilan pekerja dan perekrut akan menyusun resume calon sebelum dipanggil temu duga. Pastikan resume anda dapat menarik perhatian mereka. Agak sukar kalau anda hanya menggunakan templat asas resume.

    Tidak dinafikan, ada juga syarikat yang mahukan resume ringkas. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda perlu buat ulang kaji kehendak syarikat tersebut.

    Contohnya, jika anda graduan jurusan rekaan grafik dan sedang mencari pekerjaan dalam bidang ini, maka resume anda perlu kelihatan lebih menarik dan unik.

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 kerja bersesuaian dengan para introvert

    Anda boleh cuba Canva dan Wepik untuk mendapatkan templet resume yang unik dan gempak.

    3. Sediakan portfolio

    Jika anda perlu mengemukakan portfolio atau pembentangan sebagai sebahagian daripada proses pengambilan pekerja, anda perlu memberikan yang terbaik.

    Untuk mempamerkan portfolio kerja, sesetengah calon akan menyediakan laman web yang ringkas, tetapi ada juga calon yang menggunakan platform seperti Slidesgo dan SlidesCarnival untuk menghasilkan portfolio tersebut.

    Selain itu, anda juga boleh dapatkan mencuba templat portfolia di Behance atau Dribbble.

    Pastikan anda memasukkan maklumat ringkas dan relevan dalam portfolio anda untuk menunjukkan kepada bakal majikan apa yang anda lakukan, sebab anda melakukannya dan mengapa ia penting. 

    Ini akan membantu mereka menilai sama ada anda mempunyai keupayaan yang mereka cari dan menjejaki laluan anda ke temu duga pertama itu dengan pantas.

    4. AI bantu anda mencari pekerjaan seterusnya

    Kecerdasan buatan (AI) ada di mana-mana. Jadi, mengapa anda tidak menggunakannya sebagai sebahagian daripada carian kerja?

    Anda mungkin sudah menggunakan AI untuk membantu membuat resume atau portfolio. Oleh itu, anda wajar menggunakannya untuk dipadankan dengan pengesyoran pekerjaan berdasarkan kelayakan, kemahiran dan pilihan anda.

    Salah satu pilihan tersebut ialah Swag iaitu aplikasi pekerjaan dikuasakan AI yang boleh menjadi pasport anda kepada pekerjaan peringkat atasan global.

    Selain membantu anda mencari pekerjaan atau latihan industri, ia juga boleh membantu anda merangka surat lamaran yang menarik (pastikan anda memberikan ‘sentuhan’ peribadi) yang akan menjadikan profil anda diingati oleh mana-mana pengurus pengambilan pekerja.

    – RELEVAN

    Previous ArticleSTPM 2022 catat PNGK tertinggi dalam sejarah
    Next Article Mandat Kementerian Ekonomi menyelesaikan isu struktur ekonomi, termasuk isu gaji

    Artikel berkaitan

    Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?

    February 26, 2026

    Cara terbaik pujuk anak kenal minat mereka

    February 25, 2026

    Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?

    February 25, 2026

    Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

    February 24, 2026

    5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

    February 23, 2026

    Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

    February 23, 2026
    Artikel Terkini

    Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?

    February 26, 2026

    10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

    February 25, 2026

    Cara terbaik pujuk anak kenal minat mereka

    February 25, 2026

    Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?

    February 25, 2026

    Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

    February 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.