Facebook Twitter
    Trending
    • Rambutku gugur…
    • 5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal
    • Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan
    • Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi
    • Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso
    • Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave
    • Padah lambat makan
    • Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Rambutku gugur…

      January 29, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026

      Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

      January 27, 2026

      Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari

      January 26, 2026
    • Kewangan

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026
    • Pendidikan

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026
    • Kerjaya

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Apa itu kebimbangan kewangan?

    Apa itu kebimbangan kewangan?

    By Umi FatehahJune 8, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    APA itu kebimbangan kewangan? - GAMBAR HIASAN KAROLINA GRABOWSKA/PEXELS

    SETIAP daripada kita pasti pernah mengalami perasaan bimbang, resah dan gelisah tentang wang dari semasa ke semasa. Keadaan ini dikenali sebagai kebimbangan kewangan. 

    Kebimbangan kewangan bukanlah diagnosis rasmi daripada sudut kesihatan, tetapi ramai pakar kewangan menggunakan istilah ini untuk menggambarkan perasaan gugup, bimbang atau gelisah apabila berkaitan dengan wang.

    Kajian yang dijalankan oleh sebuah syarikat kawal selia industri kewangan di Amerika Syarikat menunjukkan lebih 60 peratus daripada kira-kira 20,000 responden menyatakan mereka mengalami kebimbangan apabila memikirkan tentang kewangan peribadi masing-masing.

    Mungkin anda terfikir, kebimbangan kewangan ini berlaku kepada individu yang mengalami masalah kewangan, kehilangan pekerjaan atau kekeringan wang simpanan, bukan? Sebenarnya, ia bertentangan dengan apa yang difikirkan. 

    Kebimbangan kewangan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tidak kiralah berapa banyak wang yang mereka peroleh daripada pekerjaan hakiki, perniagaan atau pelaburan; yang senang juga bimbang, yang susah lebih bimbang.

    Sama seperti jenis kebimbangan lain, kebimbangan kewangan cenderung muncul sebagai kebimbangan yang berlebihan dan pemikiran yang menakutkan. Ia boleh terdetik ketika anda terfikir tentang kesilapan kewangan yang dilakukan pada masa lalu.

    “Mengapalah saya membeli telefon pintar baharu menggunakan kad kredit dan dikenakan faedah yang tinggi. Jika tidak, mesti saya akan mempunyai lebih banyak wang yang disimpan jika tidak melakukan kesilapan itu!”

    Contoh lain termasuk kebimbangan melampau tentang perkembangan wang untuk kegunaan pada masa hadapan. Kita fikir, “adakah saya mempunyai simpanan yang mencukupi untuk bersara dalam masa 30 tahun?”.

    Atau juga bimbang tentang keadaan kewangan semasa seperti risaukan sama ada rumah yang disewa membebankan dari segi bayaran sewa pada setiap bulan.

    Kebimbangan adalah tanda amaran daripada sistem saraf bahawa minda dan badan anda menganggap ada sesuatu yang berpotensi menjadi ancaman. 

    Apabila mengalami simptom kebimbangan, badan akan bertindak balas terhadap ancaman itu dengan meningkatkan hormon yang bertujuan untuk membantu anda melawan atau melarikan diri daripada apa-apa yang memberi tekanan.

    Tindak balas fisiologi yang mungkin berkaitan juga boleh menyebabkan loya, jantung berdegup kencang, pening atau sesak nafas.

    Jika ini berlaku sekali-sekala, ia mungkin tidak menjadi satu masalah yang besar. Malah, dalam jangka pendek tindak balas tekanan boleh membantu anda memberi tumpuan untuk anda mengambil langkah yang sepatutnya untuk menyelesaikan masalah.

    Misalnya, Ali tertekan kerana kekangan wang setiap bulan. Jadi, Ali mengambil langkah penyelesaian dengan membuat kerja sampingan untuk memperoleh pendapatan tambahan.

    Namun, jika ia berlaku secara berterusan dan dalam jangka masa panjang, ia mungkin akan menyebabkan masalah lebih besar seperti kemurungan atau masalah kesihatan yang lain. 

    Sekiranya didapati mempunyai masalah kesihatan, anda akan lebih tertekan kerana perlu membayar bil-bil perubatan. 

    Selain masalah kesihatan yang merudum, ia juga akan menyebabkan tahap kebimbangan kewangan menjadi lebih teruk.

    Kebanyakan daripada kita bimbang tentang isu kewangan seperti hutang, kehilangan pekerjaan dan kos berkaitan rumah pada tahap tertentu. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi negara yang tidak menentu pasti menjadikan isu berkaitan wang menjadi kebimbangan utama.

    Ada juga yang mengalami kebimbangan kewangan sehinggakan berasa takut untuk melihat baki dalam akaun bank atau keadaan belanjawan semasa. Kadang kala, ia membuatkan anda seperti tidak senang duduk, mandi tidak basah, tidur juga tidak lena. 

    Adalah wajar bahawa masalah kewangan dan kehilangan pendapatan akan menimbulkan kebimbangan. Namun, apabila kebimbangan itu menjadi obsesi, ia boleh menjadi gangguan yang lebih serius.

    Previous ArticleSyarat dan cara memohon patching sijil SPM
    Next Article 8 biasiswa untuk lepasan SPM (kemas kini 2023)

    Artikel berkaitan

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026

    Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

    January 28, 2026

    Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

    January 28, 2026
    Artikel Terkini

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026

    Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

    January 28, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.