Facebook Twitter
    Trending
    • Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat
    • Cara menabung paling ‘bare minimum’
    • Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai
    • Makanan yang kembalikan kesuburan rambut
    • Beli dulu baru menyesal kemudian
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Tarikh penting buat rakyat Malaysia
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

      January 12, 2026

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026
    • Kewangan

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026
    • Pendidikan

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Jom bawa anak-anak pusing Selangor di 10 lokasi percutian ini, makanan pun sedap

    Jom bawa anak-anak pusing Selangor di 10 lokasi percutian ini, makanan pun sedap

    By June 2, 20236 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    AMVERTON Riverine Splash mengetengahkan taman tema air bertemakan tribal.

    NEGERI Selangor mempunyai banyak lokasi percutian yang menarik untuk dilawati sepanjang cuti sekolah ini. 

    Hiburkan hati anak-anak dengan membawa mereka meneroka lokasi-lokasi yang menjanjikan keriangan, menambah ilmu dan pengalaman.

    Berikut Relevan mencadangkan 10 lokasi untuk anda dan anak-anak melakukan pelbagai aktiviti menyeronokkan dan menikmati juadah enak di sekitar Selangor.

    1. Muzium Coklat

    Siapa yang memerlukan tiket emas ke Willy Wonka jika kita mempunyai Muzium Coklat di Kota Damansara Petaling Jaya?

    Muzium Coklat ini paling unik di Asia Tenggara dengan paparan digital interaktif, fakta menarik, peralatan terkini dan lebih daripada 100 jenama coklat tersedia dengan tawaran harga terbaik!

    Jadikan anak-anak anda Next Asian Top Chocolatier dengan menyertai aktiviti di makmal coklat mereka pada harga serendah RM39 sahaja dan bawa pulang coklat buatan tangan mereka yang lazat!

    MUZIUM Coklat ini paling unik di Asia Tenggara dengan paparan digital interaktif, fakta menarik dan peralatan yang digunakan untuk menghasilkan coklat.

    2. Jump Street Asia

    Melompat, melantun dan bergolek di atas hampir seratus trampolin yang disambungkan ke gelanggang besar, termasuk gelung bola keranjang trampolin yang unik, gelanggang dodgeball trampolin, bola gelembung dan beg udara gergasi yang boleh dicuba oleh anak-anak anda.

    Jump Street Asia ialah taman permainan indoor yang menyeronokkan untuk semua, sama ada anda seorang atlet amatur atau berpengalaman. Terdapat juga kawasan bermain khas untuk kanak-kanak seawal usia tiga tahun.

    PENGUNJUNG boleh melompat, melantun dan bergolek di atas hampir seratus trampolin yang disambungkan ke gelanggang besar, termasuk gelung bola keranjang trampolin yang unik, gelanggang dodgeball trampolin, bola gelembung dan beg udara gergasi. – Foto Facebook Jump Street Asia

    3. Taman tema Next-Gen

    Terletak di Pusat Beli-belah One Utama, Next-Gen ialah taman tema Family Edutainment seluas sekitar 45,000 kaki persegi yang menampilkan taman permainan kanak-kanak dan play city.

    Anak-anak anda boleh meneroka kedai roti, balai bomba dan pasar raya seperti dunia sebenar dengan dilengkapi tempat karaoke, zon permainan, bilik parti dan kafe.

    ARTIKEL BERKAITAN: 6 lokasi percutian menarik, orang KL dan Selangor wajib pergi  – Relevan

    Next-Gen memenuhi keperluan mereka yang berjiwa muda dengan pelbagai aktiviti dan tarikan yang ditawarkan.

    NEXT-GEN ialah Taman Tema Family Edutainment seluas sekitar 45,000 kaki persegi yang menampilkan taman permainan kanak-kanak dan play city.- Foto Facebook Next-Gen

    4. Taman tema air Amverton Riverine Splash

    Cuti sekolah tidak lengkap untuk masyarakat Asia tanpa percutian tropika! Mari bermain di taman tema air bertemakan tribal yang baru dibuka di Amverton Riverine Splash.

    Hanya satu jam dari Kuala Lumpur, Amverton Riverine Splash menawarkan lebih 12 tarikan dengan Riverine Hotel & Suites terletak betul-betul di sebelah taman tema ini.

    HANYA satu jam dari Kuala Lumpur, Amverton Riverine Splash menawarkan lebih 12 tarikan dengan Riverine Hotel & Suites terletak betul-betul di sebelah taman tema ini.

    5. Restoran FOODtree

    Restoran bertemakan Jurassic yang terletak di Glenmarie Shah Alam ini sememangnya menyeronokkan untuk diterokai bersama anak-anak.

    Restoran FOODtree menawarkan masakan yang lazat daripada Dinosaur Trap (ayam panggang), Nest of Dinosaur (spageti bolognese), Telurex (ais kepal Milo) dan Jumbo Herbs.

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 tip kembalikan semangat bekerja selepas bercuti – Relevan

    Dilengkapi dengan ruang acara untuk parti persendirian, restoran ini mempunyai pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak seperti mewarna dinosaur sehinggalah menunggang haiwan purba itu di sekitar restoran.

    RESTORAN bertemakan Jurassic yang terletak di Glenmarie, Shah Alam ini sememangnya menyeronokkan untuk diterokai bersama anak-anak.- Foto Facebook Restoran FOODtree

    6. Geng’s Corner, Upin Ipin

    Bukan sahaja anak-anak kecil, orang dewasa pun pasti teruja berkunjung ke restoran bertema Upin Ipin oleh Les’ Copaque di Shah Alam ini.

    Pelbagai masakan ditawarkan di sini, bermula dengan hidangan tempatan yang lazat dan makanan barat kepada makanan Thai.

    Restoran ini mempunyai segalanya yang bertepatan dengan selera anda. Geng’s Corner terletak berhampiran dengan Les’ Copaque, di mana segalanya bermula untuk animasi popular negara ini.

    IMBAU kembali zaman kanak-kanak di restoran bertema Upin Ipin oleh Les’ Copaque di Shah Alam.- Foto Facebook Geng’s Corner, Upin Ipin

    7. Kafe Bucket B, Jaya One

    Terletak di Petaling Jaya, Kafe Bucket B menawarkan hidangan dan pastri Barat yang lazat untuk anak-anak anda.

    Kafe mesra kanak-kanak ini lengkap dengan kawasan permainan, buku cerita, pelbagai jenis mainan dan permainan video yang tersedia.

    Kafe yang menenangkan dan estetik ini bukan sahaja menarik untuk kanak-kanak tetapi juga tempat yang santai untuk ibu bapa menikmati secawan kopi atau teh.

    TERLETAK di Petaling Jaya, Kafe Bucket B menawarkan hidangan dan pastri Barat yang lazat untuk anak-anak anda.- Foto Kafe Bucket B

     8. De-Art Hotel Shah Alam

    Setiap bilik di De-Art Hotel Shah Alam mempunyai tema seni dan jalan cerita tersendiri daripada filem, selebriti dan cerita dongeng kepada dunia fantasi dan seni moden. 

    Sudah tiba masanya untuk anak-anak anda bersama watak animasi kegemaran mereka atau menanam minat terhadap karya-karya seni yang terdapat di sini.

    SETIAP bilik di De-Art Hotel Shah Alam mempunyai tema seni dan jalan cerita tersendiri daripada filem, selebriti dan cerita dongeng kepada dunia fantasi dan seni moden. – Foto laman web De-Art Hotel Shah Alam

    9. Semenyih Eco Venture Resort & Recreation

    Semenyih Eco Venture Resort & Recreation adalah lokasi percutian yang menenangkan, jauh dari kesibukan dan hanya 45 minit dari Kuala Lumpur. Ia adalah hotel kontena terbesar di kawasan Hulu Langat dan sebahagian daripada pusat rekreasi luar seluas 20 ekar. 

    Tempat ini sesuai untuk mereka yang mahukan keseronokan dan menaikkan adrenalin dengan pelbagai sukan lasak yang ditawarkan bersesuaian dengan tema mereka play hard, get dirty & have fun!

    TEMPAT ini sesuai untuk mereka yang mahukan keseronokan dan menaikkan adrenalin dengan pelbagai sukan lasak yang ditawarkan bersesuaian dengan tema mereka play hard, get dirty & have fun!- Foto Facebook Semenyih Eco Venture Resort & Recreation

    10. Dash Box Hotel, Cyberjaya

    DENGAN arnab hijau sebagai maskot, Dash Box Hotel Cyberjaya adalah tempat yang sesuai untuk membawa keluarga anda bercuti.

    Dengan arnab hijau sebagai maskot, Dash Box Hotel Cyberjaya adalah tempat yang sesuai untuk membawa keluarga anda bercuti. 

    Penampilan seni binanya yang futuristik memikat mata dan sesuai untuk merakam gambar sebagai kenang-kenangan bersama-sama anak-anak anda. 

    Bukan itu sahaja, hotel ini juga berdekatan dengan D’Pulze Shopping Centre, Tasik Putrajaya, Sembunyi Spa dan KidzTech Centre. Terletak di tengah-tengah hab teknologi global, hotel ini benar-benar sesuai untuk percutian hujung minggu.- RELEVAN

    Previous ArticleMIASA memperkenalkan nombor talian baharu, inisiatif bantuan kesihatan mental lebih proaktif
    Next Article 10 ‘port’ sarapan menarik di Selangor

    Artikel berkaitan

    Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

    January 13, 2026

    Cara menabung paling ‘bare minimum’

    January 13, 2026

    Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

    January 12, 2026

    Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

    January 12, 2026

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026
    Artikel Terkini

    Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

    January 13, 2026

    Cara menabung paling ‘bare minimum’

    January 13, 2026

    Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

    January 12, 2026

    Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

    January 12, 2026

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.