Facebook Twitter
    Trending
    • Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?
    • Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap
    • Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza
    • Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?
    • 10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi
    • Cara terbaik pujuk anak kenal minat mereka
    • Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?
    • Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

      March 2, 2026

      Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza

      February 28, 2026

      Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

      February 19, 2026

      7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

      February 19, 2026

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026
    • Kewangan

      Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?

      March 2, 2026

      Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?

      February 26, 2026

      Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?

      February 25, 2026

      5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

      February 23, 2026

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026
    • Pendidikan

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026

      Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

      February 23, 2026

      10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

      February 20, 2026

      Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

      February 20, 2026

      Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

      February 18, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 10 ‘port’ sarapan menarik di Selangor

    10 ‘port’ sarapan menarik di Selangor

    By KU SYAFIQ KU FOZIJune 2, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    10 lokasi sarapan menarik di Selangor menurut Tourism Selangor. - GAMBAR TOURISM SELANGOR

    KALAU sebut tentang makan, Malaysia memang istimewa. Menu sarapan saja sudah cukup pelbagai, boleh buat kita rambang mata.

    Sepinggan roti canai, nasi lemak dan kopi panas itu sudah biasa. Kalau anda mahu pagi yang lebih sempurna, cari ‘port’ sarapan yang istimewa.

    Khas buat warga Selangor atau mereka yang datang bercuti di negeri ini, Relevan kongsikan 10 tempat sarapan menarik di Selangor, menurut cadangan Tourism Selangor.

    Sedap, istimewa dan nostalgik: ini tiga pengalaman yang anda boleh dapat kalau berkunjung ke kedai-kedai ini untuk menikmati sarapan.

    • Kopitiam 143, Ampang Jaya

    Terletak di Flat Taman Keramat, Ampang, Kopitiam 143 menyajikan hidangan sarapan tradisional seperti telur separuh masak, mi wantan, roti bakar arang dan masakan Asia yang lazat.

    Waktu operasinya bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari, dibuka sepanjang minggu kecuali Selasa. Yang menariknya, pelanggan hanya dibenarkan untuk makan di kopitiam itu sahaja bagi mengekalkan kualiti dan rasa hidangan yang baru dimasak.

    • Kueh@Seksyen 13, Shah Alam

    Kueh@Seksyen 13 menawarkan lebih 40 jenis kuih-muih tempatan yang dihasilkan segar setiap hari. Waktu operasinya bermula pada pukul 10 pagi hingga 8 malam, maknanya anda untuk juga boleh datang untuk minum petang.

    Selain variasi kuih-muih, anda yang suka makan berat juga boleh dapatkan pelbagai makanan, seperti laksa utara, nasi lemak ayam berempah dan nasi tomato.

    ARTIKEL BERKAITAN: Jom bawa anak-anak pusing Selangor di 10 lokasi percutian ini, makanan pun sedap

    • Atap by Pagi Coffee Co, Subang Jaya

    Letaknya di loteng tingkat dua, hidangan istimewanya roti dengan keju bakar, kopi dan kombucha. Buat yang sukakan kafe berkonsep dan instagrammable, anda pasti suka kafe Atap by Coffee Co.

    Dibuka 7.30 pagi hingga 6 petang, kafe ini sesuai untuk mereka yang mahukan persekitaran estetik dan tenang.

    • Kafe Auntie Foo, Kuala Selangor

    Kafe Auntie Foo terletak di kaki Bukit Melawati dan berhampiran Taman Alam Kuala Selangor. Ia menjadi tempat persinggahan yang sesuai selepas bersiar-siar di kedua-dua tempat bersejarah itu.

    Kafe ini menawarkan pelbagai makanan ringan, snek dan minuman selain turut menjual cenderamata. Ia juga dikenali sebagai pusat sehenti untuk pelancong mendapatkan maklumat bagi lawatan peribadi di sekitar Kuala Selangor.

    • 100Houz Coffee & Breakfast, Kajang

    Kafe 100Houz Coffee & Breakfast yang terletak dalam sebuah rumah teres di Jalan Reko, Kajang ini menawarkan pelbagai hidangan sarapan pagi. Ada sarapan bertema Inggeris, pasta, makanan ringan, pastri dan kopi.

    Kafe ini sesuai buat mereka yang mahukan pengalaman sarapan pagi atau brunch yang santai. Waktu operasinya bermula pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang, setiap hari kecuali Isnin.

    • Pak Teh Kopitiam, Kuala Langat

    Terletak hanya 35 minit dari Shah Alam, Pak Teh Kopitiam yang terletak dalam banglo tradisional Cina satu tingkat ini memberikan suasana restoran tradisional namun masih mengekalkan cita rasa moden yang tersendiri.

    Kopitiam halal ini menawarkan pelbagai pilihan sarapan Asia yang ikonik, termasuk roti bakar kaya, telur separuh masak dan nasi lemak. Ia dibuka setiap hari kecuali Selasa, bermula pukul 7.30 pagi hingga 4 petang.

    ARTIKEL BERKAITAN: 6 lokasi percutian menarik, orang KL dan Selangor wajib pergi 

    • Hay! Cafe, Sekinchan

    Dikelilingi sawah padi Sekinchan yang menghijau, Hay! Cafe yang bertema Inggeris menawarkan pelbagai hidangan, seperti nasi lemak ayam berempah, pasta, kopi dan kek. Pelanggan boleh memilih untuk menjamu selera dalam keselesaan kafe berhawa dingin atau menikmati sarapan dengan pemandangan padi menghijau.

    Waktu operasinya bermula pada pukul 9 pagi hingga 4.30 petang, setiap hari.

    • Bahulu Classiq, Hulu Langat

    Bahulu Classiq mengimbau kenangan suasana bersarapan pagi di kawasan desa dengan hidangan seperti mi lontong, mi jawa dan mi rebus asli. 

    Ia juga terletak berhadapan dengan Mata Air Panas Kampung Jawa, salah satu Geotapak Selangor di bawah Gombak-Hulu Langat Geopark.

    • Roti Leleh Batu Arang, Gombak

    Roti Leleh merupakan antara tarikan yang ada di Batu Arang, pekan kecil di daerah Gombak yang penuh dengan sejarah dan nilai warisan. 

    Terkenal dalam kalangan penunggang basikal, Roti Leleh Batu Arang dibuka setiap hari kecuali Selasa dan Jumaat, bermula dari pukul 6 pagi hingga 1 tengah hari.

    • Warong Ketupat Yan Kampung Permatang, Kuala Selangor

    Warong Ketupat Yan di Kampung Permatang, Kuala Selangor menyajikan pelbagai jenis ketupat, sate, serunding dan kuih tempatan. Antara hidangan unik yang disajikan ialah sate kerang.

    Ia dibuka setiap hari bermula dari pukul 7 pagi. – RELEVAN

    Previous ArticleJom bawa anak-anak pusing Selangor di 10 lokasi percutian ini, makanan pun sedap
    Next Article Kenali 4 makanan tradisi Sarawak, ada manfaat kesihatan

    Artikel berkaitan

    Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?

    March 2, 2026

    Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

    March 2, 2026

    Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza

    February 28, 2026

    Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?

    February 26, 2026

    10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

    February 25, 2026

    Cara terbaik pujuk anak kenal minat mereka

    February 25, 2026
    Artikel Terkini

    Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?

    March 2, 2026

    Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

    March 2, 2026

    Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza

    February 28, 2026

    Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?

    February 26, 2026

    10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

    February 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.