Facebook Twitter
    Trending
    • Apa itu alam pekerjaan sebenar
    • Gaji besar tapi simpanan sikit
    • Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya
    • Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat
    • Cara menabung paling ‘bare minimum’
    • Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai
    • Makanan yang kembalikan kesuburan rambut
    • Beli dulu baru menyesal kemudian
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

      January 12, 2026

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025
    • Kerjaya

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 sebab kukuh untuk menceburi bidang keselamatan siber

    5 sebab kukuh untuk menceburi bidang keselamatan siber

    By Umi FatehahMay 25, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    LIMA sebab kukuh untuk menceburi bidang keselamatan siber. - GAMBAR HIASAN SIGMUND/UNSPLASH

    SEIRING dengan kemajuan teknologi dalam era pendigitalan kini, masalah berkaitan keselamatan siber juga turut meningkat.

    Serangan siber bukan sahaja berlaku dalam tempoh masa yang sangat pantas, malah ia dilakukan menggunakan perisian dan peranti yang canggih menjadikan serangan itu sukar dihalang dan hampir mustahil untuk mendapatkan semula data yang hilang atau rosak.

    Banyak organisasi sedang berlumba-lumba mencari pekerja yang berkemahiran dalam bidang keselamatan siber sebagai langkah untuk melindungi data-data syarikat. Justeru itu, kerjaya dalam bidang keselamatan mempunyai permintaan yang tinggi pada peringkat global.

    Jika anda sedang mempertimbangkan untuk melanjutkan pelajaran atau bekerja dalam bidang keselamatan siber, berikut Relevan senaraikan lima sebab kukuh bagi meyakinkan anda.

    1. Permintaan tinggi

    Seperti yang disebutkan di atas, permintaan bagi kemahiran profesional dalam bidang ini sangat tinggi dan melebihi bekalan individu berkelayakan yang tersedia.

    Permintaan terhadap pekerja dalam sektor ini juga dijangka akan berterusan pada tahun-tahun akan datang kerana teknologi juga dijangka akan semakin berkembang lebih-lebih lagi sejak rangkaian 5G diperkenalkan. Jadi, permintaan pekerja dalam sektor ini akan kekal tinggi dan menjadikan ia terus relevan.

    2. Gaji yang kompetitif dan lumayan

    Disebabkan oleh peningkatan permintaan untuk golongan profesional dalam sektor keselamatan siber, penawaran gaji bagi jawatan ini dapat dilihat semakin meningkat dengan ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

    Hal ini kerana hampir setiap syarikat memerlukan khidmat keselamatan siber bagi melindungi data syarikat dan juga data pelanggan. Oleh kerana tidak ramai yang menawarkan khidmat dalam bidang ini, banyak syarikat yang berebut-rebut mengumpan individu berkelayakan dengan gaji yang lumayan untuk bekerja di bawah syarikat mereka.

    3. Peluang pembelajaran dan perkembangan kerjaya yang berterusan

    Memandangkan teknologi sentiasa berkembang dengan penambahbaikan baharu dan berlaku dengan sangat cepat, golongan profesional dikehendaki untuk sentiasa mengikuti perkembangan dengan pantas.

    Mereka bertanggungjawab untuk mengikuti segala perkembangan dalam aspek teknik, perisian dan perkhidmatan yang terkini untuk melindungi data syarikat daripada ancaman siber.

    Ini bermakna mereka yang berada dalam industri keselamatan siber akan sentiasa belajar, sama ada melalui menerima latihan semasa bekerja, mendapatkan pensijilan atau menghadiri program yang berkaitan.

    Ini bukan sahaja memastikan kemahiran mereka sentiasa diasah tetapi ia juga menawarkan peluang yang besar untuk perkembangan secara peribadi dan juga profesional.

    4. Kerja yang memberi impak besar

    Selain mendapat kestabilan dalam kerjaya, karier ini juga memberi kesan langsung dan berfaedah kepada kehidupan orang ramai.

    Hal ini kerana individu profesional dalam keselamatan siber memainkan peranan penting dalam melindungi rangkaian, sistem dan aplikasi untuk membantu mengekalkan integriti dan kesulitan data. Di samping itu, mereka juga memastikan ia hanya diakses oleh pengguna yang dibenarkan.

    Tanggungjawab yang digalas oleh golongan profesional ini akhirnya menyumbang kepada dunia pendigitalan yang lebih selamat dan terjamin.

    5. Kepelbagaian dan keterangkuman

    Syarikat keselamatan siber memahami nilai kepelbagaian dan cara ia boleh memberi kesan positif kepada industri. Hal ini kerana ia akan membawa kepada penyelesaian masalah dan proses membuat keputusan yang lebih baik apabila melibatkan risiko keselamatan siber.

    Ini bermaksud kelayakan tidak diukur berlandaskan jantina tetapi kemahiran yang ada pada individu tersebut. Justeru itu, masalah ketidaksamarataan atau diskriminasi antara jantina berkemungkinan besar tidak wujud.

    Selain itu, budaya dan persekitaran dalam bidang ini yang sentiasa menyokong boleh membantu pekerja mengembangkan kemahiran dan mengejar minat mereka yang membawa kepada kepuasan kerja dan pencapaian yang lebih besar.

    Memandangkan industri terus berkembang, kepelbagaian dan keterangkuman berkemungkinan akan kekal sebagai keutamaan bagi syarikat yang ingin menarik dan mengekalkan individu berkemahiran dalam bidang tersebut. – RELEVAN

    Previous Article6 helah kewangan untuk bina simpanan yang kukuh
    Next Article Tidur tak menentu tingkatkan risiko mati dalam 7 tahun

    Artikel berkaitan

    Apa itu alam pekerjaan sebenar

    January 14, 2026

    Gaji besar tapi simpanan sikit

    January 14, 2026

    Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya

    January 14, 2026

    Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

    January 13, 2026

    Cara menabung paling ‘bare minimum’

    January 13, 2026

    Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

    January 12, 2026
    Artikel Terkini

    Apa itu alam pekerjaan sebenar

    January 14, 2026

    Gaji besar tapi simpanan sikit

    January 14, 2026

    Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya

    January 14, 2026

    Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

    January 13, 2026

    Cara menabung paling ‘bare minimum’

    January 13, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.