Facebook Twitter
    Trending
    • Sejarah 19 tahun pelayaran bantuan ke Gaza
    • Bahaya minum air botol ditinggalkan dalam kereta
    • Siapa 23 sukarelawan GSF ditahan Israel?
    • Global Sumud Flotilla: Apa yang kita tahu setakat ini
    • Global Sumud Flotilla: Israel langgar undang-undang laut antarabangsa
    • Global Sumud Flotilla: Jangan tertipu helah Israel
    • Global Sumud Flotilla: Kapal bantuan disekat, doa dan solidariti dituntut
    • Apa yang perlu anda tahu mengenai kanser payudara 
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bahaya minum air botol ditinggalkan dalam kereta

      October 6, 2025

      Apa yang perlu anda tahu mengenai kanser payudara 

      October 1, 2025

      Lelaki juga boleh jadi mangsa kanser payudara?

      September 30, 2025

      Ramen berlebihan jejaskan kesihatan?

      September 26, 2025

      Produk bayi yang boleh bawa mudarat tetapi dijual berleluasa

      September 25, 2025
    • Kewangan

      Panduan BUDI95 yang wajib anda tahu

      September 25, 2025

      Satu kad yang membawa pelbagai rahmat

      September 24, 2025

      Inflasi naik 1.3 peratus pada Ogos 2025 – DOSM

      September 23, 2025

      Bila beg Hermes dan jam Rolex jadi aset pelaburan 

      September 19, 2025

      5 matlamat kewangan selepas umur 30

      September 9, 2025
    • Pendidikan

      Sejarah 19 tahun pelayaran bantuan ke Gaza

      October 6, 2025

      Siapa 23 sukarelawan GSF ditahan Israel?

      October 3, 2025

      Global Sumud Flotilla: Apa yang kita tahu setakat ini

      October 3, 2025

      Global Sumud Flotilla: Israel langgar undang-undang laut antarabangsa

      October 2, 2025

      Global Sumud Flotilla: Jangan tertipu helah Israel

      October 2, 2025
    • Kerjaya

      Tujuh cara untuk menonjolkan diri dalam resume

      October 1, 2025

      4 kerja sambilan boleh dilakukan pelajar

      September 19, 2025

      Budaya hustle demi hasil ‘bunuh’ kesihatan mental

      September 17, 2025

      Apa langkah seterusnya selepas tamat pengajian?

      September 12, 2025

      Rajin bekerja sahaja tidak cukup, perlu tahu cara menjual kelebihan diri

      September 10, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 3 perkara penting anda perlu tahu sebelum membeli insurans

    3 perkara penting anda perlu tahu sebelum membeli insurans

    By Umi FatehahMay 2, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    3 perkara penting anda perlu tahu sebelum membeli insurans. - GAMBAR HIASAN ANDREA PIACQUADIO/PEXELS

    INSURANS ialah produk kewangan yang memberikan ketenangan fikiran dan perlindungan terhadap kerugian, kerosakan atau kecurian. 

    Anda boleh melindungi hampir semua benda dan kebiasaannya sebab utama orang mendapatkan insurans adalah bagi melindungi orang tersayang dan harta.

    Contohnya, anda menginsuranskan rumah, kereta dan telefon. Anda juga boleh melindungi kesihatan dan juga boleh menginsuranskan nyawa agar diri dan ahli keluarga akan terjaga jika sesuatu perkara buruk seperti kemalangan berlaku.

    Rata-rata ramai yang mempunyai kesedaran untuk membeli insurans tetapi tidak cukup pengetahuan dalam pembelian insurans yang sesuai. 

    Berikut, Relevan senaraikan tiga perkara yang anda perlu tahu sebelum membeli insurans menurut perkongsian daripada penulis blog Ringgit Oh Ringgit, Suraya Zainuddin.

    1. Di mana mahu beli insurans di Malaysia?

    Jika anda mempunyai bajet untuk insurans bernilai RM100 dan ke atas, hubungi ejen insurans. Menurut Persatuan Insurans Hayat Malaysia, terdapat kira-kira 88,000 ejen insurans di Malaysia setakat tahun 2022. 

    Mereka mewakili dan menjual produk daripada satu syarikat insurans. Senang cerita, anda boleh mencari mana-mana ejen insurans di media sosial atau dalam rangkaian kenalan anda sendiri.

    Selain itu, anda juga boleh menghubungi perancang kewangan untuk membeli insurans. Di Malaysia, terdapat kira kira lebih seribu perancang kewangan. Antara yang paling terkenal ialah Financial Faiz dan Adam Zubir.

    Mereka boleh mencadangkan dan menjual produk insurans daripada mana-mana syarikat. Jangan risau, mereka akan mencadangkan pelan insurans yang terbaik berdasarkan keperluan dan gaya hidup anda.

    Manakala jika anda mempunyai bajet insurans sebanyak RM100 ke bawah, anda boleh meninjau mana-mana saluran pengiklanan secara langsung dalam talian. Ia biasanya diiklankan di laman web syarikat insurans, laman web perbandingan kewangan dan juga di aplikasi e-wallet dan platform syarikat telekomunikasi yang tertentu.

    Selain itu, anda juga boleh hubungan badan kerajaan berkaitan seperti MySalam (percuma untuk golongan B40), Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri di bawah PERKESO bagi yang bekerja sendiri dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah. 

    1. Syarikat insurans manakah yang sesuai untuk dipilih?

    Anda akan membayar syarikat insurans atau ejen untuk jangka masa yang lama. Jadi, penting untuk anda lakukan pilihan yang betul supaya anda juga boleh melakukannya tanpa rasa marah dan menyesal.

    Perkara yang paling penting dalam pemilihan syarikat insurans ialah memastikan syarikat tersebut berdaftar di bawah Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). Bayangkan anda membayar untuk pakej premium setiap bulan selama bertahun-tahun, kemudian satu hari syarikat insurans tersebut muflis dan tiada bayaran pampasan untuk anda. 

    Elakkan situasi itu. Buat penyelidikan sama ada syarikat insurans yang disasarkan berdaftar di bawah PIDM atau tidak. Nasib anda akan lebih terjamin sekiranya syarikat tersebut diisytiharkan muflis.

    Bagi kebanyakan orang, insurans terbaik adalah insurans yang mereka mampu bayar setiap bulan dan tidak menjadi beban. Untuk mengetahui bajet yang sesuai, rujuk kembali perkara pertama di atas dan pilih mengikut bajet anda.

    1. Bagaimana untuk memilih pelan insurans yang diperlukan?

    Jika anda perlu menanggung ramai ahli keluarga atau anda satu-satunya yang bekerja, dapatkan pelan insurans hayat.

    Menurut Mr Money TV pula, sekiranya anda berbangsa Cina, anda juga digalakkan untuk mendapat pelan insurans hayat. Hal ini kerana kos pengebumian bagi bangsa Cina sangat tinggi berbanding dengan kaum-kaum lain. Jangan biarkan ahli keluarga terpaksa berhutang untuk membayar kos pengebumian anda.

    Selain itu, terdapat pelan insurans penyakit kritikal ditawarkan di beberapa syarikat insurans. Pelan insurans jenis ini penting kerana sekiranya apa-apa yang berlaku kepada kesihatan anda, bayaran sekaligus (lump sum) akan membantu anda meneruskan kehidupan. 

    Insurans perubatan pula dapat membantu anda membayar bil-bil perubatan sekiranya anda jatuh sakit. Dapatkan insurans kemalangan sekiranya anda banyak mengembara di jalan raya. 

    Selebihnya, faedah kemasukan ke hospital, penggantian pendapatan, faedah pengecualian dan lain-lain semuanya bagus, tetapi anda dinasihatkan mengutamakan perkara di atas dahulu. – RELEVAN

    featured insurans kereta kewangan rumah

    Artikel berkaitan

    Sejarah 19 tahun pelayaran bantuan ke Gaza

    October 6, 2025

    Bahaya minum air botol ditinggalkan dalam kereta

    October 6, 2025

    Siapa 23 sukarelawan GSF ditahan Israel?

    October 3, 2025

    Global Sumud Flotilla: Apa yang kita tahu setakat ini

    October 3, 2025

    Global Sumud Flotilla: Israel langgar undang-undang laut antarabangsa

    October 2, 2025

    Global Sumud Flotilla: Jangan tertipu helah Israel

    October 2, 2025
    Artikel Terkini

    Sejarah 19 tahun pelayaran bantuan ke Gaza

    October 6, 2025

    Bahaya minum air botol ditinggalkan dalam kereta

    October 6, 2025

    Siapa 23 sukarelawan GSF ditahan Israel?

    October 3, 2025

    Global Sumud Flotilla: Apa yang kita tahu setakat ini

    October 3, 2025

    Global Sumud Flotilla: Israel langgar undang-undang laut antarabangsa

    October 2, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.