Facebook Twitter
    Trending
    • e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti
    • Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri
    • ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk
    • Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan
    • Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori
    • Pantang larang ketika senggugut
    • 5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira
    • Cara mengelak menangis ketika memotong bawang
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025

      Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

      December 11, 2025

      Pantang larang ketika senggugut

      December 10, 2025

      5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

      December 9, 2025

      Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’

      December 8, 2025
    • Kewangan

      Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

      December 10, 2025

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025
    • Pendidikan

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025
    • Kerjaya

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Lebih 40,000 pelajar sekolah hisap rokok dan vape, KPM laksana inisiatif pembendungan

    Lebih 40,000 pelajar sekolah hisap rokok dan vape, KPM laksana inisiatif pembendungan

    By April 27, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    KEMENTERIAN Pendidikan mengambil berat isu penggunaan rokok elektronik atau vape dalam kalangan pelajar sekolah yang semakin serius.

    Walaupun larangan dan penguatkuasaan telah dilaksanakan sejak 2015, isu tersebut belum menemui jalan penyelesaiannya lagi dengan laporan baru-baru ini menunjukkan lebih 40,000 pelajar sekolah terlibat dengan rokok atau vape.

    Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang, NV Subbarow  baru-baru ini mendedahkan, seramai 43,360 pelajar sekolah didapati menghisap rokok dan vape, berdasarkan saringan program Kesihatan Oral Tanpa Asap Rokok (Kotak) yang dijalankan tahun lalu.

    Menurut Kementerian Pendidikan, pihaknya sentiasa memberi peringatan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah berkaitan Surat Siaran KPM Bil. 17/2015: Larangan Penggunaan Rokok atau Vape di Sekolah.

    Malah, katanya, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2001: Pemantapan Pengurusan Disiplin di Sekolah, pengetua dan guru besar disarankan mengambil langkah-langkah yang berkesan untuk memantapkan pengurusan disiplin dan kaunseling di sekolah. 

    Sebagai tanda komitmennya juga, Kementerian Pendidikan telah melaksanakan dua inisiatif untuk menangani isu penggunaan rokok dan vape dalam kalangan pelajar sekolah, iaitu:

    • Program Lima Minit Antirokok/Vape

    Program ini merupakan hasil kerjasama Kementerian Pendidikan, JPN, PPD dan sekolah bersama agensi awam seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

    Ia dilaksanakan dalam perhimpunan, kelas ganti, bimbingan kelompok, kempen anti merokok/vape, ceramah, pameran serta melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum di sekolah.

    Aktiviti tersebut bertujuan menerapkan nilai kesedaran murid, membentuk jati diri dan mempunyai daya tahan yang tinggi.

    • Program IMFree

    Untuk program ini, Kementerian Pendidikan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dengan menyasarkan murid sekolah rendah tahun satu hingga tahun enam. Ia telah dilaksanakan di 636 buah sekolah rintis serta diperluas pada tahun ini dan seterusnya.

    Program IMFree merupakan program pendidikan dan pencegahan amalan merokok dalam kalangan murid sekolah rendah. Ia bertujuan memastikan murid yang lahir pada 2009 dan ke atas tidak merokok sepanjang hayat.

    Ia turut menggariskan tiga objektif, iaitu memberi pengetahuan tentang bahaya merokok, memberi kemahiran untuk menyampaikan maklumat tentang bahaya merokok dan melatih murid menjadi agen, pencetus atau penyampai maklumat perubahan kepada rakan serta keluarga terhadap bahaya merokok. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

    December 13, 2025

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025

    Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

    December 11, 2025

    Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

    December 10, 2025

    Pantang larang ketika senggugut

    December 10, 2025
    Artikel Terkini

    e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

    December 13, 2025

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025

    Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

    December 11, 2025

    Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

    December 10, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.