Facebook Twitter
    Trending
    • Realiti kesusahan mencari kerja
    • Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam
    • Bolehkah wasiat dicabar?
    • Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya
    • Jangan malas buat kerja sekolah!
    • Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?
    • Wasiat bukan hanya untuk orang berharta
    • Hibah vs faraid? Fahami perbezaannya demi kesejahteraan keluarga
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025

      Bukan semua pewangi selamat, ini risiko yang anda perlu tahu

      April 17, 2025

      Kenapa masih penat walaupun dah tidur 8 jam? Ini penjelasannya

      April 14, 2025

      ‘Healing’ tak semestinya melancong, ini 5 aktiviti lain yang anda boleh buat

      April 10, 2025
    • Kewangan

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025

      Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

      May 20, 2025

      Wasiat bukan hanya untuk orang berharta

      May 20, 2025
    • Pendidikan

      Jangan malas buat kerja sekolah!

      May 21, 2025

      Guru bukan pembantu peribadi anak

      May 16, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Jangan ikut kawan, pilih jurusan sesuai dengan minat

      April 28, 2025

      Kecewa dengan keputusan SPM 2024? Semak semula dengan cara ini

      April 24, 2025
    • Kerjaya

      Realiti kesusahan mencari kerja

      May 26, 2025

      Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia

      May 14, 2025

      Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh

      May 13, 2025

      ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda

      May 12, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 Soalan Ramadan #6: Persoalan-persoalan tentang zakat fitrah

    5 Soalan Ramadan #6: Persoalan-persoalan tentang zakat fitrah

    By April 14, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PENOLONG Amil Fitrah, Muhammad Hazri Othman (kanan) menerima bayaran zakat fitrah daripada orang ramai di kaunter pandu lalu (drive thru) yang disediakan perkhidmatan terbabit oleh Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Terengganu. - GAMBAR FARIZ RUSADIO/UTUSAN

    RAMADAN semakin hampir ke penghujungnya. Selain keterujaan menyambut Aidilfitri dan keinsafan menanti malam Lailatulqadar, masih ada juga persoalan hukum tentang ibadah di bulan Ramadan yang membelenggu umat Islam.

    Dalam siri 5 Soalan Ramadan kali ini, Relevan membawakan lima persoalan tentang zakat fitrah. 

    Soalan dan jawapan ini dikumpulkan dari Irsyad Fatwa: Edisi Khas Ramadan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. 

    • Bolehkah membayar zakat fitrah untuk tunang?

    Hukum zakat fitrah adalah wajib ke atas diri sendiri dan setiap orang yang wajib diberi nafkah olehnya. Ini bermakna, kita wajib membayar zakat fitrah untuk diri sendiri dan sesiapa yang di bawah tanggungan kita, seperti isteri, anak-anak dan sebagainya, berdasarkan syarat-syarat tertentu.

    Untuk mereka yang bukan tanggungan dan bertaraf ajnabi, kita boleh menunaikan zakat untuk mereka dengan syarat mendapat keizinan mereka. Tanpa keizinan orang tersebut, zakat itu tidak sah.

    Adalah lebih baik untuk individu tersebut menunaikan zakat ke atas dirinya sendiri dan tanggungannya dari usul dan furu’ yang tidak berkemampuan.

    Bacaan lanjut: Irsyad al-Fatwa Edisi Khas Ramadan Siri ke 149 

    • Adakah suami wajib mengeluarkan zakat fitrah bagi pihak isteri yang telah diceraikan atau isteri yang sedang nusyuz terhadapnya?

    Terdapat dua keadaan yang perlu diberi perhatian dalam hal ini. Pertama, untuk isteri yang diceraikan dengan talak raj’ie atau talak ba’in dalam keadaan sedang hamil yang mana kedua-duanya masih berada dalam tempoh idah, wajib ke atas suami mengeluarkan zakat fitrah baginya.

    Namun, untuk isteri yang diceraikan dengan talak ba’in dan tidak hamil atau isteri yang sedang nusyuz, tidak wajib kepada suami untuk mengeluarkan zakat bagi pihak mereka.

    Bacaan lanjut: Irsyad al-Fatwa Edisi Khas Ramadan Siri Ke-148

    • Adakah bayi dalam kandungan wajib dibayarkan zakat fitrah?

    Zakat fitrah bagi bayi yang masih dalam kandungan adalah tidak wajib. Tiada zakat fitrah bagi bayi yang masih dalam kandungan dan tidak wajib bagi bapanya untuk membayarkan bagi pihaknya.

    Walaupun terdapat hadis yang menyatakan kewajipan zakat fitrah untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa, bayi dalam kandungan tidak dikira sebagai kanak-kanak. Ia tidak dipanggil sebagai kanak-kanak, baik dari segi bahasa atau uruf dan ia juga boleh jadi mati atau hidup.

    Bacaan lanjut: Irsyad al-Fatwa Edisi Khas Ramadan Siri ke-132

    • Apakah hukum zakat fitrah bagi orang yang meninggal dunia dalam bulan Ramadan?

    Hukum zakat fitrah bagi orang yang meninggal dunia juga terbahagi kepada dua situasi. 

    Pertama, jika dia meninggal dunia setelah terbenamnya matahari pada akhir Ramadan, kewajipan zakat fitrah pada si mati tidak gugur. Pelaksanaan zakat tersebut perlu diuruskan oleh waris.

    Kedua, jika dia meninggal dunia sebelum terbenamnya matahari pada akhir Ramadan, maka tidak diwajibkan zakat fitrah ke atasnya.

    Bacaan lanjut: Irsyad al-Fatwa Edisi Khas Ramadan Siri ke-231 

    • Bolehkah seorang anak membayar zakat fitrahnya sendiri walaupun masih dalam tanggungan bapa?

    Secara asasnya, bapa hendaklah mengeluarkan zakat fitrah kepada anak-anak yang masih dalam tanggungannya. Ini melainkan kanak-kanak tersebut memiliki harta sendiri, maka ia boleh diambil dari harta tersebut.

    Namun, jika anak tersebut mahu membayar sendiri zakat fitrahnya, ia dibolehkan. Asalkan kanak-kanak tersebut mempunyai harta dan berkemampuan. 

    Kanak-kanak itu juga perlu memaklumkan kepada bapanya dahulu bagi mengelakkan pertindihan pembayaran.

    Bacaan lanjut: Irsyad al-Fatwa Edisi Khas Ramadan Siri ke-153

    *Pandangan yang dicatatkan dalam artikel ini merupakan ringkasan. Untuk dalil yang lebih terperinci, pembaca dinasihatkan menekan hyperlink yang disediakan.

    5 Soalan Ramadan featured pendidikan pendidikan Islam
    Artikel Terkini

    Realiti kesusahan mencari kerja

    May 26, 2025

    Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

    May 23, 2025

    Bolehkah wasiat dicabar?

    May 22, 2025

    Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

    May 21, 2025

    Jangan malas buat kerja sekolah!

    May 21, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.