Facebook Twitter
    Trending
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    • Jangan simpan makanan ini dalam peti ais
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 106,000 orang di Malaysia dijangka jalani dialisis pada 2040

    106,000 orang di Malaysia dijangka jalani dialisis pada 2040

    By April 6, 2023Updated:April 6, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PENYAKIT buah pinggang kronik dalam kalangan rakyat Malaysia telah bertambah daripada 9.07 peratus pada 2011 kepada 15.48 peratus pada 2018.- GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    DIANGGARKAN bilangan pesakit buah pinggang peringkat akhir (ESKD) yang menjalani dialisis di Malaysia bakal mencecah sehingga 106,000 orang pada 2040.

    Angka itu bukan sesuatu yang mustahil memandangkan penyakit buah pinggang kronik dalam kalangan rakyat Malaysia telah bertambah daripada 9.07 peratus pada 2011 kepada 15.48 peratus pada 2018.

    Ia menunjukkan peningkatan kes sebanyak 70 peratus hanya dalam tempoh tujuh tahun. Kos dialisis yang tinggi turut menambah beban penjagaan kesihatan dan ekonomi negara apabila seramai 50,150 pesakit dilaporkan telah menjalani dialisis pada 2020.

    Pemindahan buah pinggang

    Pemindahan buah pinggang sebelum memulakan dialisis (pre-emptive) memberikan hasil terbaik dan boleh mengelakkan sebarang komplikasi timbul daripada dialisis kronik.

    Oleh itu, semua pesakit yang baru didiagnosis dengan ESKD harus mengambil kira pilihan untuk melakukan pemindahan buah pinggang sebelum memilih menjalani dialisis bagi jangka masa panjang.

    ARTIKEL BERKAITAN: 10 tanda anda menghidap penyakit buah pinggang – Relevan

    Menurut Pakar Perunding Nefrologi di Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, Dr. Wong Hin Seng, kelebihan pemindahan buah pinggang yang paling ketara kepada pesakit dan keluarga ialah mereka tidak perlu lagi mengatur kehidupan seharian mengikut jadual dialisis pesakit.

    “Pesakit yang menjalani hemodialisis memperuntukkan masa kira-kira empat jam di pusat hemodialisis selama tiga kali seminggu manakala mereka yang menjalani dialisis peritoneal perlu meluangkan masa lebih kurang setengah jam sebanyak empat kali sehari untuk melakukan pertukaran.

     “Selain menjalani gaya hidup sihat, penerima buah pinggang perlu konsisten mengambil ubat imunosupresan sepanjang hayat bagi memastikan badan mereka tidak menolak buah pinggang yang didermakan,” jelasnya.

    Walaupun pemindahan buah pinggang mempunyai banyak kelebihan, pesakit dan penderma perlu sedar bahawa buah pinggang yang didermakan itu mungkin tidak kekal selama-lamanya.

    Secara purata, buah pinggang daripada penderma hidup mampu bertahan antara 15 hingga 20 tahun dan kadar kelangsungan hidup selama lima tahun bagi mereka yang menjalani pemindahan buah pinggang adalah sebanyak 90 peratus.

    Ini menunjukkan hasil yang jauh lebih baik daripada dialisis. Secara umumnya, hanya separuh sahaja pesakit mampu hidup selepas lima tahun menjalani dialisis.

    Penderma hidup atau selepas kematian

    Tambah beliau, organ daripada penderma hidup yang telah dinilai kesesuaiannya adalah lebih baik buat pesakit dan pembedahan pemindahan boleh dilakukan secara terancang.

    “Penderma hidup boleh mendermakan buah pinggang kepada pasangan dan saudara darjah pertama atau kedua mereka.

    “Saudara darjah pertama ialah ibu bapa, anak atau adik-beradik lelaki manakala saudara darjah kedua ialah datuk, nenek, cucu, ibu saudara, bapa saudara, anak saudara atau saudara seibu atau sebapa.

    “Penderma yang masih hidup juga boleh menderma organ kepada saudara jauh atau bukan ahli keluarga mereka, namun perlu mendapat kelulusan daripada Unrelated Transplant Approval Committee (UTAC), iaitu jawatankuasa bebas di bawah Kementerian Kesihatan,” ujarnya.

    Disebabkan kekurangan penderma organ selepas kematian di negara ini, purata menunggu untuk pesakit dialisis menerima buah pinggang boleh menjangkau lebih 10 tahun.

    Kebanyakan pesakit dialisis ini akhirnya meninggal dunia sementara menunggu organ tersebut.

    Tambahan pula, penderma organ selepas kematian berkemungkinan mengalami kecederaan buah pinggang akut sebelum perolehan organ. Oleh itu, buah pinggang daripada penderma organ selepas kematian secara amnya tidak bertahan lama seperti buah pinggang daripada penderma hidup.

    Sungguhpun begitu, pesakit dialisis kronik yang menerima buah pinggang daripada penderma organ selepas kematian masih mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk hidup lebih lama dan dengan lebih baik berbanding mereka yang kekal menjalani dialisis kronik.

    ARTIKEL BERKAITAN: 10 tanda anda menghidap penyakit buah pinggang – Relevan

    Penyebab ESKD Penyebab ESKD yang paling lazim ialah diabetes mellitus yang menyumbang kepada 53 peratus daripada semua pesakit ESKD baharu pada 2021, diikuti oleh hipertensi yang menyumbang sebanyak 33.9 peratus.

    “Memandangkan kedua-dua penyakit ini adalah punca paling biasa bagi ESKD, adalah penting untuk seseorang itu menjalani gaya hidup sihat bagi mengurangkan risiko penyakit diabetes dan hipertensi.

    “Jika seseorang itu menghidap diabetes mellitus dan atau hipertensi, mereka perlu memastikan penyakit itu dikawal secara optimum,” katanya.- RELEVAN

    Previous ArticleMasakan berminyak Khairul Aming dan misi kurus
    Next Article Vacation brain: Beri ruang dan masa otak bercuti untuk kurangkan tekanan

    Artikel berkaitan

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026
    Artikel Terkini

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.