Facebook Twitter
    Trending
    • Punca terkejut semasa tidur
    • Cara elak duit habis sebelum masanya
    • Tahi mata sebagai pelindung mata senyap
    • Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat
    • Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini
    • Senjata baru penipu siber bernama AI
    • Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16
    • Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Punca terkejut semasa tidur

      December 23, 2025

      Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

      December 19, 2025

      Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

      December 19, 2025

      Kesan negatif penyedut minuman

      December 15, 2025

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025
    • Kewangan

      Cara elak duit habis sebelum masanya

      December 22, 2025

      Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

      December 18, 2025

      Senjata baru penipu siber bernama AI

      December 18, 2025

      5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia

      December 16, 2025

      Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

      December 15, 2025
    • Pendidikan

      Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

      December 17, 2025

      7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

      December 16, 2025

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025
    • Kerjaya

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Jangan sia-siakan usia 20-an, persiapkan kewangan untuk masa hadapan

    Jangan sia-siakan usia 20-an, persiapkan kewangan untuk masa hadapan

    By February 20, 20235 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    BERPULUH-puluh tahun dahulu, golongan muda mencecah tahap dewasa pada usia 20-an. Mereka mula bekerja dan berkeluarga pada dekad umur itu kerana permintaan pasaran pekerjaan yang tidak seketat sekarang.

    Namun kini, permintaan dalam pasaran pekerjaan semakin ketat. Untuk tahap tertentu, pemohon wajib sekurang-kurangnya ada ijazah. 

    Untuk memperoleh ijazah, anak muda perlu mengharungi pendidikan tinggi selama kira-kira enam tahun. Tempoh yang panjang juga diperlukan untuk mengumpul pengalaman supaya dapat beralih pada jawatan yang lebih baik dengan gaji yang lebih tinggi.

    Jadi, 30 is the new 20. Kemajuan hidup yang dicapai seseorang pada usia 20-an berpuluh tahun dahulu kini hanya mampu dicapai pada 30-an. Usia dewasa menginjak ke belakang dan tempoh keremajaan diregang sehingga 20-an.

    Ada juga yang mencipta istilah baharu bagi mengkategorikan golongan 20-an masa kini, seperti dewasa muda (young adult), twixters atau kidults.

    Begitulah fahaman ramai tentang situasi golongan muda ketika ini. Namun, seorang ahli psikologi klinikal, Meg Jay cuba melawan fahaman itu. 

    Bukan bulan madu

    “Kita sering bercakap tentang perkembangan kanak-kanak. Kita tahu yang lima tahun pertama ialah tempoh kritikal untuk bahasa dan kebergantungan (attachment)  dalam otak (mereka). Waktu itu, kehidupan normal setiap hari mempunyai impak besar terhadap siapa yang anda akan jadi.

    “Tapi apa yang kita jarang dengar adalah tentang sesuatu yang disebut sebagai perkembangan orang dewasa dan usia 20-an ialah tempoh kritikal itu untuk perkembangan orang dewasa,” katanya ketika menyampaikan ucapan bertajuk “Why 30 is not the new 20” dalam TEDTalk.

    Walaupun video ucapannya sudah hampir 10 tahun ditayangkan, ia masih relevan sehingga kini. 

    Jay menghuraikan kepentingan dekad usia 20-an kepada sesiapa sahaja dalam perkembangan hidup mereka sebagai orang dewasa. 

    Sebagai ahli psikologi yang menumpukan kerjanya kepada isu golongan 20-an, beliau melihat dekad usia itu terlalu dipandang ringan. Bagi sesetengah orang, ia tempoh bulan madu yang boleh dihabiskan dengan bersuka ria dan mencuba benda baharu.

    “Apabila banyak benda (yang penting untuk kehidupan) ditolak ke usia 30-an, akan wujud tekanan yang sangat besar untuk memulakan semula kerjaya, pilih tempat tinggal, cari pasangan dan mempunyai dua atau tiga orang anak dalam tempoh yang lebih pendek.

    “Kebanyakan perkara ini tak sesuai, dan seperti yang ditunjukkan dalam kajian, lebih sukar dan lebih memberi tekanan apabila ingin dilakukan secara sekali gus pada usia 30-an,” katanya.

    Kesimpulan pesan Jay mudah, jangan ambil ringan usia 20-an anda. Ia merupakan usia untuk anda mula merancang, meneroka kemungkinan dan menyediakan diri untuk membuat pilhan-pilihan penting kehidupan menjelang usia 30-an nanti.

    Siaga kewangan

    Mengambil semangat pesanan Meg Jay, Relevan kongsikan juga 10 nasihat kewangan untuk mereka yang berusia 20-an.

    Sebagai antara elemen hidup yang paling penting, kesedaran kewangan perlu dipupuk sejak awal dan menjelang 20-an, ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan bagi memastikan kewangan anda sihat apabila masuk ke usia 30-an.

    • Membina kemahiran yang boleh dijual

    Dalam usia ini, jangan hanya fikir tentang kerja tetapi kerjaya. Gunakan pengalaman yang ada untuk membentuk kemahiran yang boleh digunakan untuk membina pendapatan pada masa hadapan.

    • Bangunkan belanjawan

    Belanjawan ialah perisai yang dapat melindungi anda daripada tabiat berbelanja lebih. Ia memberi gambaran besar tentang situasi kewangan anda. Yang penting, anda tahu nak bezakan antara satu keperluan, kemahuan dengan impian.

    • Dapatkan insurans

    Insurans melindungi anda daripada risiko kewangan dan dalam masa sama, memberikan anda ketenteraman hidup. Jangan risikokan kehilangan wang yang banyak dalam satu masa akibat kemalangan.

    • Buat pelan pembayaran hutang

    Kemungkinan untuk kita hidup bersama hutang itu sangat besar. Tidak salah mengambil hutang, yang penting kita mampu mengurusnya dengan baik. Maka, wujudkan pelan yang sesuai dengan tanggungan hutang dan cuba dapatkan kadar faedah terendah dengan pelan tersebut, baik untuk hutang pelajaran, kereta, rumah atau kad kredit.

    • Bina dana kecemasan

    Insurans saja belum cukup, kita perlu ada simpanan yang cukup cair untuk dikeluarkan pada waktu kecemasan. Secara idealnya, cuba untuk simpan jumlah bersamaan tiga hingga enam bulan perbelanjaan. Kalau belum mampu, tak apa, bina dana kecemasan mengikut kemampuan.

    • Mulakan simpanan persaraan

    Walaupun masih jauh, persediaan perlu dibuat. Beruntungnya kita sebagai rakyat Malaysia sebab ada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Cuma persoalannya, apa yang kita buat dengan simpanan automatik itu? Bagaimana kita manfaatkan pengeluaran Akaun 2? Jika kerajaan benarkan pengeluaran Akaun 1, adakah kita akan ambil?

    • Bina sejarah nilai kredit

    Nilai kredit adalah data penting yang diambil kira firma kewangan apabila menilai permohonan pinjaman anda. Bina nilai kredit yang baik sejak awal supaya tak susah di kemudian hari.

    • Jangan minta duit mak ayah

    Hentikan kebergantungan kepada ibu bapa anda. Berdikari sebelum bebas berdiri. Cuba kawal kewangan anda supaya anda tidak perlu lagi bergantung kepada ibu bapa. Ada pengecualian untuk masa-masa tertentu, terutamanya apabila berlaku kecemasan, tetapi bukankah itu juga tujuan anda membina dana kecemasan?

    • Tampil bersih dalam media sosial

    Media sosial sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita sekarang. Untuk kemaslahatan masa hadapan, bersihkan imej anda dalam media sosial. Sesiapa sahaja mampu menjejak anda dan jika imejnya buruk, anda pasti tidak mahu bakal majikan menemui anda dalam mana-mana platform.

    • Susun dokumen kewangan

    Dokumen-dokumen kewangan dan peribadi, seperti sijil kelahiran, kad pengenalan, maklumat akaun bank, perjanjian pinjaman dan sebagainya perlu disimpan dengan baik. Baik fizikal mahupun digital, susun dengan baik supaya apabila diperlukan nanti, anda tidak hilang pedoman mahu cari. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Punca terkejut semasa tidur

    December 23, 2025

    Cara elak duit habis sebelum masanya

    December 22, 2025

    Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

    December 19, 2025

    Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

    December 19, 2025

    Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

    December 18, 2025

    Senjata baru penipu siber bernama AI

    December 18, 2025
    Artikel Terkini

    Punca terkejut semasa tidur

    December 23, 2025

    Cara elak duit habis sebelum masanya

    December 22, 2025

    Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

    December 19, 2025

    Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

    December 19, 2025

    Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

    December 18, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.