Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Penggabungan Fakulti Komunikasi Dan Media UiTM dibatalkan

    Penggabungan Fakulti Komunikasi Dan Media UiTM dibatalkan

    By Umi FatehahFebruary 20, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Penggabungan Fakulti Komunikasi Dan Media UiTM dibatalkan. - GAMBAR HIASAN ZULFADHLI ZAKI

    USAHA Persatuan Alumni Masscomm Universiti Teknologi MARA (UiTM) memastikan jenama Masscomm UiTM terus diperkasakan telah berhasil apabila Kementerian Pendidikan Tinggi hari ini bersetuju untuk tidak menggabungkan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) dengan Fakulti Sains Komputer & Matematik dan Fakulti Sains Informasi.

    Perkara itu diputuskan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Profesor Datuk Dr. Husaini Omar selepas mengadakan mesyuarat bersama para wakil pengurusan tertinggi UiTM dan Persatuan Alumni Masscomm UiTM.

    “Kementerian telah memperhalus cadangan dan maklum balas yang diterima daripada pelbagai pihak sejak isu penggabungan ini dibawa ke perhatian saya dan merasakan ia tidak harus dilengahkan lagi,” kata Husaini.

    Mesyuarat itu turut disertai oleh Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri Pendidikan Tinggi, Noor Azleen Ambros yang menegaskan bahawa jenama Masscomm yang sinonim dengan UiTM perlu diperkasakan lagi. 

    Hadir sama dalam mesyuarat hari ini ialah Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr Roziah Janor; Penolong Naib Canselor Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media, Profesor Dr Haryani Haron serta Ketua Pengajian Komunikasi dan Media UiTM, Dr Wan Hartini Wan Zainoddin.

    Sementara itu, Presiden Persatuan Alumni Masscomm, Basree Rakijan berkata, persatuannya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak kementerian yang telah memberikan reaksi positif terhadap bantahan yang yang disuarakan persatuan itu baru-baru ini.

    Katanya, FKPM yang telah 50 tahun ditubuhkan merupakan satu fakulti yang telah memberikan sumbangan besar kepada pembangunan negara dan perlu diperkasakan lagi terutama di era komunikasi digital yang begitu mencabar ini.

    “Alumni akan terus bekerjasama dengan FKPM bagi melaksanakan beberapa program yang telah dikenal pasti demi memastikan jaringan industri-universiti diperkemas dalam usaha melahirkan graduan FKPM yang lebih berwibawa,” ujarnya. 

    Oktober lalu, Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr. Roziah Janor memaklumkan bahawa FKPM bakal digabungkan dengan Fakulti Sains Komputer & Matematik dan Fakulti Sains Informasi.

    Dalam pada itu, FKPM juga telah mengadakan sambutan jubli emas bagi meraikan kejayaan fakulti ini yang sudah hampir lima dekad menjadi perintis dalam bidang komunikasi massa dan pengajian media pada September yang lepas.  

    Selain itu, sambutan ini juga diadakan atas kejayaan FKPM yang melahirkan lebih 20,000 graduan yang banyak menyumbang kepada pertumbuhan dan kemakmuran negara, melalui peranannya sebagai peneraju industri media dan komunikasi. – RELEVAN

    featured MassComm pendidikan UiTM
    Artikel Terkini

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.