Facebook Twitter
    Trending
    • Petua simpan barang basah agar tahan lebih lama
    • Selesa atau terperangkap? Nilai semula arah kerjaya anda
    • Risiko guna telefon sambil makan
    • Selalu baran? Ini cara kawal perasaan agar tidak dibenci orang sekeliling
    • Sendawa tak berhenti? Ia mungkin petanda masalah kesihatan ini
    • Tanda anda sedang bahagia dengan pekerjaan sekarang
    • Petanda anda perlu mula buat ‘side income’
    • FOMO beli barang mewah? Kenapa susah lawan nafsu dan cara atasinya
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Risiko guna telefon sambil makan

      April 29, 2026

      Sendawa tak berhenti? Ia mungkin petanda masalah kesihatan ini

      April 29, 2026

      Perut buncit walaupun kurang makan? Ini punca sebenar 

      April 23, 2026

      5 keadaan kulit yang mungkin menandakan usus bermasalah

      April 22, 2026

      Guna ‘pen kurus’ untuk turun berat badan? Jangan dibuat sewenangnya

      April 22, 2026
    • Kewangan

      Petanda anda perlu mula buat ‘side income’

      April 27, 2026

      FOMO beli barang mewah? Kenapa susah lawan nafsu dan cara atasinya

      April 27, 2026

      Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

      April 24, 2026

      Cara mudah gandakan simpanan walau gaji rendah

      April 23, 2026

      Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 

      April 20, 2026
    • Pendidikan

      Petua simpan barang basah agar tahan lebih lama

      April 30, 2026

      Selalu baran? Ini cara kawal perasaan agar tidak dibenci orang sekeliling

      April 29, 2026

      Bahaya letak 10 barang ini di atas peti ais

      April 21, 2026

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026
    • Kerjaya

      Selesa atau terperangkap? Nilai semula arah kerjaya anda

      April 30, 2026

      Tanda anda sedang bahagia dengan pekerjaan sekarang

      April 28, 2026

      Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

      April 24, 2026

      Kerjaya ‘bekerja dari rumah’ dengan gaji lumayan di Malaysia

      April 24, 2026

      7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

      April 17, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bahana anak muda tolak pelajaran

    Bahana anak muda tolak pelajaran

    By Zubaidah IbrahimFebruary 9, 2023Updated:February 9, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PELAJARAN membentuk manusiawi yang utuh dari sudut rohani dan jasmani sehingga menjadikan anda bukan sahaja kaya, tetapi juga berjaya. - GAMBAR HIASAN/

    JIKA dahulu, pelajaran dijadikan jambatan untuk berjaya. Seseorang yang mempunyai latar belakang pendidikan tinggi berpeluang memegang jawatan besar dan ditawarkan gaji lumayan.

    Oleh itu, masing-masing berlumba-lumba meneruskan pengajian ke peringkat tertinggi kerana percaya hanya pelajaran dapat mengubah nasib diri dan keluarga.

    Namun itu dulu, kini persepsi orang telah berubah. Belajar tidak perlu tinggi untuk berjaya, mungkin Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sudah cukup. Malah, ada yang gagal SPM juga bergelar jutawan.

    Selain itu, ada juga jutawan-jutawan muda yang kongsikan kisah kejayaan mereka di media sosial dengan menunjukkan kekayaan luar biasa dan bergaya bersama kereta mewah walaupun tidak habis belajar.

    ARTIKEL BERKAITAN: Tonjolkan diri sebagai influencer dengan penjenamaan peribadi – Relevan

    Kisah-kisah mereka ini sering kita lihat di platform media sosial yang menjadi santapan minda anak-anak pada masa kini dan secara langsung mempengaruhi pemikiran mereka.

    Tidak salah jika niat tersebut hanya untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada anak muda bagi mengubah hidup menjadi insan berjaya. Tetapi, jika diambil dari satu sudut, dibimbangi akan menyebabkan ramai anak muda tidak berminat melanjutkan pelajaran dan lebih memilih bekerja sehingga mengabaikan nilai ilmu itu sendiri.

    Kaji selidik Jabatan Perangkaan mendapati kira-kira 390,000 atau 72.1 peratus lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak mahu menyambung pelajaran.

    Walaupun data tersebut adalah dari tahun 2019 tetapi trend itu dipercayai berterusan. Bukan menidakkan rezeki, semua orang boleh berjaya tidak kira berpendidikan tinggi atau yang gagal dalam pelajaran asalkan rajin berusaha dan tidak berputus asa.

    Namun, kita perlu sedar betapa pentingnya pendidikan. Pelajaran membentuk manusiawi yang utuh dari sudut rohani dan jasmani sehingga menjadikan anda bukan sahaja kaya, tetapi juga berjaya.

    Dari satu sudut, ada bagusnya apabila anak-anak sudah mencari pendapatan di usia muda dengan berniaga dan sebagainya. Mereka juga tidak mengharapkan kerja makan gaji dan memilih mencipta peluang pekerjaan sendiri.

    Apatah lagi, pada masa kini banyak peluang kerjaya yang boleh diwujudkan sendiri. Cukup sahaja memiliki sebuah telefon pintar mereka sudah boleh menjana pendapatan dari rumah atau di mana-mana sahaja.

    ARTIKEL BERKAITAN: Dihina ‘sampah’, idea diplagiat, ini cabaran menjadi content creator di Malaysia – Relevan

    Menggunakan bakat, perwatakan menarik dan rupa paras yang cantik sudah memadai untuk anak-anak muda menceburi bidang seperti menjadi pempengaruh media sosial (influencer), Youtuber dan pencipta kandungan dengan meraih pendapatan lumayan. Apatah lagi dengan populariti yang dimiliki, mereka boleh menembusi apa jua pasaran kerja seperti membuat ulasan produk, menjadi duta dan juga pengasas produk.

    Namun, yang menjadi persoalan kini ialah apa akan jadi kepada masa hadapan negara sekiranya majoriti anak muda menolak pelajaran? Sudah pasti negara akan kehilangan tenaga mahir dalam pelbagai bidang dan golongan ilmuan serta pemikir cerdik pandai juga akan berkurang. – RELEVAN

    Previous ArticleKering mulut, kuat merokok antara tanda stres, pakar kongsi cara atasi
    Next Article Selesaikan hutang 10 tahun sebelum bersara

    Artikel berkaitan

    Petua simpan barang basah agar tahan lebih lama

    April 30, 2026

    Selesa atau terperangkap? Nilai semula arah kerjaya anda

    April 30, 2026

    Risiko guna telefon sambil makan

    April 29, 2026

    Selalu baran? Ini cara kawal perasaan agar tidak dibenci orang sekeliling

    April 29, 2026

    Sendawa tak berhenti? Ia mungkin petanda masalah kesihatan ini

    April 29, 2026

    Tanda anda sedang bahagia dengan pekerjaan sekarang

    April 28, 2026
    Artikel Terkini

    Petua simpan barang basah agar tahan lebih lama

    April 30, 2026

    Selesa atau terperangkap? Nilai semula arah kerjaya anda

    April 30, 2026

    Risiko guna telefon sambil makan

    April 29, 2026

    Selalu baran? Ini cara kawal perasaan agar tidak dibenci orang sekeliling

    April 29, 2026

    Sendawa tak berhenti? Ia mungkin petanda masalah kesihatan ini

    April 29, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.